Tampilkan postingan dengan label Kriminal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kriminal. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 14 September 2013

OMG! - Zorro Tak Berseluar Mengganas Buru Gadis Di Terengganu (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gempar apabila "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.


Foto: Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. - SH

TAOTAUAJER - Kalau dalam movie zorro nie di anggap baik , tapi lain pulak cerita nyer kat terengganu nie. Yang pelik macam mana dye boleh masuk dalam rumah tanpa di sedari dan sempat pulak lagi masukkan cecair dalam mulut mangsa. - Koleksi Jenayah


Minggu, 09 Juni 2013

OMG! - Perompak Nyawa-Nyawa Ikan Ditembak Polis Di Kota Bharu [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakan di salah sebuah kedai emas di Arked Uda gagal setelah pihak polis berjaya menembak salah seorang daripada mereka. Kejadian ini baru sahaja berlaku pagi tadi. Saksikan video di bawah ini...


Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.



TAOTAUAJER : Itu lah dia... macam tak ada kerja lain selain dari merompak. Kan dah tak pasal-pasal kena tembak. Subhanallah! 

Kamis, 28 Maret 2013

WTF! - Misteri Terbongkar Apabila Kantoi Panjat pagar curi pakaian dalam wanita (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.


Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.


“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.
SUMBER: SinarHarian

TAOTAUAJER : Ade jugak orang yang macam nie yer... dye curi nak buat koleksi la kot, ataupun untuk melepaskan nafsu tembaga dye. Padan muka kantoi, pasti malu giller - Koleks WTF! 


Sabtu, 23 Maret 2013

GEMPAR! - Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi 23 MARCH 2013. Berikut adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.


Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.



Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempoh hari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.


Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16.


TAOTAUAJER : Tahniah buat pasukan keselamatan atas kejayaan ini apabila berjaya menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu. lepas ni kita tunggu pulak nasib kiram tu pulak ape yang bakal jadi pada die, agak-agak nyer kiram dah ketaq lutut dah tu. - Berita LAHAD DATU CRISIS

Kamis, 14 Maret 2013

OMG! - Cikgu Gila Suap Biskut Pada Pelajar Cicah Air Mani (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Bayaran pampasan berjumlah berjuta-juta dolar akan dibayar kepada beberapa pelajar sebuah sekolah menengah rendah tempat seorang guru dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya.


Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan ‘rasa’ apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan sudu. Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar dengan kain dan merakam aksi mereka.

Tindakan undang-undang juga difailkan selepas seorang lagi guru dituduh melakukan aksi lucah terhadap seorang kanak-kanak yang menurut pihak berkuasa diraba di dalam kelas.

Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.


Springer juga mengaku tidak bersalah. Berndt guru gred tiga dan mengajar murid berusia tujuh hingga lapan tahun ditahan selepas seorang pengasas web foto menemui berpuluh-puluh foto kanak-kanak dengan mata mereka ditutup sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. Polis berkata, mereka kemudian menemui sudu plastik dalam bakul sampah di bilik darjah Berndt dengan kesan air mani. Peguam Brian Claypool melebel penderaan itu sebagai “drama yang telah lama berlangsung”.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa berjuta-juta dakwaan mungkin memusnahkan daerah itu. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana penderaan seksual di daerah persekolahan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu boleh berlaku begitu lama tanpa dapat dikesan? Sejurus selepas penahanan Berndt, semua 76 guru sekolah itu dipindahkan sementara kakitangan dan pentadbir diberi cuti.

Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah lain. - Agensi

TAOTAUAJER : Gila betul cikgu nie boleh pulak melakukan aksi lucah terhadap kanak-kanak ini memang sudah keterlaluan dan harus di hukum di atas tindakannya yang diluar tabiee..

Jumat, 01 Maret 2013

GEMPAR! - Lahad Datu Darurat 2 Orang Polis Komando VAT69 Terbunuh Tembak Menembak (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lahad Datu, Sabah diisytihar darurat? Itulah topik panas yang sedang berlegar-legar di ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter. Mengikut dari beberapa status di Facebook, tembak menembak telah berlaku di Lahad Datu antara Komando Malaysia dan penceroboh Kesultanan Sulu.


Kebanyakkan info mengenai perkara ini diperolehi daripada akhbar online Filipina.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 28 Februari 2013

KEJAM! - Ibu Bunuh Anak Sendiri Kerana Zakarnya Mengecil Selepas Berkhatan

TAOTUAJER - Kejadian yang berlaku di Jakarta Apabila seorang ibu membunuh anak nyer sendiri disebabkan oleh "Zakarnya" mengecil setelah di khatankan.

 Gambaran ilustrasi kanak - kanak bersunat


“Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 17 September 2012

DAHSYAT! - Hanya kerana PULAU rakyat China Menghancurkan barangan Jepun (20 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran yang berkaitan dengan Jepun habis di rosakkan dan di hancurkan ini semua di sebabkan oleh ketidakpuasan hati penduduk berhubungan pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun.Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.


tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan merosakkan kereta buatan Jepun dan kedai.

Saksikan lagi gambar-gambar keganasan china terhadap barangan buatan jepun
Disebabkan sebuah pulau yg dinamakan pulau diaoyu..
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 16 September 2012

OMG! - Wanita Terkurung Dalam Peti Sejuk Selama 4 Hari

TAOTAUAJER - Ini yang berlaku di Oklahoma apabila seorang wanita terkurung di dalam sebuah peti sejuk yang besar dan wanita tersebut ditemui masih hidup walaupun selepas empat hari.


Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

KEJAM! - Mayat Doktor Disimen Dalam Tong Drum Di Mexico (3 Gambar)


TAOTAUAJER - Seorang doktor di temui mati disimen di dalam tong drum di Mexico. Seperti mana yang korang tahu, Mexico merupakan kawasan raja segala kartel dadah di Benua Amerika dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia. 


Seorang doktor malang ini dibunuh dan disimen di dalam tong draum setelah merawat seorang ketua kartel dadah Mexico yang cedera parah. Ketua kartel tersebut berjaya dirawat oleh doktor dan untuk menyembunyikan identitinya, doktor tersebut telah dibunuh dengan kejam.

Lagi gambar di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 21 Agustus 2012

NGERI! - Di bayar Cash selepas mencuri ,ponggong di sula besi pagar (4 GAMBAR))

TAOTAUAJER - Ini la dye kejahatan yang di bayar CASH! di dunia ini, apabila seorang penjenayah yang cuba untuk melarikan diri dari polis serta merta tersula bontot nyer dengan pancang pagar.


Siyana Pasiwe pencuru berumur 32 tahun, terpaksa dikejarkan ke Hospital tempatan timur London selepas tersula dengan besi pagar ketika cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian jenayah.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 03 Maret 2012

Alhamdulillah! - Ashraf Rosli Pelajar Malaysia dapat keadilan

TAOTAUAJER - Dua lelaki didapati bersalah merompak pelajar Malaysia, Ashraf Rosli dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

RAKAMAN telefon bimbit yang disiarkan di Youtube menunjukkan John Kafunda dan Reece Donovan (bertopi) merompak Ashraf Rosli ketika rusuhan di London pada 8 Ogos tahun lalu.

Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK apabila dia diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di London, United Kingdom (UK) pada 8 Ogos tahun lalu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 25 Februari 2012

Wow! - Seorang PakCik Nekad berjalan kaki ke Mekah

TAOTAUAJER | MALANG - Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.


Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

KEJAM! - Bayi dicampak dan dipijak setelah dituduh mencuri (3 Gambar)

TAOTAUAJER - Sungguh kejam! apabila Bayi dicampak dan dipijak setelah dituduh mencuri telefon bimbit.

Kejadian ini berlaku di Zhengzhou, Henan China apabila seorang wanita di tuduh mencuri .Dia dengan sengaja melempar bayi yang di dukungnya ketanah dan memijakknya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 21 Januari 2012

Kejam! - Suami Potong Hidung Dan Bibir Isteri

TAOTAUAJER - ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.


Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 12 Januari 2012

Kejam! - Askar US kencing mayat orang Islam [Video]

TAOTAUAJER - Sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan apabila satu video rakaman sekumpulan askar US kencing pada mayat orang islam, ini perbuatan biadab dan menghina orang islam seluruh pelusuk dunia. Dan di upload dalam youtube dengan tajuk "U.S Marine Urinate on Taliban Corpses".


Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Saksikan video di bawah ini...

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 11 Januari 2012

Kejam! - Pak Arab jual anak menerusi Facebook

TAOTAUAJER - Adoyai ape la nak jadi dengan dunia nih, anak pon sanggup nak di perjualkan di Facebook pulak tu rangkayan laman sosial yang paling popular.


RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 28 Desember 2011

WTF! - MakCik Al-Ikhsan kembali di India [Video]

TAOTAUAJER - Serius Shit, masihkah anda ingat akan kejadian kecurian Makcik Al-Ikhsan pada tahun 2010? Kali nih kembali muncul pulak di India. Kalau yang dulu mencuri baju sampai abis satu kedai kali nih satu karton beer di curi pulak... kejadian terbaru ini barlaku pada 16 Disember yang lepas.

Dalam bulatan tersebut, di sedang mencuri... saksikan kesudahan video di bawah ni

Pastikan korang lihat betul-betul video di bawah ini....

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 19 Desember 2011

OMG! - Wanita bungkus bayi sebelum tembak bayi tersebut

TAOTAUAJER | Oh! memang Giller - di Illinois Seorang wanita dipercayai membunuh teman lelaki dan tiga anaknya di sebuah bandar kecil di sini sebelum menembak dirinya.


Gambar yang dirakam 10 bulan lalu menunjukkan Sara McMeen dan Daniel Warren tersenyum bersama-sama-sama anak yang baru dilahirkan, Maggie.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

OMG - Demonstran Wanita Dipukuli dan Ditelanjangi , diseret dengan rambut [Video][5 Gambar]

TAOTAUAJER - Polis Mesir pengecut yang menyerang dengan bersenjata senjata , memukul menyiksa, merogol wanita , membunuh orang-orang tua dan kanak-kanak. Wanita penunjuk perasaan dipukul kejam dengan logam; askar ganas memukul, seret anak-anak gadis melalui jalan-jalan dengan rambut.

Kejam: imej yang mengejutkan ini menunjukkan askar tentera Mesir mengheret wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa di atas tanah dan menendang keras di dada selepas merobek pakaian dari badannya

Saksikan video dan gambar-gambar di bawah ini.....

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>