Tampilkan postingan dengan label menggerunkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label menggerunkan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 11 September 2013

OMG! - 6.8 Juta Tikus Melebihi Populasi Penduduk Di KUALA LUMPUR!

TAOTAUAJER - BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!


Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.

Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.

Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.

Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.
SUMBER : SH

TAOTAUAJER : Sangat membimbangkan apabila kejadian sebegini, berlaku. Sememang nyer tikus sukar di hapuskan, kalau korang nak tau tedapat satu pulau yang di letupkan untuk ujian nuklear dan apa yang belaku selepas itu adalah tikus masih boleh dijumpai di pulau tersebut.- Koleksi OMG!


Minggu, 14 Juli 2013

MENGGERUNKAN! - WaterSpout Gergasi Dirakamkan Di Florida [VIDEO]

TAOTAUAJER - Fenomena 'Water Spout' atau belalai air dikesan di Tampa Bay pada 9 Julai yang lalu. Belalai air gergasi dan benar-benar vorteks terbentuk di Tampa Bay, Florida, dimana ia menyebabkan beberapa kerosakan. 


Buat pengetahuan korang fenomena ini berkenaan dinamakan sebagai belalai air atau waterspout. Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.

Jom Lihat melihat gambar dan video di bawah ini ...












TAOTAUAJER : Subhanallah sungguh menakjubkan dan menakutkan. 


Kamis, 09 Mei 2013

SUBHANALLAH! - Ribut Paling Menggerunkan Di Planet Zuhal (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau Zuhal Adalah planet ke 6 dari matahari dan juga antara planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Satu fenomena yang menakutkan berjaya dirakamkan di Planet Zuhal. Selain bumi, planet-planet lain jugak mengalami fenomena-fenomena ribut dan ia lebih dahsyat daripada bumi disebabkan oleh beberapa faktor. Jom kita lihat..


Ini adalah taufan paling kuat pernah dicatatkan sistem solar berlarutan di planet Zuhal.Imej yang menakjubkan fenomena ini kosmik lakukan Cassini. Para saintis mengatakan bahawa dia telah bermula beberapa tahun yang lalu. Taufan ini, yang meliputi kutub utara planet tersebut, adalah sama dengan separuh daripada kawasan Australia. kawah diameter kira-kira 2000 km, dan kelajuan angin di pusat prevyshet 500 km sejam.



TAOTAUAJER : Menggerunkan ribut yang begitu besar, pastinyer ribut tersebut sanggat dahsyat dan tidak dapat di lihat apa yang berlaku di bawah awan ribut tersebut. Kalau jadi macam nie kat bumi agaknyer macamana? Allahuakbar! - Koleksi Dahsyat