Tampilkan postingan dengan label Dunia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dunia. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Juni 2013

TAUTAK? - Kelebihan Saintifik Al-Quran Nur Karim Kejadian Alam Semestar

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau pada 14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur’an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.


Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.

Sudah tentu Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalam Tuhan.

Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur’an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.

Pada abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur’an. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur’an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur’an bersama-sama.

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.


Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;\

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Edwin Hubble
Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. 
Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.


Orbit

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu; 
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Bentuk Sfera Bumi

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam semesta.

SUMBER : Gempak.org

TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa banyak kebenaran Al-Quran terhadap kajian saintifik. Sepertinya Al-Quran ini adalah apa yang berlaku dari permulaan penciptaan sehinggalah apa yang bakal berlaku setelah kiamat dan juga perkara-perkara yang ghaib bagi kita. - Koleksi Artikel Islamiah

Sabtu, 25 Mei 2013

BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia?

TAOTAUAJER - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Berbeza pula ceritanya di Australia apabila bahasa Arab adalah bahasa kedua bagi negara tersebut.... Biar Betul!


Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia.

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.

Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.

Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa.

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP

TAOTAUAJER : Sungguh mengejutkan apabila mengatahui hal ini, dimana kita di malaysia pon tak semua yang betul-betul tahu akan bahasa arab berbanding bahasa Inggeris. Berapa ramaikah kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang menguasai bahasa Arab? - Koleksi Info


Jumat, 15 Maret 2013

OMG! - Ribuan ikan mati di tasik Brazil (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ribuan ekor ikan ditemui mati di Tasik Rodrigo de Freitas di sini sejak Isnin lalu, lapor agensi berita Reuters kelmarin.


 Menurut pihak berkuasa alam sekitar Rio de Janeiro, lebih 12 tan ikan itu mati selepas ribut yang melanda awal minggu ini telah membawa bahan-bahan organik ke dalam tasik tersebut.



Ikan-ikan tersebut juga mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam tasik berkenaan selepas pencemaran bahan-bahan organik itu. Menurut pihak berkuasa itu, situasi itu akan berakhir apabila air laut pasang sekali gus membawa masuk air baharu ke dalam tasik tersebut.

SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Kesian ikan-ikan ini banyak yang mati dan ini boleh mendatangkan impak pada masa akan datang kepada kita. Berkemungkinan juga habitat yang di diami ikan ini habis semua mati dan memerlukan masa yang lama untuk tasik ini di penuhi ikan semula.


Sabtu, 09 Maret 2013

OMG! - Glasier Kanada Mencair, Permukaan Air Laut akan Naik

TAOTAUAJER - Glasier Kanada yang merupakan ais terbesar setelah Antartika dan Greenland, terus mencair. Para penyelidik mengatakan mencairnya gletser Kanada akan menaikkan permukaan air laut.


Sekitar 20 peratus dari ais di glasier, di pulau-pulau seperti Ellesmere atau Devon, diperkirakan menghilang pada akhir abad 21. Mencairnya ais tersebut akan menambah ketinggian permukaan air laut global sebanyak 3,5 cm.

Pemerintah setempat berusaha memahami setiap centimeter kemungkinan kenaikan permukaan air laut yang disebabkan pemanasan global. Mereka merancang untuk melindungi kota-kota seperti New York hingga Shanghai atau kota dataran rendah dari Ghana hingga Bangladesh.

"Kami percaya ais akan kehilangan jisimnya di masa mendatang," kata para penyelidik yang menulis dalam jurnal Geophysical Research Letter.

Penulis Utama, Jan Lenaerts mengatakan tren mencairnya ais tidak terbendung karana mencairnya ais berwarna putih akan mempengaruhi ais berwarna gelap yang menyerap lebih banyak sinar matahari. Hal itu akan mempercepat pencairan.

Semua glasier mencair memakan masa beberapa abad. Pemanasan global membuat pencairan ais di Arktik lebih cepat dari rata-rata global. Panel di PBB merencanakan permukaan air laut dunia akan naik kira-kira 18-59 cm pada abad ini. Tinggi permukaan air laut akan naik lagi jika pencairan lapisan ais di Antartika dan Greenland lebih cepat.

SUMBER : republika

TAOTAUAJER : Kalau korang perasan sekarang ini bahag panas di siang hari semakin tinggi, dan semakin lama semakin panas. Dengan pencemaran yang di lepaskan tanpa kita sedari sedikit demi sedikit menipiskan lapisan ozon yang memberi pelindungan kepada bumi. - Koleksi Dunia

Minggu, 03 Maret 2013

SERIUS? - Meteor Yang Jatuh di Chelyabinsk Russia Dimusnakhan Oleh UFO? [VIDEO]

TAOTAUAJER - Bulan lepas dunia di gemparkan dengan Meteor yang jatuh di Russia dan menyebabkan banyak kecederaan dan kemusnahan. Selepas kejadian kilat gergasi menggegarkan langit pagi bandar Chelyabinsk, yang kemudiannya digelar sebagai "meteor Chelyabinsk",setiap orang mengkaji rakaman video yang disediakan dan sebahagian daripada mereka mendakwa terdapat beberapa objek tambahan wujud pada bola api dalam saat langit sebelum ia bertukar ke cahaya terang. Sebelum ini juga Saintis Russia menyatakan bahawa UFO telah menembak meteor dengan sengaja, untuk menyelamatkan bumi 100 tahun yang lepas (LINK)



Ada yang mengandaikan ia UFO, ada yang mengatakan mereka adalah peluru berpandu pertahanan udara. Rakaman ini menunjukkan beberapa bahagian penyelidikan menonjolkan kemungkinan perlanggaran di langit. Jom lihat gambar-gambar dan Video di bawah ini....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 21 Februari 2013

OMG! - Oymyakon Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia (14 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C).Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.




Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat – 50°C.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 03 Januari 2013

WOW! - Lelaki dari India ini Berbaju Emas RM800,000 Sambut 2013 (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Baju emas 2013 buatan India | Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.


Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 19 Desember 2012

ANEH! - Ikan Boleh ‘Berjalan’ Di Darat Ditemui di Vietnam

TAOTAUAJER - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hanoi semalam 18 December 2012.


Sebelum ini juga tao ada tunjukkan pada korang dimana satu fenomena ikan yang melintas jalan di Washington. Saksikan VIDEO dan ARTIKEL lengkap [LINK]
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 05 Desember 2012

WOAH! - Akhirnya Rumah Pasangan Cina ditengah jalan di robohkan (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang di hebohkan sebelum ini rumah yang tiba-tiba berada ditengah jalan yang baru di buat sebenarnya rumah yang enggan di robohkan apabila pemilik rumah tersebut enggan keluar kerana pampasan yang sangat rendah.

Kerja bermula memusnahkan rumah itu pada hari Sabtu di bandar Wenling, Zhejiang. Ia difahami pasangan itu akhirnya diterima perjanjian pampasan untuk berpindah
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 30 November 2012

Alhamdulillah! - Akhirnya Palestine di iktiraf sebagai sebuah Negara

TAOTAUAJER - Berapa ramai kah yang telah syahid dalam perperangan dengan Israel? kini akhirnya Palestine di iktiraf sebagai sebuah Negara...Alhamdulillah!


JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 21 November 2012

DAHSYAT! - Enam Perisik Israel Mati Dibunuh, Mayat Perisik Israel Diseret! (7 Gambar)

TAOTAUAJER - Enam lelaki yang didakwa sebagai ‘perisik Israel’ telah dibunuh dan mayat mereka telah diseret di sekitar jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa kawasan wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.


Mungkin kerana dendam yang amat tinggi kepada puak Israel menyebabkan mereka mengheret mayat-mayat ‘perisik Israel’ yang diikat di belakang motosikal kumpulan lelaki tersebut.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 25 September 2012

INSAF! - Apabila Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai di Yaman dimana Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya.


Tahu la apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.

Saksikan gambar-gambar pelaksanaan ini di Yaman di bawah ini.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 22 September 2012

SADIS! - Kehidupan Lelaki ini Dirantai Selama 21 Tahun hidupnya (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.


Menurut media, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 18 September 2012

PELIK! - Cacing di kahwinkan di Taiwan demi kesedaran alam sekitar

TAOTAUAJER - Aktivis Taiwan mengahwinkan 70 ekor "cacing tanah bertuah" di dalam upacara perkahwinan rumit dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah. 


Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 17 September 2012

DAHSYAT! - Hanya kerana PULAU rakyat China Menghancurkan barangan Jepun (20 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran yang berkaitan dengan Jepun habis di rosakkan dan di hancurkan ini semua di sebabkan oleh ketidakpuasan hati penduduk berhubungan pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun.Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.


tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan merosakkan kereta buatan Jepun dan kedai.

Saksikan lagi gambar-gambar keganasan china terhadap barangan buatan jepun
Disebabkan sebuah pulau yg dinamakan pulau diaoyu..
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 10 September 2012

SUBHANALLAH! - Pantai Merah Darah setiap kali musim luruh di Panjin China (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Permandangan indah pantai berwarna merah di Panjin China, dimana kawasan ini terletak di Delta sungai Liaohe, kira-kira 30 barat daya kilometer Bandar Panjin di China.


Pantai di  Panjin China ini berwarna kemerahan merah darah setiap kali musim luruh, fenomena ini menjadikan pantai ini cukup unik dan memukau pemandangan yang jarang-jarang kali kita ketahuinya dan kita dapat melihatnya.

Lagi gambar-gambar pantai merah darah di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 04 September 2012

ALHAMDULILLAH! - Inilah Pembaca Bertudung Pertama Di Mesir

TAOTAUAJER - Fatma Nabil menjadi wanita pertama yang bertudung di Mesir menjadi pembaca berita dengan televisyen Channel 1,selepas pihak berkuasa memansuhkan larangan terhadap wanita bertudung daripada membaca berita sejak berdekad-dekad lalu.


Dia muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung berwarna kuning cair dan mula membaca berita semalam.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 03 September 2012

WOW! - Fenomena ala Gangnam Style pernah melanda Eropah seawal kurun ke-7

TAOTAUAJER - Fenomena tarian kuda yang dibawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy menerusi Gangnam Style bukan perkara baharu, malah pernah berlaku pada kurun ke-7 hingga ke-17 di Eropah.


Menurut Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris, fenomena itu dikenali sebagai dance mania atau wabak menari, choreomania, tarian St. John dan tarian St. Vitus.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 31 Agustus 2012

UNIK! - Menu Burger Zombie Dari Otak di London (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - WOW Unik menu burger zombie di jual di London dimana seorang chef di London mengejutkan semua orang yang ada di sana sewaktu melancarkan restoran bergerak yang menyajikan makanan yang terbuat dari otak haiwan, seperti burger otak lembu, salad otak dan otak goreng.


Makanan yang terbuat dari otak memang menjadi menu yang biasa di dunia kulinari di Asia, namun di dunia barat, makanan tersebut masih dianggap sebagai hal yang aneh dan menjijikkan. Makanya tidak hairan ketika Mark Jankel membuka kedai restoran bernama Gory Gourmet, dimana ramai yang menyebut makananannya sebagai makanan Zombie.

Berikut gambar-gambar uniknya restoran Gory Gourmet milik Mark.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 26 Agustus 2012

PEMBONGKARAN - Kenapa NASA Menyembunyikan Fakta Misteri Di Sebalik Kota Mekah

TAOTAUAJER - Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka’bah? Seperti mana yang kita tahu titik tengah bumi bagi sistem masa asalnya merujuk kepada masa solar di diterima pakai sebagai masa standard global ialah Greenwich Mean Time (GMT)


Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Allah berfirman lagi yang bermaksud :

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , 

sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Baik..  kita balik pada Neil Amstrong dan Fakta kajian saintifik

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.


Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing.  .

Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk  memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang . Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).



Peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah 

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.


Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich ?

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

••••► Ketahui Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad - HOT!

UPDATES: Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas. Baca artikel penuh ••••► Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.


TAOTAUAJER - Subhanallah banyak perkara yang masih belum kita tahu dan menjadi misteri meskipun ia mungkin tertulis dan tersirat di dalam Al-Quran. Semoga info yang tao himpunkan ini dapat menjadi pedoman dan info buat semua pembaca harap salah dan silap di maafkan. - Koleksi Artikel Islamiah