Tampilkan postingan dengan label Kemalangan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kemalangan. Tampilkan semua postingan

Jumat, 16 Agustus 2013

SERIUS! - Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Terengganu (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ustaz Azhar Idrus penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja Setiap kali beliau berceramah. Hari ini berita yang mengejutkan apabila Pendakwah yang diminati ramai terlibat dalam satu kemalangan di Terengganu pagi tadi. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Terengganu.


Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu kereta jenis Golf GTI dan Iswara. Berikut adalah gambar-gambar sekitar kemalangan Ustaz Azhar Idrus di terenggannu





TAOTAUAJER : Syukur alhamdulillah Ustaz Azhar Idrus dan yang lain selamat. Tiada kecederaan hanya luka-luka kecil sahaja. Tapi apa yang menjedihkan adalah jenis kereta menjadi bualan dan kereta buatan negara menjadi sindiran - Koleksi Kemalangan

Sabtu, 08 Juni 2013

NGERI! - Gambar Kelisa Penyek Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kecoh satu malaysia dengan tragedi jambatan kedua pulau pinang yang sedang di bina runtuh pada 7 JUN 2013. Dalam kejadian tersebut sebuah kereta kelisa di hempap oleh bertan-tan besi jambatan tersebut.


Beginilah rupanya kenderaan kelisa yang penyek di hempap oleh bertan-tan besi.

Setelah 25 jam ,mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam.


Yang menyedihkan adalah apabila usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.


Lagi gambar kereta kelisa yang telah di keluarkan..


  
sumber gambar: penanglang.my 

Oleh kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.


SUMBER : bharian.com, penanglang.my

TAOTAUAJER : Sadis, bagi isteri mangsa yang tercari-cari suaminya dan akhirnya mengatahui suaminya itu maut dibawah timbunan besi-besi jambatan. Menurut bomba katanya ia di sebabkan oleh kegagalan besi yang menyokong. - Koleksi Ngeri 


Kamis, 06 Juni 2013

GEMPAR! - Apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini adalah satu berita yang mengejutkan apabila struktur susur keluar jambatan kedua dekat Batu Maung yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian runtuhan tersebut mengejutkan masyarakat sekitarnya yang melalui kawasan tersebut, lewat petang semalam.


Struktur yang melibatkan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang belum siap telah runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang dekat jalan Batu Maung

Berikut gambar-gambar kejadian runtuhan :





Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam. Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.

Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.


Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.

Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit. Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.



Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.

Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.

"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.

Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.

Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

SUMBER : themalaysianinsider , simtzetzin, kosmo

TAOTAUAJER : Dahsyat! sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya tersebut.. apakah punca kejadian sebegini berlaku? kecuaian atau di sebabkan oleh faktor alam sekitar? Kalau diikutkan ini adalah kejadian kedua bagi kategori jambatan runtuh dan sebelum ini jugak banyak kejadian binaan di malaysia runtuh. Dimanakah silap nyer? - Koleksi Runtuh


Rabu, 08 Mei 2013

DAHSYAT! - Ferrari 430 Scuderia selepas kemalangan pada kelajuan 300 km/h (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ferrari F430 adalah sebuah kereta sport yang telah dikeluarkan oleh pembuat Ferrari Itali pada tahun 2004-2009. Dimana dilengkapi dengan 4.3L V8 enjin dengan kelajuan 480 kuasa kuda, boleh mencecah kelajuan 0-100km/j dalam masa 4 saat dan kelajuan maksimum adalah 315km. Pernahkah korang bayangkan pabila Ferrari 430 Scuderia kemalangan pada kelajuan 300 km/h bagaimanakah kedahsyatan nyer?


Jom kita kemalangan membabitkan kereta berprestasi tinggi ini di Laatzen Jerman sabtu lalu. Pemandu berusia 41 dan isteri beliau berumur 39 terselamat walaupun kemalangan berlaku pada kelajuan 300 kilometer sejam. Tayar kenderaan ini dikatakan meletup ketika pemandu memecut di atas Autobahn.







TAOTAUAJER : Giller lah, kalau kemalangan dengan halaju seratus lebih pon dah teruk inikan pulak dengan halaju 300km/h. Tapi kira hebat la safety kereta ini walaupun kemalangan dengan halaju yang tinggi tetapi masih boleh menyelamatkan pemandu dan penumpang nyer. Nasib baik hidup lagi tapi kereta total lost lah, kereta boleh beli lain nyawa tak boleh di jual beli. - Koleksi Kemalangan Dahsyat


Sabtu, 20 April 2013

DAHSYAT! - Bandar Samara diserang tanah jerlus (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini penduduk russia di kejutkan oleh kejadian Meteor yang jatuh dan menyebabkan banyak kemusnahan serta mengorbankan jiwa kini russia dikejutkan pula dengan kejadian tanh jerlus di membimbangkan apabila banyak kejadian kenderaan tejerlus di dalam lubang di laporkan. Dimana Sekurang-kurang seorang penduduk sudah meninggal dunia manakala banyak kenderaan rosak akibat terjatuh ke dalam lubang besar yang terjadi di bandar Samara, Russia.


Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas ‘serangan’ tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu.

Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.

Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.




Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.




Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.

Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.Bagaimanapun, tanah jerlus semula jadi mengambil ribuan tahun untuk dibentuk dan berbeza dari segi saiz.Ia terjadi akibat daripada apa yang dikenali sebagai proses Karst yang berlaku apabila lapisan batu batan seperti batu kapur di bawah tanah dilarut oleh air berasid.

Biasanya, hujan menyerap menerusi tanah, menyerap karbon dioksida dan bertindak balas dengan sisa pertanian. Kesannya, air yang sampai kepada lapisan batu batan yang boleh larut itu ialah dalam bentuk berasid.

Air berasid itu kemudian menghakis batu batan di bawah permukaan bumi, sekali gus membentuk ruang berongga.Kemudian, apabila ia tidak disokong lagi kerana rongga itu, tanah di atas batu kapur akan runtuh menjadi tanah jerlus.

Keruntuhan permukaan itu boleh terjadi tiba-tiba atau mengambil masa beberapa jam. Hujan lebat atau sistem perparitan yang buruk juga boleh menyebabkan keruntuhan. 

SUMBER : Daily Mail

TAOTAUAJER : Ingatkankan kat Malaysia jer jalan berlubang-lubang nie lagi teruk kat Russia dalam nyer boleh mencapai sehingga 6 kaki tu. Lori pon boleh masuk.. tao rasa ini berpunca daripada pemanasan global yang menyebabkan ais mencair dan menyebabkan kegagalan struktur tanah jalan tersebut - Koleksi Dahsyat

Minggu, 14 April 2013

TRAGIS! - Maut tersusuk buluh bendera parti (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Dalam kesibukan berkempen dan tengah rancak mendirikan pancang-pancang bendera, belakunya kisah tragis apabila buluh bendera parti tertusuk di tengkuk sewaktu menunggang motosikal.


Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.


Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan.

“Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.

“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya.

Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.

“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.

“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya,” katanya.

“Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak. 

SUMBER : Sinar Harian Online

TAOTAUAJER : Inallillah, semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..amin.. beringatlah behati-hati lah sewaktu melakukan apa saja.

Sabtu, 13 April 2013

GEMPAR! - Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Bali, Indonesia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Satu berita yang mengejutkan dari indonesia setelah sebuah kapal terbang Lion Air terhempas di bali. Dikatakan Kapal terbang Boeing 737 yang berlepas dari Bandung itu patah dua dan 53 penumpang dilaporkan cedera ringan.


Sebuah kapal terbang Lion Air yang membawa 108 penumpang telah terhempas di laut Bali, Indonesia ketika dalam proses mendarat di Ngurah Rai International Airport. Namun begitu, tiada kematian dilaporkan.


TVOne menunjukkan gambar kapal terbang tersebut dengan kerosakan fuselage. Cuaca juga dilaporkan baik ketika kejadian berlaku menurut Edward Sirait, iaitu commercial director PT Lion Mentari Airlines. Menurut beliau juga, kapal terbang itu membawa 95 orang dewasa, 5 kanak-kanak, seorang bayi dan 5 orang krew peberbangan.




TAOTAUAJER : Alhamdulillah tiada yang maut dalam kejadian tersebut. Teringat pulak kejadian yang SUKHOI SUPERJET 100 yang terhempas sewaktu membuat joy flight kat indonesia tak ada siapa yang selamat sangat menyedihkan. 

Selasa, 19 Maret 2013

SERIUS! - Inilah Akibat Tersilap Melakukan Jump Start Kereta (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kebiasaaannya apabila kereta kita tidak boleh start di sebabkan oleh bateri kong pastinye kita akan meminta bantuan dari kereta lain untuk membuat jump start supaya bateri tersebut dapat di charge seketika sementara untuk di bawa ke bengkel. Namun begitu terdapat satu kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tersilap melakukan Jumpa Start kereta dan ini lah yang terjadi.







SUMBER : Gempak.Org

TAOTAUAJER : Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri. Kalau dah macam nie.. hrmm memang menangis la di sebabkan bateri dengan harga ratusan ringgit yang rosak di sebabkan kecuaian dua bijik kereta melayang.