Tampilkan postingan dengan label LAHAD DATU CRISIS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label LAHAD DATU CRISIS. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Juni 2013

PEMBONGKARAN! - 1001 Misteri Kampung Tanduo Sesudah Serangan Sulu

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu pada March yang lepas negara kita telah digugat kedaulatannya setelah diserang oleh pengganas Sulu yang cuba mendapatkan kembali Sabah. Hasil dari pertempuran yang berlaku mengakibatkan pelbagai kisah misteri yang berlaku seperti bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal.


SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Ops Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju." Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu. 

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam. “Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya. Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas. Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.

Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan. Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.

Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami. Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.

Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.

Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.

Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.

Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas. Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.

Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.

Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui. Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.
Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Macam mana tak menjadi misteri ...dah tentu pengganas sulu menggunakan pelbagai ilmu hitam sewaktu serangan di lancarkan pada pasukan keselamatan dan pasti tertanam bersama badi mayat pengganas tersebut - Koleksi Misteri 


Senin, 15 April 2013

SERIUS? - Lebih 400 Lagi Pengikut Kiram Tiba Di Lahad Datu, Sabah

TAOTAUAJER - Setelah hampir sebulan berlalu pertempuran anggorta keselamatan dengan pengganas kiram kini keluar kenyataan dari kiram dimana lebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.


Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu.

“Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,” katanya dipetik Philipine Headline News.

Sehingga kini Agbimuddin Kiram menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Nampaknya negara kita perlu perketatkan lagi pertahanan negara bagi menghapuskan anasir jahat ini. Semoga pasukan keselamatan kita selamat di sana. Nampaknyer kiram nie betul-betul tak serik nak mengugat Malaysia. - BERITA LAHAD DATU CRISIS

Minggu, 14 April 2013

TERKINI! - OPS DAULAT Bakal Berakhir Tahniah Pasukan Keselamatan Negara!

TAOTAUAJER - Ops Daulat yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara dari digugat anasir-anasir asing.


Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak boleh membenarkan keselamatan dan kesejahteraan yang dibina dan dijaga selama 56 tahun digugat oleh pihak luar.

Ops Daulat telah dilancarkan pada jam 7 pagi 8 Mac 2013 yang lepas apabila pasukan keselamatan negara telah menggempur pengganas-pengganas bersenjata yang enggan meninggalkan Sabah setelah diberikan peluang selama tiga minggu untuk berbuat demikian.

Setakat kini seramai 181 orang individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sejak Ops Daulat dilancarkan, manakala 334 individu ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.

Dan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Ops Daulat akan berakhir, tetapi tindakan polis dan tentera bagi menghapuskan pengganas dan tali barut mereka akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Apapun ucapan tahniah MESTI kita ucapkan kepada semua yang terlibat termasuk pasukan keselamatan kita kerana sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini.

Ternyata pengorbanan mereka tidak dapat dinilai walau dengan balasan emas dan permata.

Darah dan keringat mereka yang tumpah di bumi bertuah ini akan tercatit kemas dalam sejarah negara.

SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER : Alhamdulillah kedaulatan negara kita berjaya di pertahankan dari anasir-anasir luar yang cuba menggugat kedaulatan negara kita. Meskipun terdapat anggota keselamatan kita yang terkorban jangalah kita lupa akan pengorbanan mereka ini meskipun yang sudah meninggal mahupun yang masih hidup. Tahniah buat pasukan keselamatan negara kita.... GEMPUR WIRA! - INFO LAHAD DATU CRISIS

Jumat, 05 April 2013

SERIUS! - Kekebalan Pengganas Sulu Polis Seakan Berperang Dengan Syaitan (3 GAMBAR+VIDEO)

TAOTAUAJER - Pasukan keselamatan berperang dengan Syaitan, ini lah yang di ceritakan oleh seorang anggota PGA sewaktu pertempuran yang berlaku di Lahad Datu bulan lepas. Pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Tapi inilah yang berlaku seperti yang tao pernah tunjukkan sebelum ini pada post Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu (3 GAMBAR)

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.


Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.



Baju Pengganas Sulu yang mati ditembak,robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.

Saksikan Video anggota PGA kongsi pengalaman berdepan pengganas sulu



SUMBER : Sinar harian

TAOTAUAJER : Giller la tahap kebal deorang kena tembak ratusan perluru badan berasap dan masih boleh berlari lagi tuh. Lagi yang peliknyer baju tak de kesan darah pulak tu, kuat betul jampi nyer tapi akhirnya tumbang jugak ke tanah . - Kisah LAHAD DATU CRISIS


Minggu, 31 Maret 2013

SERAM! - Roh Hantu Pengganas Sulu Berkeliaran Pada Waktu Senja

TAOTAUAJER - Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Ini yang menguji ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.


Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam. Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu hilang.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas. "Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

SUMBER: Kosmo

TAOTAUAJER : Tautak korang? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya! - Koleksi Angker

Minggu, 24 Maret 2013

TERKINI! - 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera

TAOTAUAJER - Berita terbaru pertempuran Lahad Datu | Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.


Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut. 


Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.


TAOTAUAJER : Tahniah kepada pasukan keselamatan kita atas kejayaan hari ini. We Proud of You! - BERITA LAHAD DATU CRISIS


Sabtu, 23 Maret 2013

GEMPAR! - Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi 23 MARCH 2013. Berikut adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.


Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.



Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempoh hari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.


Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16.


TAOTAUAJER : Tahniah buat pasukan keselamatan atas kejayaan ini apabila berjaya menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu. lepas ni kita tunggu pulak nasib kiram tu pulak ape yang bakal jadi pada die, agak-agak nyer kiram dah ketaq lutut dah tu. - Berita LAHAD DATU CRISIS

OPS DAULAT! - Statistik Terkini Jumlah Tangkapan dan Kematian Kes Pencerobohan Di Lahad Datu

TAOTAUAJER -  Ops Daulat dilaksanakan setelah perundingan undur atau serah diri yang tidak berjaya, 2 anggota dan kemudian 6 lagi anggota PDRM terkorban. 


Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-18 semalam (22 Mac 2013) dengan perkara yang paling menarik untuk diketahui ialah rancangan Sultan Sulu palsu, Jamalul Kiram III untuk menyaman kerajaan Malaysia melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan ingin membuat tuntutan sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion). Ini Memang satu tindakan yang bodoh kerana sejarah sudah membuktikan bahawa Sabah sah menyertai Malaysia pada tahun 1963. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.00 petang, 23 Mac 2013.

Saksikan Statistik di bawah ini jumlah tangkapan dan kematian kes pencerobohan di Lahad Datu :

UPDATED 24 MARCH 2013

Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada

Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada

Orang awam terkorban - 2 orang
Orang awam cedera - 1 orang
Orang awam ditawan - 6 orang (berjaya melepaskan diri)

Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 408 orang

Pengganas Sulu terbunuh - 67 orang (38 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 3 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 111 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 8 orang                                        



TAOTAUAJER : Inilah dia statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian sepanjang kes pencerobohan di Lahad Datu. Lihatlah kejayaan yang di perolehi oleh Pasukan Keselamatan kita. Sesama kita mendoakan mereka yang berjuang semoga tiada lagi anggota kita yang gugur. - Berita LAHAD DATU CRISIS

Jumat, 22 Maret 2013

SERUS! - Nama Koperal Azrul di abadikan Jalan Wira Negara Koperal Azrul (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kerajaan Terengganu mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat dan Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Lebar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini.

Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham.

Beliau dan isteri kemudian menghadiri Perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Rakyat di Padang SMK Meru, kira-kira 25 kilometer dari kampung itu.

Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan.

Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjunan singkat itu.



Jalan Wira Negara telah di Namakan kepada Perwira Negara Allahyarham.Kpl.Mohd Azrul Bin Tukiran. Lokasi nya Jalan masuk Utama ke rumah Ibu/Bapa kepada Allahyarham.Kpl.Mohd Azrul Bin Tukiran di Jalan Telok Kapas Kg Rantau Panjang Klang.

Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa'diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan.

Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas.

Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas.

Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'. - Bernama


Anggota Rela tertarik melihat papan tanda jalan tertera 'Jalan Wira Negara Kpl Azrol' berhampiran kediaman keluaraga Allahyarham Koperal Azrul Tukiran. - Foto Bernama

TAOTAUAJER : Semoga dengan adanya papan tanda ini sebagai satu tanda kenangan dan penghargaan buat wira negara yang terkorban ini. - Berita LAHAD DATU CRISIS

OMG! - Wanita Sniper Sulu Tak Mati Ditembak Dan Ditangkap (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini pasukan keselamatan berjaya membunuh seorang wanita sniper dalam pertempuran Ops Daulat, kini pasukan keselamatan berjaya memberkas seorang pengganas wanita hidup-hidup dan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu semalam.


Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.


Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.



"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 .


SUMBER : Kosmo, 

TAOTAUAJER :  Seram pulak tengok gambar wajah wanita yang di atas tu, dah macam hantu pon ader, tahniah buat pasukan keselamatan berjaya menangkap pengganas ini - Berita LAHAD DATU CRISIS


Kamis, 21 Maret 2013

ALLAHUAKBAR! - 10 Yang Gugur Allah SWT Ganti Dengan Ribuan Wira

TAOTAUAJER - Tahukah anda semenjak berlakunya pertempuran di lahad Datu 10 orang perwira kita sudah terkorban...“YA, 10 perwira gugur, ALLAH gantikan ribuan lagi wira menentang kemungkaran pengganas.”


Demikian kata seorang askar yang baru pulang dari melaksanakan Ops Daulat di Kampung Tanjung Batu, kelmarin.

Kata-kata itu terpacul selepas saya memberi kata semangat: “Abang, selamat berjuang dan jangan meratapi pemergian 10 perwira negara.”


Dilihat pada raut wajahnya, ternyata menggambarkan semangat semua pejuang yang sedang bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara.

“Doakan kami selamat dan pengganas dapat dihapuskan,” kata pemuda itu sambil melemparkan senyuman kepada saya.

Jujur saya katakan di sini, muka perajurit yang berasal dari Kelantan itu kelihatan penat tetapi dia masih mampu untuk melemparkan senyuman walaupun mengetahui saya seorang wartawan.

Sepanjang 12 hari saya bertugas membuat liputan di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, itu merupakan kali pertama dapat berbual dengan pejuang negara.

“Saya berada di sini lebih sebulan. Lagi dua bulan kami akan digantikan dengan batalion lain,” katanya.

Biarpun hanya mengambil masa kurang 10 minit dan hanya secara kebetulan bertemu di sebuah kedai runcit tetapi perbualan itu sungguh bermakna buat saya.

Perajurit itu juga sempat bertanya soalan kepada saya bagi mengakhiri perbualan; “Seronok jadi wartawan?”

Saya membalas; “Seronok dan mencabar tetapi tidak setanding cabaran polis dan tentera.”

Di akhir perbualan, kami bersalaman dan saya sempat menyampaikan kiriman salam daripada ayah buat pejuang-pejuang negara.

“Alaikum salam. Moga selamat semuanya,” kata wira itu sebelum melangkah pergi. 

SUMBER: Sinar Harian

TAOTAUAJER : Begitulah luahan seorang anggota askar, dengan itu janganlah kita memperkecilkan tugas angota keselamatan kita yang bergadai nyawa menjaga kedaulatan negara kita dan dengan itu kita dapat bersenang lenang tidur di rumah. - Berita LAHAD DATU CRISIS

MASYAALLAH! - Mengerikan Dalam 1 Jam Mayat Pengganas Berulat dan Mereput Akibat Ilmu Hitam

TAOTAUAJER - MASYAALLAH!!! Dalam masa 1 Jam mayat pengganas menjadi berulat dan mereput, inilah akibatnya Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.


Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya. Ikuti kisah misteri Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.


"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.

SUMBER : BERNAMA

TAOTAUAJER : Inilah akibatnya apabila mensyirikkan Allah menggunakan ilmu hitam sedangkan mereka itu adalah beragama islam. Nama jer islam tapi guna Ilmu Hitam Pengganas Sulu MATI MASUK NERAKA LA JAWABNYER NANTI. 

Selasa, 19 Maret 2013

PEMBONGKARAN! - Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih 2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.


Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'

Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.


Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.


PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal


Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

Bayangkan...anggota kita meronda dibawah pohonan kelapa sawit..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok. Tembakan dihambur bertalu2..sikit pon tak lut.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Seorang Perwira menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur namun sebiji pun tak memberi kesan. Akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu, membenamkan peluru ke tanah, dan membaca beberapa surah Al Quran. Peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.

Rakyat Malaysia yg sayangkan negara,yang sayangkan perajurit-perajurit kita..sama2 lah kita menadah tangan dan berdoa, untuk keselamatan dan kejayaan mereka di sana..in shaa allah..(lebih bagus kalau boleh buat solat hajat)..

*Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang kami yg sedang bertempur di Lahad Datu dan sekitar Sabah..Ya Allah, lindungilah mereka daripada pandangan dan sasaran musuh durjana..Ya Allah tuhan yg maha berkuasa atas sesuatu, Kau tumbangkanlah musuh-musuh negara kami itu Ya Allah..sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan dan kekuasaan-Mu Ya Allah..wa laa haula wa laa kuwwata 'illaa billaah..amiiinn..amiinn..amiinn..ya robbal 'alamiinn..


TAOTAUAJER : Lihatlah betapa jahatnya permainan pengganas sehinggakan menggunakan pelbagai cara meskipun Ilmu Hitam adalah sama sekali haram dalam islam. Oleh itu kita janganlah memperlekehkan pasukan keselamatan kita yang berjuang bermati-matian di sana. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga roh mereka di tempatkan di golongan orang2 di kasihi. - Berita LAHAD DATU CRISIS

Sabtu, 16 Maret 2013

WOW! - Malaysia Menggunakan UAV Buat Pertama Kalinya Dalam Operasi Daulat (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - UAV nama singkatan bagi Unmanned Aerial Vehicle, pastinyer ramai tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.


Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.


Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.

ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.

UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.


Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.

Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.

Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.

Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.

Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.

CC: GenerasiBaru.com

Disini tao tunjukkan gambaran dari sebuah UAV diambil dari Movie Act Of Valor


TAOTAUAJER : Bayangkan jika kita ada UAV ini sememangnya memudahkan bagi mengenalpasti kedudukan musuh dan juga anggota kita dapat di kawal pergerakannya melalui komunikasi radio supaya anggota kita diberi pengawasan terhadap musuh yang hadir. - Berita LAHAD DATU CRISIS

SERIUS! - Perwira Kita Akan Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah

TAOTAUAJER - Seperti yang kita tahu semenjak Operasi Daulat dilaksanakan telah banyak tentera Sulu yang terkorban dalam serangan tersebut. Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.


Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Tapi siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?

SUMBER: VAT69-Perjuangan Semalam

TAOTAUAJER : Mayat Pengganas disembahyangkan oleh para Perwira kita yang bertugas. Itulah akhlak seorang Islam. Orang beri racun, balas ia dengan madu. Itulah yang dituntut oleh Islam. - Berita LAHAD DATU CRISIS