Minggu, 25 Agustus 2013

BIAR BETUL? - Tidak Menghormati Lagu Kebangsaan Boleh Dipenjarakan?

TAOTAUAJER - Lagu kebangsaan adalah suatu lagu yang diakui menjadi suatu lagu rasmi dan menjadi simbol suatu negara atau daerah. Lagu kebangsaan dapat membentuk identiti nasional suatu negara dan dapat digunakan sebagai ekspresi dalam menunjukkan nasionalisme dan patriotisme. Tapi ada jugak yang tidak tahu untuk menghormati lagu kebangsaan kita dan ada yang korang tak tahu dimana jika kamu tidak menghormati lagu kebangsaan boleh dipenjarakan?


Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagi Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.

Bagaimanapun, David Matthew, peguam yang mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang pentadbiran berkata, berdiri sahaja tidak cukup untuk membuatkan kamu selamat.

Katanya, Seksyen 8(2) akta itu menyebut menunjukkan rasa tidak hormat pada lagu kebangsaan dan tafsirannya meluas seperti melambai tangan, menyilangkan kaki atau sambil makan ketika Negaraku dikumandangkan.

"Ini juga boleh dianggap tidak hormat... Peruntukan ini luas," katanya

Beliau diminta mengulas berhubung akta yang kurang diketahui itu, yang mungkin dikenakan terhadap penonton panggung wayang antara 28 Ogos hingga 3 September ini.

Kerajaan memutuskan mengumandangkan lagu Negaraku dalam semua panggung wayang seluruh negara sempena sambutan kemerdekaan.

Ini adalah cara untuk menghormati lagu kebangsaan

Dimana seaktu berkumandang nyer lagu Negaraku siapa yang mendengarnya dikehendaki untuk berdiri sebagai tanda menghormatinya. Jika sedang berjalan ketika itu, hendaklah berhenti berjalan dan berdiri tegak sehingga lagu habis dinyanyikan.

TAOTAUAJER : Bukankah dari sekolah lagi kita sudah di ajar untuk menghormati lagu kebangsaan? kalau tak reti nak hormat lagu kebangsaan ini bermakna tak pergi sekolah la tu. - Koleksi Informasi