Tampilkan postingan dengan label menarik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label menarik. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 September 2013

SERIUS! - Cara Baru Mandi Tanpa Menggunakan Air, Bagaimana tu?

TAOTAUAJER - Sudah menjadi lumrah bila mandi mesti la menggunakan air , tapi bagaimana pulak jikalau mandi tidak menggunakan air? Macam mana cara nyer?



Bagi kita di negara-negara tropika mungkin kurang berguna, kecuali kalau di waktu malam, atau di tempat yang sejuk, atau bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim (musim sejuk).

Seorang mahasiswa Afrika Selatan, Ludwick Marishane berjaya mencipta penemuan baru. Bahkan, hasil dari pemuannya itu diakui dunia antarabangsa.

Diilhamkan oleh seorang temannya yang terlalu malas untuk mandi dan beberapa bulan penyelidikan melalui internet, mahasiswa berusia 22 tahun di University of Cape Town itu mencari jel jernih yang berfungsi sebagai sabun dan air untuk membersihkan kulit.

"Ia malas dan ia pernah mengatakan,` kenapa tak ada orang yang mencipta sesuatu yang boleh diletakan di kulit dan orang itu tidak perlu mandi `," kata Marishane .Reuters.

Produk yang diberi nama DryBath itu membuatkan Marishane memenangi "2011 Global Student Enterpreneur of the Year Award" dan banyak diminati di Afrika, di mana kemudahan kesihatan asas terhad dan beratus-ratus juta penduduknya sukar mendapatkan air.

Produk itu berbeza daripada bahan cuci tangan antibakteria yang biasanya beraroma alkohol. Penemuan Marishane berupa selaput biodgradabel tidak beraroma bertidak sebagai pelembab.

Dia mendapatkan idea untuk membuat jel itu kerana rakanya di kampungnya yang ada di daerah pedalaman mengatakan bahawa mandi ketika musim sejuk sangat menyusahkan, dan jadi makin menyusahkan kerana tidak ada air panas.




Ia kemudian mencari maklumat untuk membuat formula yang dia inginkan dari Google dan Wikipedia menggunakan telefon bimbitnya. Dan enam bulan kemudian ia berjaya menemui formula DryBath dan mendapatkan paten untuk produk yang kini dibuat secara komersial.

Pelanggan utama produk itu adalah syarikat penerbangan global yang melakukan penerbangan jarak jauh serta kerajaan, untuk keperluan tentera.


TAOTAUAJER : Haaaa.. bagi yang pemalas nak mandi dan yang terkejar-kejar masa tu boleh la try bendan nie , silap-silap pada masa hadapan benda ini akan sentiasa ada dalam kocek kita apabila mengembara bagi menggantikan air untuk ambil wuduk pulak. - Koleksi Inovasi


Selasa, 03 September 2013

BIAR BETUL! - Apabila Proton Saga BLM Digunakan Sebagai Bom Kawalan Jauh Di Syria [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kemelut peperangan di Syria TIDAK SAMA SEKALI menunjukkan tanda-tanda akan berakhirnya perang disana apabila Agensi pelarian U.N berkata, bilangan pelarian yang melarikan diri dari keganasan Syria telah melepasi menjangkau paras 2 juta. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu video yang melibatkan kenderaan Nasional 'PROTON' digunakan sebagai bom kawalan jauh di Syria.




SUMBER

TAOTAUAJER : Kereta nasional kita jadi bom kawalan jauh kat sana. Apakah pendapat korang? Apakah yang bermain di fikiran korang ? kereta kebal tak sampai tapi kereta proton yang sampai. Bab kereta kebal negara zippppp jangan banyak soal kenapa kita tak bantu mereka di sana. - Koleksi Kemelut Syria


Jumat, 30 Agustus 2013

SERIUS! - Keadaan Penumpang Komuter di Tokyo Dulu & Sekarang (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jepun sememang sebuah negara yang sangat creative dan juga sebuah negara yang maju yang mempunyai pelbagai etika dan kualiti yang terpuji antara sebab jepun mencapai kemajuan kini. Namun bergitu terdapat satu benda yang tidak berubah dahulu sehingga kini. Iaitu keadaan penumpang komuter di tokyo dahulu dan sekarang sememang nyer tidak berubah.



Apa yang berlaku sekarang 



TAOTAUAJER : Lihatlah betapa sesaknyer sehinggakan ada yang menolak bagi semua muat masuk di dalam train tersebut. - Koleksi Informasi


Rabu, 28 Agustus 2013

WOW! - Apabila Sami Buddha Sembahyang 1000 Kali Sehari Selama 20 Tahun (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Selama 20 tahun, sami Buddha yang bernama Hua Chi telah sembahyang di tempat yang sama di dalam kuil yang beliau tinggal di Tibet. Sami ini melakukan hampir 500-1000 kali sembahyang dalam sehari. Lihatlah apa yang terjadi pada kesan tempat beliau berpijak ketika sembahyang.






TAOTAUAJER : Gila kuat sami ini sembahyang sehinggakan kayu tempat ia bersembahyang tersebut berlekuk tapak kaki. - Koleksi WOW!

Minggu, 11 Agustus 2013

GEMPAR! - Panorama Indah Hujan Meteor Perseid Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini

TAOTAUAJER - Meteor Perseid datang lagi tahun ini, kali ini ia datang di bulan syawal iaitu hari raya. Pada tahun lepas fenomena ini berlaku pada bulan Ramadhan. Tengok sini Gambar-Gambar Hujan Meteor Perseid 2012 . Malam ini Fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa.


Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Nak tau lebih lanjut bagaimana meteor Perseid berlaku? Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 


TAOTAUAJER : Malam ni boleh la korang saksikan pancuran meteor ini bagi mereka yang tak pernah lagi . Senang jer nak saksikannyer Korang hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas. - Koleksi Fenomena Meteor


Jumat, 02 Agustus 2013

DAHSYAT! - Dunia Ngeri Si Pemburu Emas Di Sudan (17 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Demi mencari sesuap makanan mereka bekerja di dalam dunia negeri ,gelap dengan keada­an sempit di padang pasir yang tandus dan sering dilanda ribut pasir amat meresahkan pelombong emas Sudan.


Disokong kapi yang rapuh, pekerja menuruninya ke laluan lombong gelap seperti jurang sempit yang besar di tengah-tengah padang pasir. Mereka juga perlu bertempur dengan ribut kejam dan suhu yang mencecah ­sehingga 44 darjah Celsius semata-mata untuk memburu emas dengan alat pengesan.

Lombong emas itu adalah tempat mencari rezeki bagi 60,000 tenaga kerja yang mengerah kudrat di Sudan Selatan dan terpaksa bekerja untuk me­ngelak keluarga mereka kelaparan.

Inilah gambaran pelombong di kawasan Al-Ibedia di Sungai Nil yang menggunakan laluan pada kapi yang rapuh.Keadaan lubang terbabit begitu sempit hinggakan mereka hampir tidak boleh berpusing. Tanpa memakai jaket atau topi keselamatan, pelombong hanya mempunyai lampu kepala sebagai penunjuk arah.









Di bahagian bawah lombong, mereka menggunakan pelbagai peralatan asas untuk menggali logam berharga itu dalam keadaan panas.

Sewaktu pelombong me­nggali dan mencari emas dalam jangka masa yang panjang, keadaan di atas pula berlainan kerana kem sementara yang diwujudkan bersedia melakukan sebarang urusan jika terdapat penemuan dari bawah.

Pekerja menapis isi bumi sambil mencari apa-apa tanda yang menunjukkan ketulan emas. Pekerja lain mengendalikan mesin penghancur tanah yang besar dan menimbang penemuan mereka bagi mendapat nilai emas.






Perlombongan emas adalah perniagaan terbesar ­terutama di selatan Sudan. Tanah di sini kaya dengan ­pelbagai sumber namun ­kebanyakannya masih belum ditemui.

Sama seperti emas, mereka percaya terdapat pelbagai logam lain seperti tembaga, uranium dan marmar tetapi hala­ngan terbesar ialah penyeludupan.Baru-baru ini, dianggarkan Selatan Sudan kehilangan RM6.4 bilion setahun melalui penyeludupan emas.



Bercakap kepada Sudan ­Tribune, Ketua Pengarah ­Pembangunan Mineral, Arka­ngelo Okwang Olerr mendedahkan, kira-kira 17 kilogram emas dibawa keluar dari sempadan negeri Equatoria Timur setiap hari.
“Jika penyeludupan dapat dielakkan, kerajaan boleh memperoleh pendapatan RM6.4 bilion juta daripada aktiviti lombong emas.

“Usaha dijalankan bagi membanteras aktiviti perlombongan haram yang banyak ­terdapat di negara ini,” katanya.Kerajaan bercadang melantik pegawai pemeriksa yang bekerjasama dengan polis ke kawasan yang disyaki wujud perlombo­ngan haram.

Kerajaan memerlukan wang yang mampu menjana ekonomi negara yang juga sebagai ­alternatif kepada minyak yang pada masa kini menyediakan lebih daripada 90 peratus daripada pendapatan kerajaan.


Adalah dipercayai, kira-kira 60,000 penduduk negara itu terbabit dalam perlombongan emas di Selatan Sudan. Kebanyakan mereka hanya menggunakan kudrat tangan mereka yang dahulunya menuai tanaman. Buruh terbabit turut membabitkan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang didorong untuk bekerja kerana situasi kelaparan yang meluas di sana.

TAOTAUAJER : Lihatlah betapa daifnya mereka di sana, menempuh  dunia negeri ,gelap dengan keada­an sempit di padang pasir yang tandus dan sering dilanda ribut pasir demi mencari sesuap makanan.


SUBHANALLAH! - Gurun Pasir Ini Boleh Bergerak Menelan Hutan (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.


The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.


Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.









Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
SUMBER: AmusingPlanet

TAOTAUAJER : Subhanallah, menarik kejadian yang di ciptakan oleh Allah, tidak tercapai oleh akal kita. Mungkin pada tahun-tahun atau abad yang akan datang tempat ini akan menjadi padang pasir yang luas siapa tahu - Koleksi Miracles of Allah Almighty