Tampilkan postingan dengan label aneh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aneh. Tampilkan semua postingan

Kamis, 12 September 2013

ANEH! - Ibu Mumiakan Badan Anak Selama 18 tahun Dengan Alkohol (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana kita tau kasih ibu tida bandingannya, ini tao tunjukkan satu contoh baik kasih sayang ibu yang tidak terbatas apabila seorang penduduk Georgia selama 18 tahun menjaga badan anaknya yang telah mati.


Setiap hari di sapukan alkohol dan meliputi helaian kertas putih, supaya tidak membenarkan kulit bertukar menjadi hitam. Wanita ini adalah contoh yang baik kasih sayang ibu yang terbatas, yang mendorong beliau untuk memastikan bahawa tubuh mumia anaknya , yang meninggal dunia 18 tahun lalu dalam keadaan baik.

Apabila Joni Bakaradze meninggal dunia pada usia 22 tahun, keluarganya enggan menguburkan dia, berkata ia bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki, yang mesti belajar untuk mengasihi bapa mereka. Setiap hari selama 18 tahun yang lalu dia menjaga badan anak itu, dan setiap tahun pada hari lahir anaknya memakai pakaian baru.

Pada mulanya dia menggunakan kaedah tradisional pengawetan, tetapi selepas beberapa ketika mula menggunakan cara mereka sendiri.

"Apabila saya telah mengalami mimpi di mana suara yang memberitahu saya untuk gosok Joni tubuhku alkohol Sejak itu, saya telah lakukan -. Menggunakan cadar direndam di dalam alkohol untuk memelihara tubuhnya," - kata ibu. Menurut wanita itu, jika badan itu akan meninggalkan untuk malam tanpa kepingan, kulit akan menjadi hitam seperti arang batu.





Baru-baru ini, kesihatan saya sendiri merosot disebabkan penyakit dan saya tidak dapat menjaga mereka, "katanya. wanita berkata bahawa anaknya adalah sangat cantik, dan dia percaya bahawa dia akan dapat menggunakan semula helaian kertas, kulitnya akan menjadi putih. Menjelaskan mengapa dia tidak mengebumikan badan, wanita itu berkata, "Dia mahu anaknya untuk berjumpa dengannya.
SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Demi nak menunjukkan kasih sayang seorang ibu, perempuan ini sanggup menjaga mayat anak nya bagi membuktikannya benar-benar sayang akan anaknyer. - Koleksi Pelik


Rabu, 28 Agustus 2013

WOW! - Apabila Sami Buddha Sembahyang 1000 Kali Sehari Selama 20 Tahun (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Selama 20 tahun, sami Buddha yang bernama Hua Chi telah sembahyang di tempat yang sama di dalam kuil yang beliau tinggal di Tibet. Sami ini melakukan hampir 500-1000 kali sembahyang dalam sehari. Lihatlah apa yang terjadi pada kesan tempat beliau berpijak ketika sembahyang.






TAOTAUAJER : Gila kuat sami ini sembahyang sehinggakan kayu tempat ia bersembahyang tersebut berlekuk tapak kaki. - Koleksi WOW!

Minggu, 28 Juli 2013

WOW! - Ibu 50 Tahun Ini Incredible Hulk Dunia Sebenar

TAOTAUAJER - Siapa tak kenal dengan watak hero Incredible Hulk bertubuh hijau dan besar apabila mengalami tekanan dan marah. Di dunia sebenar seorang ibu berusia 50 tahun mempunyai penyakit pelik sehinggakan menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.


KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Nampaknyer hulk dah ada yang perempuan pulak, cuma tak berubah jadi warna hijau jer. Pelik jer penyakit macam nie pun ader, boleh la masuk 1 classs academy untuk semua jenis mutan-mutan macam cerita X-man hehe - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa.


Selasa, 23 Juli 2013

INFO! - 10 Fakta Aneh Tentang Bayi Diraja Kate-William

TAOTAUAJER - Berita yang hangat di perkatakan masa ini tentang kelahiran keluarga diraja Putera William dan Kate Middleton. Media dunia telah berkhemah selama tiga minggu di luar hospital dimana isteri Putera William, Kate Middleton, akan melahirkan anak mereka. Sementera warga dunia masih menanti, 


Ini pula rupa bayi Putera William dan Kate Middleton yang cuba di gambarkan


Berikut adalah 10 fakta pelik tentang bayi diraja ini:

1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.

2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan 'Kotak Bayi' yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.

4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.

5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.

6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.

Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.

7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.

Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.

8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri - "Child of the Duke and Duchess of Cambridge".

9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.

10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. "Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David," katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: "Jikalau ia lelaki!"

INFO KELAHIRAN BAYI DIRAJA WILLIAM-KATE : 

Kate Middleton telah melahirkan seorang bayi lelaki dengan suaminya Putera William dan pengumuman rasmi telah diletakkan oleh pintu Buckingham Palace!

Sebelum pengumuman itu diletakkan di istana, tradisi telah di pecahkan apabila kenyataan akhbar menyiarkan butir-butir kelahiran untuk memberitahu dunia, bayi lelaki seberat £ 8, 8oz telah tiba.

"Yang Teramat Mulia The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 16:24," kata kenyataan itu. "Yang Teramat Mulia dan anaknya kedua-duanya dengan baik."




TAOTAUAJER : Tahniah buat pasangan di raja ini kerana berjaya melahirkan zuriat. Sekarang korang dah tau 10 fakta pelik tentang bayi diraja ini, kini nama bayi tersebut pulak menjadi misteri. - Koleksi Info



Senin, 15 Juli 2013

ANEH! - Setiap Kali Gadis Ini Menangis Akan keluar Darah

TAOTAUAJER - Gadis Berusia 20 tahun Yaritza Oliva bagaikan hidup mimpi ngeri. Gadis dari Purranque, Chile ini, setiap kali ia menangis akan keluar air mata darah dan setakat ini tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan misteri beliau.


Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah. Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini. Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.”


Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.





Jumat, 14 Juni 2013

SERIUS! - Ikan Duyung Terakam Di Kiryat Yam, Israel [VIDEO]

TAOTAUAJER - Dalam cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.


Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan.



Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya.Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.


TAOTAUAJER : Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain. - Koleksi Misteri 


Rabu, 17 April 2013

ANEH! - Apabila Buah Nangka Berbentuk Ibu Yang Mendukung Anak (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Aneh apabila buah nangka yang biasa nyer kita biasa lihat berbuntuk lonjong atau bujur tidak berbentuk seperti yang biasa. Dimana di Pontian, Johor buah nangka madu yang ditanam berbentuk seakan ibu yang mendukung anak.


Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.


Abdul Hamid menunjukkan nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong berbentuk seakan ibu yang mendukung anak.


Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

“Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

“Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu,” katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

“Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

“Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya,” katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.

TAOTAUAJER : Subhanallah, jarang-jarang kita dapat lihat perkara sebegini sungguh pelik dan aneh . Inilah kuasa ALLAH memang mengatasi segalanya - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Sabtu, 13 April 2013

GEMPAR! - Ikan Berwajah Buaya Ditangkap Di Thailand (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu.


Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.



Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya

Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.

Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.
Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.

“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee.

SUMBER : bangkokpost

TAOTAUAJER : Bagi tao ikan berkepala buaya ini tidak benda baru yang tao pernah lihat, kalau sebelum ini di kedai-kedai peminat akuarium juga ada menyimpan ikan jenis ini. Ia memang agak pelik sebab ia seperti habungan ikan dan juga buaya. - Koleksi Ikan Pelik

Rabu, 27 Maret 2013

SUBHANALLAH! - Lagi Ayam Tak Mati Selepas Disembelih Di Kedah Pulak!

TAOTAUAJER - Subhanallah lagi kes ayam tidak mati setelah di sembelih. Kalau sebelum ini pada tahun 2012 pernah juga berlaku kejadian aneh seperti ini di Bukit Raya (LINK) ,kali ini pulak berlaku di Tikam Batu Kedah.


Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku terhadap seekor ayam yang telah disembelih sehingga dipercayai terputus urat halkum dan marih tiga hari lalu tetapi masih cergas seperti biasa.


Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan pihak lelaki di Kampung Permatang Langsat, Simpor Ahad lalu apabila ahli keluarga mahu menyembelih 10 ekor ayam untuk dijadikan lauk kepada petugas, sehari sebelum majlis perkahwinan.


Pengantin lelaki, Muhammad Noh, 27, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan keluarga bahawa salah seekor ayam masih hidup berbanding sembilan ekor lagi yang mati sebaik sahaja disembelih.

“Memang terkejut dan pelik ayam jantan ini terus hidup walaupun berlumuran darah ketika disembelih,” katanya.

Menurutnya, ayam tersebut dibela sendiri keluarganya dan dijaga ibu, Jamilah Sarip, 60, sejak tiga tahun lalu bagi menjalankan kegiatan menternak ayam daging.


"Walaupun kesan sembelihan dan urat yang putus nampak jelas tetapi ayam jantan berusia setahun ini masih bertenaga.

"Namun, makanan dan air yang diminum keluar semula melalui urat yang putus," katanya.

Manakala, Jamilah berkata, penyembelihan dilakukan adik ipar seperti biasa tetapi kejadian aneh itu baru pertama kali dialami.

“Walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘luar biasa’ tetapi kami sekeluarga percaya ia berlaku atas kekuasaan Allah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Saidon Rejab, 51, berkata, dia ada terdengar bahawa pemilik mahu menjadikan empat ekor ayam jantan yang dimiliki sebagai baka, bagaimanapun secara tidak sengaja ayam tersebut termasuk dalam kelompok yang mahu disembelih.

“Ramai yang mai (datang) tengok keadaan ayam ini yang masih sihat walaupun setelah dipotong urat halkum dan marih. Oleh itu, semua makanan serta minuman yang dimakan tidak dapat dihadam sebaliknya mengalir keluar melalui urat yang sudah pun terputus,” katanya.

Menurut Saidon, dia juga berasa pelik dengan kejadian itu di mana ayam tersebut masih boleh berlari apabila dikejar, penglihatannya nampak jelas seperti biasa dan masih hidup walaupun darah mengalir sudah kering dan bahagian lehernya nampak cedera dan bengkak.


TAOTAUAJER : Aneh bukan setelah di sembelih pon ayam nie masih hidup, tapikan ayam nie tak boleh hidup lama kerana ayam nie tak boleh makan. Ini adalah sesuatu yang ‘luar biasa tapi walaubagaimanapun ini semua kuasa Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Minggu, 03 Maret 2013

MISTERI! - Haiwan Aneh Berkepala Kuda Berbadan Babi Terdampar tepi Pantai Tenby (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ada kejadian aneh yang menggemparkan warga Tenby, Wales Selatan kerana, dipinggir pantai, seekor makhluk aneh berwajah kuda berbadan babi dan bercakar seperti beruang ditemukan terdampar mati di pinggiran pantai Wales Selatan.


Makhluk tersebut pertama kali ditemukan oleh anjing milik Peter Bailey di pantai Tenby, Wales Selatan. Ketika ditemukan, haiwan ini sudah terdampar tak bergerak di atas pasir pantai.

Makhluk tersebut memiliki ukuran lebih besar dari anjing dengan kepala seperti kuda, berbadan tambun mirip babi dan mempunyai kuku seperti tangan beruang.


Satu hal yang menjadikan makhluk tersebut semakin aneh adalah, di beberapa bahagian tubuhnya ditumbuhi bulu atau rambut. Setelah mengabadikan gambarnya, Peter membawa gambar makhluk tersebut ke Dr Dan Forman, seorang peneliti dari Swansea University.

Ketika diperlihatkan gambar makhluk tersebut, Dr Forman tidak dapat memberikan penjelasan kerana dia sendiri juga terkejut akan susuk haiwan aneh itu.

TAOTAUAJER : Aneh, dari manakah datang nyer haiwan sepelik ini? Apakah ia haiwan dari hasil ujikaji menggabungan dari pelbagai species? Ia menjadi tanda tanya.... - Koleksi x-file misteri dunia

Jumat, 01 Maret 2013

OMG! - Lelaki Amerika ini Tangkap Belut Gergasi yang Menggerunkan (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang lelaki di New Jersey semasa memancing beliau menyaksikan ikan besar, serupa dengan belut. Keinginan untuk mengejar trofi, ia tidak tunggu lama dan ditembak menggunakan panah, dengan itu ditangkap makhluk yang besar.


Mengambil menangkap lelaki itu terkejut melihat air, kerana ia tidak merupakan belut tetapi berdarah sebenar dimana ia ikan bersaiz raksasa dengan gigi yang besar.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 24 Februari 2013

ANEH! - Batu Misteri penghisap rokok di China (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Batu yang ditemukan oleh warga China bernama Luo Yuanshui dari Provinsi Fujian, sangat aneh. Batu itu boleh menghisap rokok sama seperti manusia.


Pada awalnya, penduduk menyangka bahawa batu berwarna coklat dengan bentuk yang tidak terstruktur itu adalah bongkahan batu biasa.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 15 Januari 2013

SUBHANAALLAH! - Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi, Petanda Jelas Akhir Zaman? (9 Gambar)

TAOTAUAJER - Subhanaallah, Petanda Jelas Akhir Zaman? Apabila Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Saudi. Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk-salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah-dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.


Sepertimana sebelum ini tao juga pernah tunjukkan pada korang dimana pada tahun 2010 pernah berlaku turunya salji di Gurun Sahara.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 28 Desember 2012

MISTERI! - Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap 7 di Sabah [VIDEO]

TAOTAUAJER - Objek Misteri 7 Sayap Terbang Di Sabah | Masihkah korang ingat beberapa hari yang lepas TV3 ada memaparkan satu video dimana satu objek misteri yang di rakamkan bercahaya putih berterbangan?


Saksikan Video di bawah ini...

Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteri yang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 27 Desember 2012

GEMPAR! - Penemuan Makhluk Pelik Di Antartika (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penemuan Makhluk Pelik Di Antartika (4 GAMBAR) | Sungguh banyak penemuan makhluk pelik ditemui di seluruh dunia. Penemuan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat banyak hidupan di dunia ini yang masih belum dikaji sepenuhnya. Kewujudannya mungkin tidak disedari kerana dek kepupusan ataupun sukar didapati atas faktor sesuatu tempat.


Gambar di bawah ini juga, sempat dirakamkan ditemui oleh sekumpulan ekspedisi di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 25 Desember 2012

MISTERI - Lubang Aneh Di Jumpai Di Antartika (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lubang aneh di jumpai di Antartika, adalai ia markas rahsia askar atau markas alien di Antartika? Sebuah struktur berbentuk lubang pintu terlihat di sebuah bukit batu bersalji di Antartika. Lubang itu sepertinya dibuat oleh tangan-tangan manusia.



Lokasi lubang itu adalah 66 33' 11.58"S, 99 50' 17.86"E. Apakah lubang itu hasil buatan tangan manusia, ataukah hanya sebuah lubang yang tercipta kerana ganasnya alam di Antartika ?

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 19 Desember 2012

ANEH! - Ikan Boleh ‘Berjalan’ Di Darat Ditemui di Vietnam

TAOTAUAJER - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hanoi semalam 18 December 2012.


Sebelum ini juga tao ada tunjukkan pada korang dimana satu fenomena ikan yang melintas jalan di Washington. Saksikan VIDEO dan ARTIKEL lengkap [LINK]
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>