Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 17 Juli 2013

INFO! - Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2013

TAOTAUAJER - Setiap kali di bulan Ramadhan, kutipan zakat fitrah akan dikenakan oleh seluruh umat islam di dunia ini yang berkemampuan untuk membantu fakir miskin menjalani kehidupan di bulan mulia ini. 


Di Malaysia, kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya


SUMBER: mysumber.com

TAOTAUAJER : Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya. Selamat beramal dan jagan lupe bayar zakat yer - Koleksi Info

Selasa, 16 Juli 2013

TAUTAK? - Inilah 6 Sebab Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

TAOTAUAJER - Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan? Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang menerangkan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt? 
Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepada ku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..

6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan

1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.


TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa mulia sungguh bulan ramadhan ini sehinggakan banyak manfaat yang kita dapat apabila berpuasa di bulan ramadhan. Pada bulan yang sama juga iblis dan syaitan di tangkap dan di siksa bagi memudahkan kita menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini - Koleksi Artikel Islamiah


Sabtu, 11 Agustus 2012

GEMPAR! - Hujan Meteor Perseids malam Ramadhan 12 & 13 Ogos 2012 (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mungkin ramai yang tak tau setiap tahun dalam bulan OGOS kita iaitu bumi akan melintasi orbit komet Perseids dimana kita akan dapat tengok serpihan meteor daripada kebanyakan kawasan. Tahun lepas juga pada bulan ramadhan kita dapat saksikannya juga. Dimana Ron Garan berjaya merakamkan meteor Perseids tersebut memasuki atmosfera bumi dari Ruang Angkasa.


Kalau korang nak tau, fenomena ni berlaku setiap jam, dengan sebanyak kira-kira 60 bilangan meteor boleh dilihat dalam masa sejam

Pastinya korang tertanya tanya bilakah Fenomena Hujan Meteor Perseids ini akan berlaku, okay korang ikuti lagi penjelasan lanjut di bawah ini.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 04 Agustus 2012

Subhanallah - Rakaman Video Khalimah Nabi muhammad terukir di langit Masjid Nabawi [VIDEO]

TAOTAUAJER -Subhanallah, ini lah kebesaran Allah maha pencipta yang di tunjukkan pada bulan ramadhan ini dimana Khalimah Nabi muhammad terukir di langit Masjid Nabawi.


Terakamnya kebesaran Allah yang dalam Siaran lansung selepas maghrib pada 7 ramadhan ,diumana kelihatan awan berbentuk 'Muhammad' di Sekitar Langit Masjid Nabawi.

Kita saksikan Video kebesaran Allah di bawah ini..



TAOTAUAJER : Subhanallah... tak sangka pada ramadhan kali ini kita dapat melihatnya. Dapatkah kita lihat kejadian kebesaran Allah ini pada tahun-tahun yang mendatang? - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Kamis, 02 Agustus 2012

Subhanallah! - Mungkin korang taktau TARAWIH di Yamen 100 RAKAAT

TAOTAUAJER - BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.


Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 01 Agustus 2012

TAUTAK? - Kelebihan bersahur di bulan Ramadhan

TAOTAUAJER - Salam Ramadhan tao ucapkan kepada seluruh umat islam, bulan Ramadhan ini lah antara bulan-bulan yang di nantikan dan dengan rahmat Allah. Kesempatan ini tao ingin kongsikan pada korang tentang kelebihan bersahur. Sebelum ini tao telah kongsikan pada korang kelebihan berpuasa.


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 30 Juli 2012

TAUTAK? - Sejarah Tokey Kurma, Yusof Taiyoob (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Korang pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.


Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. 

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>