Tampilkan postingan dengan label Mereka yang Hebat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Mereka yang Hebat. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 September 2013

SERIUS! - Cara Baru Mandi Tanpa Menggunakan Air, Bagaimana tu?

TAOTAUAJER - Sudah menjadi lumrah bila mandi mesti la menggunakan air , tapi bagaimana pulak jikalau mandi tidak menggunakan air? Macam mana cara nyer?



Bagi kita di negara-negara tropika mungkin kurang berguna, kecuali kalau di waktu malam, atau di tempat yang sejuk, atau bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim (musim sejuk).

Seorang mahasiswa Afrika Selatan, Ludwick Marishane berjaya mencipta penemuan baru. Bahkan, hasil dari pemuannya itu diakui dunia antarabangsa.

Diilhamkan oleh seorang temannya yang terlalu malas untuk mandi dan beberapa bulan penyelidikan melalui internet, mahasiswa berusia 22 tahun di University of Cape Town itu mencari jel jernih yang berfungsi sebagai sabun dan air untuk membersihkan kulit.

"Ia malas dan ia pernah mengatakan,` kenapa tak ada orang yang mencipta sesuatu yang boleh diletakan di kulit dan orang itu tidak perlu mandi `," kata Marishane .Reuters.

Produk yang diberi nama DryBath itu membuatkan Marishane memenangi "2011 Global Student Enterpreneur of the Year Award" dan banyak diminati di Afrika, di mana kemudahan kesihatan asas terhad dan beratus-ratus juta penduduknya sukar mendapatkan air.

Produk itu berbeza daripada bahan cuci tangan antibakteria yang biasanya beraroma alkohol. Penemuan Marishane berupa selaput biodgradabel tidak beraroma bertidak sebagai pelembab.

Dia mendapatkan idea untuk membuat jel itu kerana rakanya di kampungnya yang ada di daerah pedalaman mengatakan bahawa mandi ketika musim sejuk sangat menyusahkan, dan jadi makin menyusahkan kerana tidak ada air panas.




Ia kemudian mencari maklumat untuk membuat formula yang dia inginkan dari Google dan Wikipedia menggunakan telefon bimbitnya. Dan enam bulan kemudian ia berjaya menemui formula DryBath dan mendapatkan paten untuk produk yang kini dibuat secara komersial.

Pelanggan utama produk itu adalah syarikat penerbangan global yang melakukan penerbangan jarak jauh serta kerajaan, untuk keperluan tentera.


TAOTAUAJER : Haaaa.. bagi yang pemalas nak mandi dan yang terkejar-kejar masa tu boleh la try bendan nie , silap-silap pada masa hadapan benda ini akan sentiasa ada dalam kocek kita apabila mengembara bagi menggantikan air untuk ambil wuduk pulak. - Koleksi Inovasi


Jumat, 24 Mei 2013

WOW! - Yuichiro Miura Lelaki Tertua yang berjaya Mendaki Everest (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Tak ada kata terlambat untuk mencatatkan prestasi. Itulah yang dilakukan Yuichiro Miura (80) mencatatkan namanya menjadi orang tertua yang berjaya menakluk puncak tertinggi dunia Gunung Everest.


Seorang lelaki Jepun berusia 80 tahun yang pernah menjalani empat pembedahan jantung, tiba di puncak Gunung Everest semalam, sekali gus menjadi pendaki tertua menakluk gunung tertinggi di dunia itu.



Yuichiro Miura yang mengambil laluan standard di bahagian tenggara gunung itu tiba di puncak setinggi 8,848 meter kira-kira jam 9 pagi (11.15 pagi waktu Malaysia).

Miura mendaki mengikut laluan sama yang pernah digunakan Sir Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay 60 tahun lalu.





Miura ditemani tiga lagi warga Jepun, termasuk seorang anak lelakinya serta enam pemandu jalan Nepal.

Kata Miura, dia tidak pernah menyangka dapat tiba di puncak Everest ketika berusia 80 tahun.

“Ia adalah detik paling menggembirakan dalam hidup, tetapi kini saya kepenatan,” katanya melalui telefon satelit kepada keluarga dan penyokong yang berkumpul di Tokyo.

Sebelum ini Miura pernah mendaki Everest pada 2003 dan mengulanginya lima tahun kemudian.

Dia memadamkan rekod pendaki Nepal, Min Bahadur Sherchan, yang tiba di puncak berkenaan pada 2008 ketika beliau berusia 76 tahun.

April lalu, Miura berkata, rekod dunia itu tidak begitu penting kepada dirinya.

“Apa yang penting ialah berjaya tiba di puncak gunung itu,” katanya ketika ditemui media. - Reuters

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau pada masa yang sama juga Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut  21 Mei lalu. Lelaki jepun yang nie sungguh bersemangat meskipun sudah tua, bukan calang-calang orang nie. - Koleksi Mereka yang Hebat


Rabu, 03 April 2013

SADIS! - Beginilah Bagaimana Seorang Budak Untuk Mendapatkan Roti (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di negara kita roti rosak atau tak sedap sikit jer budak-budak sekarang memang pandang sebelah mata jer. Tapi lain ceritanya di China beginilah kesusahan budak-budak yang tiada tempat tinggal ataupun sangat susah di china, perlu memerah tenaga bagi mendapatkan sesuap roti.













TAOTAUAJER : Lihatlah betapa susahnya untuk mendapatkan sesuap roti, sehinggakan budak kecil ini membuat aksi-aksi yang dapat menarik perhatian orang ramai, kalau di lihatkan dari tubuh badan budak ini rasanya budak nie berumur 8 atau 9 tahun jer. - Koleksi Mereka yang Hebat

Minggu, 24 Maret 2013

HEBAT! - Budak 5 Tahun Selamatkan Bapa Sesak Nafas [VIDEO]

TAOTAUAJER - Membanggakan! Itulah ungkapan yang patut diberikan kepada anak kecil bernama Savannah yang berusia 5 tahun ketika itu.


Kisahnya, bapanya mengalami sesak nafas dan tidak mampu bercakap untuk meminta bantuan daripada pasaukan kecemasan, 911.

Oleh itu, dengan rasa tanggungjawab, Savannah telah menyambut panggilan berkenaan dan memberitahu bagaimana keadaan bapanya.

Saksikan Video di bawah ini...



TAOTAUAJER :Walaupun masih kecil, namun tindakannya itu sama seperti orang dewasa. Pasti Keluarga budak nie terharu dan berterimakasih kepada dia. - Koleksi Hebat

HEBAT! - Baru 7 tahun dah kuat boleh tarik kereta di China (4 GAMBAR) - 

WOW! - Budak 2 tahun hebat bermain haiwan liar bakal penganti Steve Irwin - 

Sabtu, 23 Maret 2013

SERIUS! - George Lowe Pendaki pertama gunung Everest meninggal dunia (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pendaki gunung Everest berkumpulan pertama yang dilaporkan masih hidup, George Lowe meninggal dunia pada usia 89 tahun, kelmarin.


Dipetik AP, balunya, Mary Lowe berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas akibat penyakit tua di rumah penjagaan Ripley, Britain.


Lowe dan rakannya, Edmund Hillary adalah pendaki gunung Everest pertama daripada New Zealand pada 1953.

Mereka membina kem terakhir pada ketinggian 300 meter di bawah puncak gunung pada 28 Mei 1953.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Pendaki gunung Everest berkumpulan pertama yang dilaporkan masih hidup, George Lowe meninggal dunia pada usia 89 tahun.


Minggu, 17 Maret 2013

WOW! - Gadis 12 Tahun Ini Lebih Genius Dari Albert Einstein & Stephen Hawking

TAOTAUAJER - Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.


Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu, Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia.

Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.

“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan Dailymail

TAOTAUAJER : Serius hebat kebijakkan perempuan ini apabila berjaya mengatasi Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking dengan  skor 162 pada ujian IQ.

Jumat, 15 Maret 2013

HEBAT! - Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)

TAOTAUAJER - Seorang lelaki bernama Jadav ‘Molai’ Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.  Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.


“Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana.” katanya 

Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.



Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. “Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu” tambahnya lagi.

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang.

Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya. Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau.


Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008. Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. “Kami kagum pada Payeng” kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika.

“Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan.”

TAOTAUAJER : Serius lelaki ini hebat, meskipun tidak lah nampak segagah mana namun dengan berkat usaha tulang empat keratnya di bersungguh untuk memulihara alam sekitar dalam masa 30 tahun menanam semula hutan. Dia nie dah boleh di nobatkan 'HERO OF THE YEAR' dah boleh jadi macam Tarzan, BeastMaster.. sape lagi? hero-hero hutan?? - Koleksi Mereka yang Hebat

Rabu, 13 Maret 2013

WOW! - Perempuan Bertudung ini Seorang Sniper Terhebat (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria.


Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..

Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu..Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..

“Saya suka bertempur..Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..

“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega..Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya..

Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain..Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan..







TAOTAUAJER : Lihatlah ketabahan seorang wanita menjadi salah seorang anggota askar yang di geruni iaitu skuad sniper setelah kehilangan anak-anaknya yang terbunuh dalam serangan. Bagi kita sebagai rakyat malaysia harus bersyukur kita tidak seperti yang berlaku di sana. - Koleksi Mereka Hebat

Kamis, 07 Maret 2013

WOW! - 17 Rahsia Kehebatan Tentera Malaysia Mungkin Anda Belum Ketahui

TAOTAUAJER - Pasti ramai yang tidak tahu akan kehebatan Pasukan Keselamatan negara kita. Bahkan berikutan Krisis pencerobohan di Lahad Datu membuatkan beberapa orang yang bodoh bangang  PERSALAHKAN...MEMPERLEKEHKAN...MEMPERKECILKAN  tentang pasukan keselamatan kita. Bagi anda yang baca artikel ini tolong share pada semua akan RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA yang mungkin deorang tak tahu.


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 02 Maret 2013

WOW! - Hasil Ukiran Karbon Pensil yang MindBlowing (15 GAMBAR)

TAOTAUAJER : Seorang Lelaki yang Profesional dengan alat pengukir dari Hungary menghasilkan sesuatu yang sangat mengagumkan sewaktu masa lapang. Dimana dia membuat ukiran pada karbon pensil. Hasil ukiran tersebut di upload pada laman DevianART dengan nickname cerkahegyzo. Berikut adalah beberapa karya-karya beliau:


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 24 Februari 2013

WOW! - Master Roshi Didunia Sebenar Berumur 60 Tahun (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sape yang pernah berada di zaman-zaman cerita Dragon Ball pasti tahu siapa itu Master Roshi. Jika korang kenal , gambar di bawah ini akan mengingatkan korang kepada Master Roshi. Gambar tersebut telah disiarkan dalam talian oleh seorang lelaki berusia 60 tahun.


[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 28 Desember 2012

KREATIF! - Ukiran Unik di Atas Telur Dari Seniman China (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kreatif Ukiran Unik di Atas Telur | Seorang seniman berasal China, Wen Fuliang membuat karya seni sebuah ukiran yang rumit dari kulit telur. Hasilnya pun memukau mata.


Wen, seorang seniman asal Provinsi Shaanxi, sebelumnya bekerja sebagai pemahat kayu namun setelah ia dipecat dari pekerjaannya itu ia beralih untuk membuat suatu ukiran dari media yang luarbiasa, hal ini ia lakukan untuk memenuhi keperluan hidupnya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>