Tampilkan postingan dengan label Pelik tapi benar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pelik tapi benar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 03 Agustus 2013

PELIK! - Kenapa Sampai Goreng Telur Atas Jalan Raya? (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kejadian yang jarang kali kita lihat , dah sampai kenapa pulak orang goreng telur atas jalan raya. Kalau kita perlukan dapur api untuk menggoreng udang atau telur tetapi tidak di China apabila penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.


Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller ah.. kepanasan kat sana boleh memasakkan telur , jarang-jarang kita lihat perilaku sebegini dan dalam tidak kita sedar hasil dari fenomena ini sehinggakan boleh mengorbankan penduduk dan merosakkan harta benda. - Koleksi Pelik 


Kamis, 25 Juli 2013

OMG! - Kura-kura Ini Hisap Rokok 10 Batang Sehari (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Menurut laporan media China, di sebuah kampung di pinggir Changchun tinggal terdapat kura-kura yang ketagihan nikotin dimana ia merokok kira-kira 10 batang sehari. Penjaga haiwan terbut mengatakan apabila ia merasakan memerlukan rokok. reptilia tersebut akan menjadi gelisah dan mula mendesis.


Nak tau macamana kura-kura tersebut boleh menjadi ketagih pada rokok? Tang,Seorang chef tempatan yang membantu bosnya menjaga reptilia itu, berkata ia bermula tabiat tersebut kira-kira dua bulan lalu apabila dia menyedari haiwan itu telah hilang minat dalam makanan ikan hariannya.

Selepas memeriksa reptilia itu, beliau mendapati terdapat tulang ayam tajam yang tersangkut, tetapi apabila dia cuba menarik ia keluar, dan telah digigit dan ia menyakitkan. Tang menyedari satu-satunya cara dia boleh mengambil tulang adalah dengan mengalih perhatian reptilia tersebut, jadi dia mengambil rokok yang berada di mulutnya dan memberikannya kepada reptilia tersebut untuk menggigit rokok tersebut. Dengan itu dia berjaya mengeluarkan tulang ayam tersebut.

Keesokan harinya, Tang duduk di kerusi berhampiran kura-kura tersebut dan menyalakan rokok selepas bekerja keras hari tersebut. Sebaik sahaja ia melihat asap, reptilia itu merangkak di atas beliau, dan menyalakan rokok dan memasukkannya ke dalam mulut haiwan tersebut.


Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia tidak menerima rokok, reptilia tersebut mula membuat bunyi desiran dan mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan.



Ia adalah menyeronokkan pada mulanya, tetapi kini dia berasa bertanggungjawab untuk untuk menjag kura-kura yang ketagihan merokok, ditambah dia tidak mampu untuk membiaya rokok yang dikongsinya.

SUMBER : ChinaDaliyNews· 

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau ini bukan kali pertama haiwan menjadi ketagih pada rokok. Kembali pada tahun 2011, tao pernah tulis pasal ular sawa ketagih rokok dan burung gagak yang menghisap rokok. Manakala Shirley, seekor orang utan dari Malaysia yang merayu pelawat di zoo memberikannya rokok . Tu la gatal sangat bagi rokok, tengok betapa jahatnya nikotin dalam rokok haiwan pon boleh jadi ketagih pada rokok - Koleksi Pelik tapi benar


Sabtu, 20 Juli 2013

PELIK! - Gunung Berapi Menjerit Sebelum Meletus (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gunung api menjerit sebelum meletus? biar betul! Kalau sebelum ini tao ada dedahkan akan Fenomena Pokok Menjerit Apabila Dahagakan Air , kali ini sekumpulan saintis mendedahkan, gunung berapi mampu menjerit pada nada paling tinggi sebelum meletus. Pakar Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) yang mengkaji letusan gunung berapi Redoubt, Alaska dalam Mac 2009, mengesahkan perkara itu.


Kumpulan berkenaan menjumpai apa yang dilabelkan sebagai 'jeritan' diikuti aktiviti seismik sewaktu berubah dari denyutan normal kepada gegaran kuat.

Menerusi kajian itu, mereka turut percaya kekerapan gegaran akibat gempa bumi bawah tanah adalah punca kepada kebarangkalian letusan gunung berapi dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, saintis berpendapat gempa bumi dan gegaran harmoni berlaku apabila magma ditolak keluar melalui saluran sempit di bawah tekanan kuat ke tengah-tengah kawah gunung.

Sesetengah gunung berapi menjerit pada nada paling tinggi akibat pergeseran yang dicetuskan oleh gegaran sebelum meletus.

Penuntut kedoktoran sebuah universiti dalam AS, Alicia Hotovec-Ellis berkata, jeritan gunung berapi mampu didengar oleh manusia walaupun pada kekerapan rendah selepas mengeluarkan gegaran harmoni.

Katanya kepada MailOnline, gegaran harmoni meningkat kepada frekuensi yang lebih tinggi kemudian berhenti secara tiba-tiba sebelum gunung berkenaan meletus sebanyak enam kali.

"Sesetengah gunung berapi mengeluarkan bunyi melalui gema magma yang ditolak dari bahagian bawah retakan nipis kerak bumi," katanya.

Katanya, setiap pergerakan secara tiba-tiba membawa kepada gempa bumi kecil sekurang-kurangnya 1.5 pada skala Richter.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Menakjubkan apabila gunung berapi pon boleh menjerit sebelum meletus, inilah kehebatan Allah dalam menciptakan alam semesta. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Minggu, 14 Juli 2013

WOW! - Span, Ikan Emas Yang Bermain Bola Sepak [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kebanyakan ikan akan melarikan diri daripada jaring, tetapi inilah kejadian pelik tapi benar apabila ia tidak bagi si Ikan Emas Span. Dia dikenali sebagai ikan yang pandai bermain bola.


Tuan Pan, Peter Battison melatih ikan emas itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada ikan itu untuk bermain bola sepak

“Tolak bola itu, tolak bola itu, bagus Span,” katanya melatih.

Pemiliknya yang berumur 80 tahun menyedari kemahiran bersukan Span selepas beliau menghadiri kelas manual melatih ikan emas.

“Biasanya untuk melatih ikan mulakan dengan memberi hadiah atau upah, umpama gaji pemain bola untuk mendorongnya berenang menembusi cincin.Selepas memperkenalkan beberapa halangan anda boleh menggunakan bola itu. Bola itu diperbuat dari plastik dan tidak boleh timbul,” katanya.

Ikan emas itu sudah pun mengutip kira-kira 30 pound untuk satu badan kebajikan di Exeter dan menerima ramai peminat. Sedihnya, ikan emas itu tidak boleh menandatangani autgraf.

Mari kita saksikan gelagat ikan ini bermain bola... 



TAOTAUAJER : Lihat.. ikan kalau di ajar pun boleh pandai. Kalau korang nak tau hasil dari kajian perisikan ikan, membuktikan bahawa ikan adalah pintar, bahawa mereka boleh menggunakan alat, dan bahawa mereka mempunyai ingatan jangka panjang yang menarik dan struktur sosial yang canggih. Subhanallah menakjubkan!  - Koleksi Menarik 

Rabu, 12 Juni 2013

OMG! - Inilah Wanita Vampire Di Dunia Sebenar Minum Darah Manusia

TAOTAUAJER - Wanita pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada Julia Caples, 45, yang gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua liter sebulan.


Julia yang mula ketagih darah sejak remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30 tahun lalu.

Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem Twillight.

Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah manusia.

Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.

“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.

Ketika itu Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.

Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.

“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada anak-anak,’’ katanya.

Julia yang menulis blog mengenai pontianak menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau HIV.

“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yang kita belum ketahui.

“Saya rasa lebih cantik setiap kali minum darah dan tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan yang serius,’’ katanya yang pernah minum hingga setengah gelen darah sebulan.

SUMBER : Mynewshub

TAOTAUAJER : Giller sungguh... perempuan nie dengan tabiat pelik suka minum darah manusia. Ini dah macam vampire. Jangan pulak nanti ade yang terbunuh pulak citenyer pulak. - Koleksi Pelik 



Jumat, 23 November 2012

PELIK! - Apabila Rumah Berada Di tengah Jalan Raya (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Rumah di bina di tengah-tengah jalan raya? Ini lagi satu yang pelik di china. Jap jangan salah sangka dimana binaan ini sebenarnya sememangnya di situ dan satu projek pembinaan jalan raya yang dilakukan apabila pemilik banggunan tersebut enggan berpindah dari rumah tersebut.



Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang, China. Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 25 Juli 2012

GEMPAR! - Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

TAOTAUAJER - Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.


NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

ikuti lagi penjelasan dari NASA di bawah ini....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 20 Juni 2012

WOW! - Ayam tanpa kepala mampu hidup selama 2 tahun (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Korang masih ingat akan kejadian ayam yang telah disembelih tapi masih hidup di perak bulan lepas tao paparkan? Dalam artikel tersebut dimana kejadian ayam hidup walaupun kepala sudah putus pernah berlaku pada 60 tahun yang lepas? lebih tepat pada 2012 ini peristiwa seperti itu berlaku pada 67 tahun yang lepas. Dimana seekor ayam yang juga di sembelih tapi hidup bukan 2 minggu tetapi 2 tahun.


Kejadian ini berlaku pada 10 September 1945, dimana seekor ayam yang dipelihara oleh Clara Olsen dan suaminya yang dinamakan MIKE, Llyod Olsen mampu bertahan hidup sehingga 2 tahun lamanya setelah kehilangan kepalanya akibat satu insiden yang terjadi di rumah keluarga Olsen.

ikuti lagi akan kisah ayam tak berkepala dan penjelasan bagaimana ayam tanpa kepala ini mampu hidup selama 2 tahun.....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 17 Juni 2012

WOW! - Rekod manusia dengan nama terpanjang 161 patah perkataan !

TAOTAUAJER - Don McManus memutuskan untuk menukar namanya kepada yang baru, dimana dipercayai akan menjadi yang terpanjang di dunia. Menurut BBC, warga British yang berusia 41 tahun ini mengambil nama daripada 161 perkataan, dengan harapan untuk menarik perhatian media kepada organisasi kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak - "Red Dreams". Beliau mengasaskan organisasi ini selepas kematian anak lelakinya.



Panjang 161 patah perkataan macam mana la agak nyer nama dye tu kan... korang tengok bawah nie nama terpanjang di dunia ini.....

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 06 Juni 2012

SADIS! - Kisah Nelayan Pemburu Mayat di Sungai (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pekerjaan yang dilakukan seorang nelayan di China ini tao rasa paling aneh di dunia. Wei Xinpeng, nama lelaki tersebut dimana beliau, biasanya memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, kerap kali memulai harinya dengan bertengong sambil merokok di tepi sungai. 


Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah mati kemalangan, dibunuh, ataupun bunuh diri.

Ikuti lagi kisah seorang pemburu mayat di sungai ini lagi di bawah...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 05 Juni 2012

SUBHANALLAH! - Pantai unik tanpa lautan di Spanyol (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebuah pantai pasti nyer memiliki hamparan laut yang luas. Biasanya, orang datang ke pantai untuk bermain air dan menikmati ombak. Tapi ada pantai berbeza dari lain-lain pantai di dunia ini dimana terdapat satu pantai yang berada di salah satu bandar kecil di Spanyol.


Pantai ini bernama Playa de Gulpiyuri atau sering juga disebut Pantai Gulpiyuri. Pantai ini terletak di sebuah pantai kecil dekat dengan pinggir pantai sebelah utara Spanyol, dekat dengan Llames.

Jom kita lihat lagi gambar-gambar  Pantai Gulpiyuri di bawah ini...

Sebenarnya pantai ini hanya berjarak 100 meter dari laut, tapi dihalang oleh bukit dengan gua-gua di bawahnya sehingga air dari Bay of Biscay atau pantai Biscay masih dapat masuk ke Pantai Gulpiyuri ini.


 Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.





SUMBER : Amusingplanet

TAOTAUAJER : Situasi di pantai tu kalau kita lihat memang unik dimana biasanya bila kita kepantai pastinyer permandangan lautan luas terbentang tapi ini kita dapat lihat batu-batuan dan yang bestnyer air tersebut kekal jernih. Betapa hebatnya kuasa ciptaan tuhan yang terlintas di fikiran kita ada tempat sebegini. - Koleksi Panorama Dunia


Minggu, 27 Mei 2012

Subhanallah! - Kuasa ALLAH. Ayam disembelih tidak mati (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pelik ayam yang sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 23 April 2012

Pelik ! - Pokok betik berwajah manusia yang marah (3 Gambar)

TAOTAUAJER - Pelik, namun itulah yang berlaku di sebuah ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam yang khabarnya bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.


Marah sungguh mimik muka pokok ini..hehe

Saksikan lagi gambar di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 20 Maret 2012

Wow! - Ombak bercahaya biru muncul di Maldive (7 Gambar)

TAOTAUAJER - Ombak bercahaya muncul di Maldive, buat korang yang tak pernah tau sememang nyer ia pelik dan mempersonakan. Bagi tao sebelum nie tao pernah tunjukkan ombak bercahaya biru yang dirakamkan di pantai San Diego.


Cahaya biologi, atau bioluminescence, dalam kandungan ombak tersebut tedapat nyer mikroorganisma marin yang hidup yang dipanggil fitoplankton dan kini saintis tau bagaimana binatang laut tersebut dapat bersinar biru dengan terang.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 19 Maret 2012

OMG! - Wanita minum dan mandi dengan air kencingnya! (6 Gambar)

TAOTAUAJER - Pelik sungguh kalau di China telur dimasak dengan Air kencing ini lain pula ceritanya di belah barat dimana seorang perempuan ini suka meminum air kencing dan menggunakan air kencing sebagai air mandi dan juga memberus gigi!


Carrie 53-tahun adalah seorang penghidap kanser, menurut rakan nya dimana beliau melakukan perkara-perkara yang pelik sepanjang tahun. Tetapi ini sangat pelik !

Wanita dari Colorado Springs meminum air kencing sendiri, selama empat tahun,tabiat meminum lima cawan sehari memberikan keselesan baginya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 11 Maret 2012

Wow! - Lelaki Manusia Serigala di minati wanita

TAOTAUAJER - Setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaanya, seperti lelaki istimewa ini walaupun dirinya di penuhi bulu dan di gelar sebagai " Manusia Serigala ", jangan mudah kita mengejek, mencaci atau menghina. Lihatlah, bulu-bulu gak tapi manusia serigala ini diminati wanita... WOW!


LOS ANGELES: Dia mengalami keadaan yang jarang ditemui dan menjadikan dia lelaki paling berbulu di dunia, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan serigala daripada muncul di pintu rumahnya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

PELIK! - Budak perempuan ketagih minum petrol

TAOTAUAJER - Taktau ape nak jadi dengan manusia sekarang biasa memakan nasi nieh macam -macam benda bebukan yang nak di makan , ade yang makan ular, makan ubat nyamuk, kali nieh ketagih minum petrol.. mungkin ini pepatah yang dikatakan " Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap"


NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 07 Maret 2012

SubhanaAllah! - Menakjubkan Labah-labah Membuat sarang Seladang selepas banjir ( 9 Gambar)

TAOTAUAJER - Subhanallah, pasti korang tak penah melihat kejadian seperti ini dimana sekumpulan Labah-Labah membuatt sarang secara besar besaran selepas banjir di Austrailia. Dulu ade kes macam ini jugak di India dimana labah-labah membuat sarang seperti gula-gula kapas di pokok. Tapi ini lagi dahsyat!

Ape yang korang lihat ini adalah seperti banjir..ia memang banjir tetapi di banjiri dengan sarang labah-labah...

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 05 Maret 2012

SubhanaAllah! - Mukjizat azan Bunga-bunga Bermekaran Saat Azan Berkumandang [Video]

TAOTAUAJER - Mukjizat azan, bunga-bunga berkembang mekar sewaktu azan berkumandang. Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur.


Stesen television CNN, pernah menayangkan sebuah fenomena yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Saksikan video Dokumentari Keajaiban azan di bawah ini :

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 29 Februari 2012

Wow! - Rekod angkat 23 bangku dengan gigi

TAOTAUAJER - Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Cina, Li Hongxiao berjaya memecahkan rekod menjunjung 23 bangku dengan giginya. Ini bukan perkara mudah, karena Li harus menumpukan dan menyeimbangkan semua bangku tersebut.


Bila satu buah bangku beratnya 3 kg, setidaknya jumlah beban yang harus ditahan lelaki yang berasal dari Desa Tianqiao ini hampir 70 kg.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>