Tampilkan postingan dengan label Maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Maut. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Juni 2013

OMG! - Perompak Nyawa-Nyawa Ikan Ditembak Polis Di Kota Bharu [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakan di salah sebuah kedai emas di Arked Uda gagal setelah pihak polis berjaya menembak salah seorang daripada mereka. Kejadian ini baru sahaja berlaku pagi tadi. Saksikan video di bawah ini...


Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.



TAOTAUAJER : Itu lah dia... macam tak ada kerja lain selain dari merompak. Kan dah tak pasal-pasal kena tembak. Subhanallah! 

Sabtu, 08 Juni 2013

NGERI! - Gambar Kelisa Penyek Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kecoh satu malaysia dengan tragedi jambatan kedua pulau pinang yang sedang di bina runtuh pada 7 JUN 2013. Dalam kejadian tersebut sebuah kereta kelisa di hempap oleh bertan-tan besi jambatan tersebut.


Beginilah rupanya kenderaan kelisa yang penyek di hempap oleh bertan-tan besi.

Setelah 25 jam ,mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam.


Yang menyedihkan adalah apabila usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.


Lagi gambar kereta kelisa yang telah di keluarkan..


  
sumber gambar: penanglang.my 

Oleh kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.


SUMBER : bharian.com, penanglang.my

TAOTAUAJER : Sadis, bagi isteri mangsa yang tercari-cari suaminya dan akhirnya mengatahui suaminya itu maut dibawah timbunan besi-besi jambatan. Menurut bomba katanya ia di sebabkan oleh kegagalan besi yang menyokong. - Koleksi Ngeri 


Kamis, 06 Juni 2013

GEMPAR! - Apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini adalah satu berita yang mengejutkan apabila struktur susur keluar jambatan kedua dekat Batu Maung yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian runtuhan tersebut mengejutkan masyarakat sekitarnya yang melalui kawasan tersebut, lewat petang semalam.


Struktur yang melibatkan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang belum siap telah runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang dekat jalan Batu Maung

Berikut gambar-gambar kejadian runtuhan :





Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam. Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.

Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.


Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.

Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit. Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.



Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.

Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.

"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.

Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.

Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

SUMBER : themalaysianinsider , simtzetzin, kosmo

TAOTAUAJER : Dahsyat! sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya tersebut.. apakah punca kejadian sebegini berlaku? kecuaian atau di sebabkan oleh faktor alam sekitar? Kalau diikutkan ini adalah kejadian kedua bagi kategori jambatan runtuh dan sebelum ini jugak banyak kejadian binaan di malaysia runtuh. Dimanakah silap nyer? - Koleksi Runtuh


Selasa, 04 Juni 2013

GEMPAR! - Mohd Shahrulnizam Pendaki Malaysia Maut Di Everest Akibat AMS (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia. Terkini, seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).


Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.

SUMBER :MynewsHub

TAOTAUAJER : Al-fatihah... bukan senang nak mendaki gunung everest nie.. yang berjaya naik dan turun sememangnya hebat. Tapi nak buat macam mana munkin dah ditakdirkan dia meninggal di sana. Kalau korang nak tahu telah banyak yang menninggal di atas sana lebih dari 200 mayat di temui terbiar. 


Minggu, 14 April 2013

OMG! - Mati Selepas Melakukan Aksi PARKOUR Dari Jambatan 40 Meter (6 Gambar)

TAOTAUAJER - Wang Zijian (21) ialah seorang atlit sukan parkour yang berasal dari Sichuan China. Pada 6 April yang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. 


Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai.






SUMBER : ChinaSmack

TAOTAUAJER : Alahai bangang sungguh,  sungguh mudah menggadaikan nyawa tanpa berfikir panjang nie dah seperti di ibaratkan membunuh diri. Dengan itu ingatlah adik-adik jangan lakukan aksi lasak jika tidak membuat latihan sepenuhnya. - Koleksi Bangang

Kamis, 07 Maret 2013

MISTERI! - Lubang Gergasi Menelan Seorang Lelaki Dibilik Tidur Nyer (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - SEFFNER, Florida - Imej sebuah lubang gergasi yang muncul secara tiba-tiba di bilik tidur rumah Jeff Bush (gambar kecil) di sini disiarkan kelmarin.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 21 Desember 2012

WOW! - World Trade Center Dah Dijangka Akan Diserang Sejak 1983 Dalam Buku (2 Gambar)

TAOTAUAJER - Masihkah korang ingat dimana kejadian tragedi 9/11 yang meranapkan World Trade Center dan membunuh ramai orang awam? Tidak di sangka dimana sejak 1983 lagi World Trade Center dah di jangkakan akan di serang.


Sebenarnya seorang penulis Latin America telah menjangkakan yang World Trade Center akan diserang sejak dari 1983 dalam bukunya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 13 Desember 2012

DAHSYAT! - Kereta Terputus Dua Rempuh Tiang Lampu Di Putrajaya (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jangan terkejut jika anda melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana ini dalam keadaan terputus dua setelah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu gagal dikawal dan terus melanggar sebatang tiang lampu. Mangsa juga maut di tempat kejadian. 


BEGINILAH kereta Perdana V6 yang putus dua dalam kemalangan yang berlaku di Persiaran Selatan berhampiran PICC, Putrajaya semalam.

Seorang remaja maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang lampu pembahagi jalan di Persiaran Selatan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 4.50 petang tersebut, Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17, dari Bangi, Selangor maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.


Akibat perlanggaran itu juga, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu mangsa terputus dua. Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Ketika kemalangan, mangsa dipercayai memandu dari arah pusat beli-belah Alamanda di sini ke arah PICC dalam keadaan hujan lebat.

TAOTAUAJER - Dahsyat, jika kita perasan sejak akhir-akhir ini banyak kes kemalangan yang disebabkan hilang kawalan. Oleh itu, elakkanlah dari memandu terlalu laju sehingga boleh mengundang kecelakaan. Lagi-lagi musim hujan memang merbahaya di membreak sewaktu kenderaan yang dipandu laju dan akan menyebabkan hilang kawalan - Koleksi Kemalangan Ngeri


Kamis, 06 Desember 2012

NGERI! - Terbakar akibat curi kabel elektrik (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini lah akibatnya apabila mencuri kabel elektrik, mati sia-sia di renjat eletrik voltan tinggi.




TAOTAUAJER : Jangan lah buat kerja macam ini, kalau terdesak sangant nak duit pon fikirlah ibu bapa anda. Tak sedih di buatnya apabila mati dengan sia-sia. Tapi nie kes kat China memang deorang akan buat apa saja demi sesuap nasi. - Koleksi Ngeri

Rabu, 10 Oktober 2012

OMG! - Meninggal dunia selepas Juara makan lipas [VIDEO]

TAOTAUAJER - Lelaki juara makan lipas maut sesudah pertandingan di Deerfield Beach,Florida. Seperti yang kita tahu lipas adalah serangga yang di anggap pengotor dan menjijikkan, pasti ramai akan mengatakan 'euwww' apabila mengatahui ada pertandingan seperti ini.


Tapi ini lah yang berlaku apabila seorang juara makan lipas maut selepas memuntahkan semula berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup sejurus kemenangannya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 08 Oktober 2012

NGERI! - Maut diseksa dengan kejam seperti game Resident Evil

TAOTAUAJER - Seorang lelaki maut di seksa ala ‘Resident Evil’ dimana tiga individu yang menjadikan seorang lelaki sebagai bahan penyeksaan kejam tanpa peri kemanusiaan sebagaimana siri permainan video Resident Evil hingga mangsa menemui ajal.

Gambar hiasan membayangkan bagaimana lelaki ini di seksa

Derek Blake, 44, ditemui mati dalam tab mandi dipenuhi air di flet kediamannya di Great Yarmouth, Norfolk, pada 24 Mei lalu.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 03 Oktober 2012

NGERI! - Petani mati di baham Babi ternakannya

TAOTAUAJER - Babi makan petani dimana kejadian ini terjadi di Oregon, Amerika Syarikat. Bagaimana kejadian ini boleh berlaku sehinggakan babi tersebut boleh memakan tuannya?


Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 12 Agustus 2012

Subhanallah! - 13 mati di panah petir selepas solat tarawih

TAOTAUAJER - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih di SYLHET, Bangladesh.



Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 05 Agustus 2012

NGERI! - Apabila Tubuh Manusia Ditemui Dalam Perut Jerung (6 Gambar)

TAOTAUAJER - Kejadian ini mengejutkan dan mengerikan apabila ikan jerung hasil tangkapannya mempunyai berat yang luar biasa rupa-rupa nyer mengandungi jasad mayat yang di baham.


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan.

Lagi gambar di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 02 Agustus 2012

OMG! - Ibu Blogger Terkenal Bakar Diri Sampai Mati

TAOTAUAJER - Seorang wanita yang merupakan blogger dan ibu kepada seorang blogger yang telah dituduh memuatnaik dan menulis ratusan artikel dalam blog masing-masing yang memutarbelit dan menentang kerajaan komunis telah membunuh diri dengan membakar dirinya menjelang perbicaraan anak perempuannya minggu depan.


Ibu seorang bloger terkenal Vietnam mati semalam selepas membakar diri menjelang perbicaraan anak perempuannya minggu depan.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 30 Juli 2012

INFO! - Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

TAOTAUAJER - Pasti nyer ramai yang tertanya-tanya tentang isu apa yang berlaku  terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma). Sebelum itu, tao sendiri panjatkan banyak-banyak kesyukuran diatas keamanan yang kita miliki buat masa ini di Negara Kita.


Dalam banyak-banyak negara islam yang bergolak berapa ramai jer yang tau akan kekejaman penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama? Mungkin korang tak tau setiap hari ada ajer pembunuhan umat islam di sana.

Ikuti info lanjut tentang umat Islam Rohingya, Myanmar di bawah ini.....


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 03 Juli 2012

OMG! - Kanibal di China, Lelaki Mabuk Kunyah Muka Wanita (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - OMG! menggemparkan apabila berlakunya kejadian negeri apabila seorang lelaki mabuk mengunya muka wanita , sebelum ini pernah berlaku di Miami dimana seorang lelaki bogel di bawah pengaruh bath salt meratah muka dan di tembak mati... kejadian kali ini pula berlaku di negara China.


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 16 Juni 2012

WOW! - Rekod bunuh diri paling tinggi Lelaki ASIA Bunuh Diri Di Menara Burj, Dubai

TAOTAUAJER - Harimau Mati meninggal kan belang, ini lah manusia mati meninggalkan nama.. dimana seorang lelaki mencipta rekod Membunuh diri di tempat paling tinggi iaitu di Menara Burj Dubai.


DUBAI - Seorang lelaki Asia telah membunuh diri dengan terjun dari menara tertinggi dunia, Burh Khalifa, di Dubai, UAE.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 05 Juni 2012

KEJAM! - Kereta kebal menggilis mayat sehingga hancur (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.


Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. 
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 03 Juni 2012

NGERI! - Zombie attack di miami meratah muka mangsa (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Internet dibanjiri dengan cerita ZOMBIE yang menjijikkan dimana tentang seorang lelaki yang tidak berbaju yang mengunyah muka mangsa seperti zombie. Pihak berkuasa mengatakan beliau mungkin berada di bawah pengaruh "bath salt", yang merupakan sejenis dadah yang disebut sebagai LSD (Legal Street Drug) baru.


Ini serangan yang dahsyat berlaku habis muka mangsa tersebut di ratah. Adegan tersebut diakhiri dengan beberapa kali das tembakan di kepala dan badan bagi menghentikan perbuatan penyerang tersebut.

Rakaman ini adalah sukar untuk melihat kerana tidak ada jambatan yang menyekat, tetapi anda tidak akan mahu melihat keadaan yang sebenar selepas melihat gambar-gambar di bawah.

Gambar bawah nie agak 18SG yer...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>