Tampilkan postingan dengan label Gempar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Gempar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 14 September 2013

OMG! - Zorro Tak Berseluar Mengganas Buru Gadis Di Terengganu (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gempar apabila "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.


Foto: Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. - SH

TAOTAUAJER - Kalau dalam movie zorro nie di anggap baik , tapi lain pulak cerita nyer kat terengganu nie. Yang pelik macam mana dye boleh masuk dalam rumah tanpa di sedari dan sempat pulak lagi masukkan cecair dalam mulut mangsa. - Koleksi Jenayah


Senin, 09 September 2013

GEMPAR! - Apabila Durian Menggemparkan Bangunan Di Sydney

TAOTAUAJER - Sepertimana kita tau Durian memiliki bau yang kuat , ada orang kata bau ia harum dan ada pula kata bau nyer busuk. Apa yang menggemparkan adalah petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.


Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.

Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata ‘bau gas’ yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian ‘Musang King’ dan ‘D24′ pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.

“Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.

“Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas…mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan,” katanya.

Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.

“Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya,” kata beliau.

Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: “Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas.”

Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.

“Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia…yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?,” katanya.

Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road.

Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. – Bernama

TAOTAUAJER : Di sebabkan oleh durian habis kecoh satu banggunan, siap sempat banggunan tu di kosongkan lagi tu, memang pantas deorang. Memang kuat penangan bau raja buah nie - Koleksi Menarik


Kamis, 01 Agustus 2013

GEMPAR! - Bilal Meninggal Dunia Ketika Bersujud kepada Allah SWT (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Setiap daripada kita umat Islam dituntut berdoa supaya mendapat “husnul khatimah”, penyudah yang baik. Untuk mendapat penyudah yang baik amat sukar dan tak akan berlaku untuk kebanyakkan orang. Oleh itu kita kena berusaha untuk mendapatkannya.


Maha Suci Allah… Digemparkan semalam kejadian seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi mendapat penyudah yang baik apabila dilaporkan ditemui mati dalam keadaan bersujud kepada Allah SWT tengahari semalam. Subhanallah dan insyaallah beruntunglah beliau lelagi dibulan ramadhan ini.


Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.
SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Semoga keluarga arwah dapat menerima kehilangan orang yang tersayang ketika syawal bakal menjelma. Akhir hayatnya dlm husnul khatimah. Semoga kita juga akan dapat rezeki sedemikian. Amin... - Koleksi Miracles of Allah Almighty

Senin, 29 Juli 2013

GEMPAR! - Objek Bercahaya Orang Rukuk Menjelma Sebelum Subuh (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gempar apabila Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh di bulan ramadhan ini. Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.


KOTA BHARU - Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Subhanallah, sekira apa yang dilihat oleh Irfan ini adalah benar inilah tanda kebesaran Allah yang di tunjukkan kepada irfan dan dia sangat bertuah dapat melihat kebesaran Allah tersebut. Semoga dengan kejadian sebegini dapat memberi kesedaran dan keinsafan. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Selasa, 23 Juli 2013

SERIUS! - Gereja Terbesar Di Asia Tenggara Siap Dibina Di Malaysia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah dye gereja yang terbersar di Asia tenggara kata ko! Dimana 2 tahun yang lepas tao pernah bagi tau akan pembinaan GEREJA terbesar, termoden dan tercanggih, berkonsepkan FREEMASON di Malaysia. Kini pada 23 Julai 2013 Gereja terbesar di Asia Tenggara telah membuka pintunya berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.



Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.




Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.


TAOTAUAJER : Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia? fikir-fikirkan.

Rabu, 17 Juli 2013

GEMPAR! - Rangka Kepala Naga Raksasa Terdampar Di Pantai (4 GAMBAR + VIDEO)

TAOTAUAJER - Selama ini sudah banyak penemuan fosil dan tulang-tulang dinosour purba, sehinggakan sudah tidak terlalu menrik. Tapi kalau yang dijumpai adalah fosil kepala naga raksasa, ia memang menggemparkan. MISTERI! - Kewujudan Naga Menjadi Tanda Tanya (5 GAMBAR)


Sebuah fosil kepala naga raksasa setinggi 40 kaki (sekitar 12 meter) ditemukan terdampar di pantai Charmouth, British. Pertanyaan yang muncul adalah, siapa yang menemukan? Bagaimana boleh fosil sebesar itu terdampar di pantai?




Ini bukanlah sebenar-benarnya fosil atau tengkorak naga raksasa yang terdampar. Sebenarnya adalah ia sebahagian daripada untuk iklan yang di lakukan oleh Blinkbox untuk pelancaran musim ketiga Game of Throne

Blinkbox sendiri adalah syarikat pengeluar video game yang juga menjadi pengembang Game of Thrones. Dalam video di bawah ini, Korang dapat melihat proses pembuatan dan bagaimana fosil kepala naga ini memukau pengunjung pantai Charmouth.



SUMBER: Mashable

TAOTAUAJER : Amacam ia kelihatan seperti tulang fosil naga yang sebenar bukan, sungguh hebat mereka yang menghasilkan benda ini. Sememang nyer naga adalah sangat misteri dan menjadi haiwan lagenda meskipun kita tidak pernah melihatnya wujud. - Koleksi Misteri Haiwan Terdampar


Minggu, 16 Juni 2013

GEMPAR! - [VIDEO] Munculnya Bara Api Di Yaman, Tanda Tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz

TAOTAUAJER - Pada Jumaat 07/06/13 Yaman di kejutkan apabila secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.


Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.

Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18) 
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46) 
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)

Saksikan video kejadian Fenomena Api Hijaz .


TAOTAUAJER : Apakah tandanya ini semua? apakah ini adalah tanda-tanda kiamat yang diceritakan oleh nabi saw dalam hadis. Mafhum lebih kurang dimana akan keluar api merah menghalau manusia dari yaman. Sudah bersiapkah kita? - Koleksi Misteri

Kamis, 13 Juni 2013

GEMPAR! - Tsunami Bakal Berlaku Lagi Apabila Ombak 3.5 Meter Di Pulau Pinang ?

TAOTAUAJER - Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari SEMALAM 13 Jun 2013.


Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya.

SUMBER : BERNAMA

TAOTAUAJER : Subhanallah, semoga kita di lindungi dari pelbagai bencana... di perjauhkan. Tak sanggup rasanya apabila melihat kejadian seperti di Acheh berulang. 


GEMPAR! - Fosil Zaman Dinosaur 260 Juta Tahun Ditemui Di Kuala Lipis (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mengejutkan ini adalah satu penemuan yang jarang kali kita dengar, biasanya berita pasal penemuan fosil cuma di luar negara. Di kawasan Sungai Yu, Merapoh dijumpai satu fosil cangkerang yang dipercayai berusia 260 juta tahun.


Lokasi penemuan fosil cangkerang di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh. Gambar kecil: Antara fosil cangkerang dari jenis ‘brakiopoda’ dipercayai berusia 260 juta tahun



Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis ‘brakiopoda’ yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,”

SUMBER: Sinar Harian

TAOTAUAJER : Ini membuktikan di malaysia , sewaktu  ratusan juta tahun lampau terdapat kehidupan zaman dinasour. Tetapi mengapakah cengkerang? apakah sewaktu dahulunya malaysia adalah dasar lautan yang dimana masa kini pembentukkan dataran tanah yang naik keatas di sebabkan oleh perlanggaran kerak bumi... maklumlah kita berada di dalam Lingkaran Api Pasifik. 

Selasa, 04 Juni 2013

GEMPAR! - Mohd Shahrulnizam Pendaki Malaysia Maut Di Everest Akibat AMS (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia. Terkini, seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).


Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.

SUMBER :MynewsHub

TAOTAUAJER : Al-fatihah... bukan senang nak mendaki gunung everest nie.. yang berjaya naik dan turun sememangnya hebat. Tapi nak buat macam mana munkin dah ditakdirkan dia meninggal di sana. Kalau korang nak tahu telah banyak yang menninggal di atas sana lebih dari 200 mayat di temui terbiar. 


Sabtu, 13 April 2013

GEMPAR! - Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Bali, Indonesia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Satu berita yang mengejutkan dari indonesia setelah sebuah kapal terbang Lion Air terhempas di bali. Dikatakan Kapal terbang Boeing 737 yang berlepas dari Bandung itu patah dua dan 53 penumpang dilaporkan cedera ringan.


Sebuah kapal terbang Lion Air yang membawa 108 penumpang telah terhempas di laut Bali, Indonesia ketika dalam proses mendarat di Ngurah Rai International Airport. Namun begitu, tiada kematian dilaporkan.


TVOne menunjukkan gambar kapal terbang tersebut dengan kerosakan fuselage. Cuaca juga dilaporkan baik ketika kejadian berlaku menurut Edward Sirait, iaitu commercial director PT Lion Mentari Airlines. Menurut beliau juga, kapal terbang itu membawa 95 orang dewasa, 5 kanak-kanak, seorang bayi dan 5 orang krew peberbangan.




TAOTAUAJER : Alhamdulillah tiada yang maut dalam kejadian tersebut. Teringat pulak kejadian yang SUKHOI SUPERJET 100 yang terhempas sewaktu membuat joy flight kat indonesia tak ada siapa yang selamat sangat menyedihkan. 

Sabtu, 02 Maret 2013

GEMPAR! - 5 Orang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran di Semporna (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - 5 orang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Desas-desus berlakunya kejadian ini dikatakan dalam pukul 8 malam 2 March 2013.


Dan Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama


Berita TV1 pada 1230 malam tadi keluar kenyataan dari KPN Tan Sri Ismail Omar :
Polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit

Ini pula screenshot SMS Seorang anggota polis





Menurut sabahkini.net :
Para penceroboh telah berjaya menculik seorang pegawai polis, Inspektor Azra dan kini mereka sedang mengepong Pengkalan Polis Marin Semporna. Namun belum mendapat pengesahan PDRM.

UPDATES : 5 ANGGOTA  POLIS TERBUNUH DI SEMPORNA


SUMBER: bharian

TAOTAUAJER : Semakin menjadi-jadi dah nie... sehinggakan lagi 5 orang anggota keselamatan terbunuh. Al-fatihah kepada seorang pejuang kita yang terkorban akibat tembakan di Semporna, Sabah. Moga rohnya dicucuri Rahmat Allah. Fisabilillah ! - Berita LAHAD DATU CRISIS