Tampilkan postingan dengan label tempat menakjubkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tempat menakjubkan. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Maret 2013

WOW! - Jacobs Ladder, Tangga Paling Curam Di Dunia (11 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Bagi kebanyakkan orang, perbuatan menaiki tangga mungkin menjadi perkara yang paling malas untuk dilakukan memandangkan kini mereka boleh menjimatkan masa dengan menggunakan lif.


Tetapi, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Jamestown, untuk menuju ke sebuah tempat ini, tiada lif disediakan dan anda terpaksa menaiki tangga tercuram di dunia untuk menuju ke atas..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.





Pada tahun 1829, Saint Helena Railway Company telah membina sebuah laluan untuk kereta kabel di Saint Helena. Ia bertujuan untuk mengangkut bekalan dari pelabuhan dan pusat bandar bandar Jamestown ke puncak Ladder Hill Fort.



Ia kemudiannya telah diubah dan dibina sebagai sebuah tangga yang panjang dan curam oleh Jurutera Diraja pada tahun 1871 yang kini dikenali sebagai Jacob's Ladder. Ia telah direka dan disenaraikan sebagai binaan Gred 1.





Tangga itu kini masih boleh digunakan untuk memanjat ke Ladder Hill, di mana sebuah kawasan pinggir bandar dikenali sebagai Half Tree Hollow telah dibangunkan. Tangga ini terdiri daripada 699 anak tangga dan setinggi 183 meter (600 kaki). Tangga ini juga telah menjadi kawasan yang sering dikunjungi para pelancong dari luar negara.


TAOTAUAJER : Fuh memang tinggi nak panjat tangga nieh, kalau tangga yang biasa-biasa pon dah semput nie lagikan tinggi macam nie. Ada baiknyer kalau di atas bukit tersebut di jadikan pusat perlancongan dan ini akan membuatkan ramai yang akan naik tangga ini. Tapi nak lagi best pegi ker Columbia dimana enam bahagian eskalator bagi bernilai 6.7Juta di kawasan setinggan.

Kamis, 21 Februari 2013

OMG! - Oymyakon Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia (14 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C).Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.




Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat – 50°C.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 13 Desember 2012

WOW! - Menakjubkan Burj Dubai Disambar Kilat (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Fenomena menakjubkan apabila Panahan kilat menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia. Sepertimana yang kita tahu Burj Khalifa Emiriah adalah pencakar langit tertinggi di dunia gah setinggi 828 meter.


Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 14 November 2012

MENAKJUBKAN! - Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas. Kenyataan dari Seorang angkasawan Russia, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas. Kalau korang ade baca post sebelum ini juga tao ade sharekan Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. [LINK]


Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 13 November 2012

WOW! - Menakjubkan Padi Bercahaya Pink di Jepun (6 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Permandangan yang menakjubkan pabila Padi bercahaya Pink di Malam hari di Jepun. Biasa kita lihat titik-titik cahaya bintang di langit, tapi ini pula bintang-bintang pink menyinari di Sawah padi dimana Sawah padi ini dipasangkan 20,000 LED merah jambu dan memecahkan rekod dunia.


Sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepun kini muncul dalam Guinness Book of World Records dan telah didaftarkan sebagai Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) tahun lepas, sebagai tapak yang unik dan bernilai.

Saksikan lagi gambar-gambar panorama memukau pemandangan di bawah ini..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 12 November 2012

WTF! - Taman Tema Tandas di Suwon, Korea Selatan (9 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Pelik jer bunyinya bukan " Taman Tema Tandas " taman tema tapi bertemakan tanda pasti terbayang jamban jer kan. Inilah taman tema yang terdapat di Di Suwon, Korea Selatan. Taman hiburan yang luar biasa telah dibina dalam ingatan bekas Datuk Bandar di bandar ini, Sim Jae-Duck, mesra dikenali sebagai Mr Toilet (Encik Tandas).


Pelawat ke Taman Restroom Kebudayaan di bandar selatan Suwon boleh belajar fakta-fakta yang menyeronokkan tentang tahi manusia dan melihat sekitar galeri seni bertemakan tandas.


Encik Jae-Duck mempunyai semangat untuk tandas dan menghabiskan hidupnya berkempen untuk tandas yang lebih baik di negeri berdaulat.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 06 November 2012

WOW! - Preikestolen, Tebing Setinggi 604m Tempat Perlancongan Di Norway (9 Gambar)

TAOTAUAJER - Adakah anda gayat berada di tempat tinggi? pasti ini adalah tempat perlancongan yang menjadi igauan korang dimana di Norway terdapat tebing setinggi 604m yang di jadikan tempat perlancongan iaitu Preikestolen. Apakah korang berani duduk di kawasan perlancongan ini ? jom saksikan panorama tempat perlancongan tersebut.


Tempat ini memang dilawati oleh ramai pelancong dari seluruh dunia, korang lihat lah sendiri betapa ramainya. Tetapi tebing ini sangat berbahaya kerana tiada sebarang pagar keselamatan dan ini kengkadang akan membuatkan korang rasa nak terjun jer....hahaaa
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>