Tampilkan postingan dengan label Sejarah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sejarah. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 September 2013

INFO! - Sejarah Penubuhan Malaysia 16 September 1963

TAOTAUAJER - Ada apa dengan 16 September? Pasti tak ramai yang tau ada apa dengan 16 September yang tau nyer cuti. 16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut  dimana  Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.


16 September merupakan Hari PembentukanPersekutuan Malaysia dan tahun ini 2013, genap 50 tahun sudah negara Persekutuan Malaysia telah dibentuk.

Fakta buat korang pada hari yang sama juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia.

Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia:


TARIKH PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British pada Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.





Dari segi sejarah - berapa ramai yang tahu bila Sarawak merdeka, begitu juga Sabah dan juga Tanah Melayu. Mungkin segelintir sahaja yang tahu. Sabah dan Sarawak serta Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara persekutuan (Singapura keluar daripada Persekutuan pada 1969 manakala Brunei tidak jadi untuk menyertai Malaysia, walhal Brunei antara penyokong kuat pembentukan negara persekutuan).

Sebab utama adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah empat negara berdaulat yang merdeka dari jajahan British. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala Sarawak merdeka atas usaha raja terakhir Dinasti Brooke yang menyaksikan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah pula pada 31 Ogos 1963, bersama Singapura.

SUMBER : Arkib.gov

TAOTAUAJER : Buat Malaysia, Selamat Hari Malaysia ke-50. Selamat Hari Merdeka ke-50 Sarawak dan Sabah dan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-56 Persekutuan Tanah Melayu. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi hari ini terpelihara kedaulatanya - Koleksi Informasi


Kamis, 12 September 2013

BIAR BETUL! - Adolf Hitler Bersumpah Dengan Nama Allah

TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu hitler dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa. Namun begitu setelah membaca artikel menarik ini, pastinya kita akan lebih menghormati Adolf Hitler berbanding pemimpin-pemimpin Islam yang ada di seluruh dunia sekarang ini. Hitler sentiasa merujuk ulama dalam perancangan ketenteraannya sebaliknya pemimpin islam hari ini merujuk kepentingan peribadi yang bersifat kebendaan semata-mata.



Artikel ini di ceritakan oleh pemilik blog ekoh4ryanto.wordpress.com

Rasa hormat saya pada lelaki agung ini, Adolf Hitler, semoga ada yang meniru jejaknya pada zaman sekarang.

Saya berbual dengan dengan saudara saya yang sedang menyelesaikan tesis PhD-nya. Saya amat terkejut ketika dia menyatakan tesis beliau mengenai Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Lalu saya bertanya,”Sudah tiadakah tokoh-tokoh Islam di dunia ini hingga engkau memilih si bodoh ini menjadi tema tesismu?”

Dia tertawa lalu bertanya apa yang saya ketahui tentang Hitler.

Saya jawab bahwa Hitler adalah seorang pembunuh yang membunuh semuanya dan menganggap bangsa Jerman di atas segala bangsa lain. Lalu dia bertanya darimana sumber saya. Dari TV tentunya, jawab saya. Lalu saya katakan bahawa Hitler membunuh semua manusia.

Kemudian dia berkata,” Baiklah, pihak Inggeris telah melakukan yang lebih keji dari itu. Pihak Jepun juga sama. Namun, mengapa dunia hanya menghukum Hitler dan memburuk-burukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih berwujud hingga hari ini sementara dunia melupakan kesalahan Inggeris terhadap Scotlan, Jepun terhadap dunia dan Afrika Selatan terhadap warga kulit hitam-nya?

Saya lantas meminta jawabannya. Dia meneruskan,” Ada dua alasan :

1. Prinsip Hitler mengenai Yahudi, Zionisme dan proses berdirinya negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk membasmi Yahudi karena beranggapan nantinya Yahudi akan merosakan dunia.

2. Prinsip Hitler mengenai Islam. Hitler telah mempelajari sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan dia telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat yaitu Persia, Romawi dan Arab. Ketiganya telah menguasai dunia pada masa lalu. Sementara Persia dan Romawi masih melanjutkan peradaban mereka hingga hari ini, namun Arab hanya bertengkar dengan sesamanya (Lihat sepertimana yang berlaku hari ini). Dia melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merobohkan Peradaban Islam yang dia telah lihat begitu hebat pada masa lalu.

Kerana dia merasa kagum pada Peradaban Islam, dia telah mencetak panduan mengenai Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi sewaktu perang, walaupun kepada tentera yang bukan islam.


Beliau juga memberi kesempatan tentara Jerman yang muslim untuk menunaikan sholat ketika masuk waktunya di manapun juga…bahkan tentara Jerman pernah sholat di Lapangan Berlin dan Hitler menunggu hingga mereka menyelesaikan sholat jamaah untuk menyampaikan ucapannya.




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam menyusun strategi…


Dia juga meminta para Syeh untuk mendampingi tentaranya dan mendoakan mereka yang non-muslim dan memberi semangat kepada tentara muslim untuk memerangi Yahudi…



Semua data ini adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara saya untuk tesis PhD-nya dan dia meminta saya untuk tidak menambahi apapun supaya tidak menyusahkannya ketika memaparkannya nanti. Dia melarang saya memadukan kajian ini dengan data-data dari internet kerana saya bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Perkara menarik dari Adolf Hitler

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berniat menyampaikan pidato. Dia memerintahkan para penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang agung dari kitab suci, kata-kata ahli filsafat ataupun dari bait syair. Seorang sastrawan Iraq yang tinggal di Jerman memberi masukan ayat Al-Quran yang ertinya : Telah dekat Hari Kiamat dan telah terbelah bulan…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalimat pembukaan dan isi kandungan pidatonya. Memang para ahli tafsir menjelaskan bahwa ayat tersebut bermakna keagungan, kekuatan dan erti yang mendalam.

Hal ini dinyatakan Hitler dalam bukunya Mein Kampf yang ditulis di penjara bahawa segala tindakannya berdasarkan Al-Quran khususnya tindakannya terhadap Yahudi..

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar pimpinan tentaranya yang akan tamat belajar di Akademi tentera Jerman.
” Saya bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan inilah sumpah suci saya, bahwa saya akan mematuhi semua perintah pimpinan tentara Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, panglima tertinggi, bahwa saya akan selalu bersedia untuk mengorbankan nyawa saya pada bila-bila masa demi pemimpin saya”

3) Hitler pantang meminum arak ketika dia gemetar saat keadaan pasukan Jerman sedang goncang dan berbahaya. 

Waktu itu para doktor memintanya meminum arak sebagai ubat dan beliau menolak sambil berkata,
” Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang minum arak untuk pengobatan sedangkan dia seumur hidupnya tak pernah menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menyentuh arak sepanjang hayat…minuman kegemarannya adalah teh celup yang khas…

SUMBER: bicaraworld.blogspot.com

TAOTAUAJER : Tujuan penulisan ini bukanlah untuk membela apa yang telah dilakukan Hitler, tetapi hanya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua memperoleh manfaat.  - Koleksi Informasi

Rabu, 07 Agustus 2013

TAUTAK? - Inilah Sejarah Hari Raya Aidilfitri

TAOTAUAJER - Salamualaikum, sebelum itu tao ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca blog taotauajer. Hari ini tao nak kongsikan pada korang semua asal usul sejarah wujud nyer perayaan hari raya Aidilfitri.


Setiap perayaan mesti ada sejarahnya. Begitu juga perayaan dalam Islam. Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini:
 "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.


TAOTAUAJER : Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama. - Artikel Informasi


Selasa, 30 Juli 2013

TAUTAK? - Bagaimana Cara Orang Melayu Dahulu Beraya?

TAOTAUAJER - Apa yang kita lalui zaman sekarang adalah jauh berbeza dengan zaman dulu kala. Pernah tak korang terfikir bagaimanakah orang melayu dahulu beraya ?


SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.


Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

SUMBER

TAOTAUAJER : Oh begitu rupanya bagi kita orang melayu beraya sebelum dan selepas kedatangan Agama Islam. Namun yang menyedihkan zaman sekarang adalah, ada jugak anak yang tak pulang ke kampung dan zaman sekarang jugak mungkin ada yang dah tiada kampung dan tak dapat merasakan nikmat berada di kampung dan beraya - Koleksi Informasi


Senin, 22 Juli 2013

WOW! - Inilah Kereta Pertama Masuk Ke Dalam Nepal Pada 1940 (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kebiasaannyer kereta membawa orang tapi ini lain pulak ceritanya di Nepal suatu ketika dahulu apabila kereta dibawa atau lebih tepat lagi di usung mengikut laluan berbatu dan berbukit di Negara Nepal.


Ceritanya pada tahun 1940, Adolf Hitler telah menghadiahkan kereta ini 1938 Mercedes Benz kepada King Triubhuvan dari Nepal. Ini adalah kereta pertama yang telah dibawa masuk ke Nepal. Malangnya takda laluan kenderaan lagi masa itu, jadi apa yang mampu dibuat adalah mengangkat kenderaan ini ke istana.



Gambar ini dari majalah National Geographic, Januari 1985. (Photo By Volkmar WENTZEL pada tahun 1948)


Kereta buatan Mercedes Benz ini  adalah siri yang sama yang dibuat antara tahun 1936 dan 1940, yang kini berada di Narayan HIti Palce Muzium Kathmandu.

TAOTAUAJER : Fuh! siap di usung kenderaan tu merentasi sungai, batu-batu dan berbukit. Ini adalah benda yang jarang kita dapat lihat, apakah lagi perkara-perkara yang lebih menakjubkan pernah berlaku suatu ketika dahulu yang hanya menggunakan tenaga manusia. - Koleksi Menarik

Kamis, 18 Juli 2013

BIAR BETUL! - Pedang Salahuddin Al-Ayubbi Paling Tajam Di Dunia?

TAOTAUAJER - Sewaktu Perang Salib, pasukan Eropah dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan Arab dan Persia. Dimana Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.


Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia atau dipanggil sebagai Sword of Damascus ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun.


Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang ini diperbuat daripada besi "damarcus". Teknik pembuatan pedang ini begitu rahasia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya, ini juga sebabnya teknik pembuatan besi Damascus akhirnya pupus.


Pedang ini mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian mikroskopik menemukan bahawa pedang ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan ahli ilmuwan islam di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.


Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

Hasil kajian yang dilakukan pasukan Eropah, menyatakan pedang tersebut disaluti oleh CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini. 


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Beberapa ahli metalurgi modern mengaku berhasil membuat besi yang sangat mirip dengan besi Damascus , namun tetap belum berjaya meniru 100%.

Apa itu CNT?

Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat 
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan
dari aluminium.

Close-up of an 18th-century Iranian crucible-forged Damascus steel sword via Wikipedia

Teknologi NANO


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.

SUMBER : dari pelbagai sumber yang diolah semula

TAOTAUAJER : Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman. Nanti tao akan cuba kongsikan lagi apa lagi teknologi-teknologi dari peradaban islam yang hilang kepada korang semua, dan sekiranya korng ada info Teknologi Islam yang hilang bolehlah di kongsikan bersama - Koleksi Pembongkaran

Rabu, 05 Juni 2013

ALHAMDULILLAH! - Inilah Azan Pertama Yang Dilaungkan Di Sweden [VIDEO]

TAOTAUAJER - Berikut merupakan video bersejarah di mana azan pertama dilaungkan di sebuah masjid di selatan Stockholm, Sweden. Azan tersebut yang pertama kali dibenarkan di negara itu telah dilaungkan pada solat Jumaat di masjid Fittja pada 26 April lepas. Seluruh umat Islam di Sweden menangis kesyukuran ketika detik bersejarah itu terjadi.


Alhamdulillah ini menandakan agama islam semakin berkembang dan diterima oleh negara luar. Sepertimana baru-baru ini juga satu perkembangan yang menarik di Britain apabila dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian dan bakal tawan negara tersebut. 

saksikan video bersejarah ini ..


Akhir zaman, ni akan terjadi...islam bertukar tangan maksudnya dulu bahagian semenanjung arab dan asia adalah islam dan bahagian eropah adalah bukan islam tapi bila akir zaman akan menjadi terbalik iaitu bahagian eropah akn bersinar dengan cahaya islam dan bahagian arab dan asia akan gelap dengan cahaya islam.. akir zaman, orang bukan islam akan mempertahankan islam manakala orang islam tak amik peduli tentang hal ehwal agama islam...sekarang da terbukti....

TAOTAUAJER : Alhamdulillah..semoga islam berkembang dgn lebih luas.


Senin, 22 April 2013

SERIUS! - Jom Kita Lihat Lagu Mari Mengundi Pilihan Raya Pertama Di Tanah Melayu 1955 [VIDEO]

TAOTUAJER - Debaran pilihanraya semakin di rasai jalan-jalan di penuhi dengan bendera-bendera parti yang boleh membuatkan orang kemalangan. Tarikh hari pengundian Pilihan raya umum ke-13 bakal adalah pada 5 Mei 2013, dengan itu tao nak kongsikan lagu mari mengundi yang pertama...yer yang pertama sekali iaitu pada tahun 1955. Tao tau pasti korang ade yang tak pernah melihat video ini.


Fakta Pilihanraya Pertama Tanah Melayu

Kalau korang nak tau pilihanraya umum pertama di negara kita berlangsung pada 27 Julai 1955.

Parti seperti PAS, Parti Negara di bawah Dato’ Onn, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dalam pilihanraya itu, Parti Perikatan menangi 51 dari 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi PAS. Dengan kemenangan ini, kabinet telah dibentuk. Dimana Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Sebelum pilihanraya itu diadakan, pelbagai kempen telah dijalankan oleh kesemua parti yang bertanding. Namun antara yang paling menarik ialah kempen untuk meminta penduduk mengundi ketika itu yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam.

Walaupun medium TV tidak begitu meluas ketika itu, ternyata apa yang dibuat oleh Zainal tetap menarik untuk ditonton.

Jom saksikan video di bawah ini... agak kelakar pulak, lagu macam simple jer tapi siap ade joget sket..hehe


TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau Lagu Kempen Mengundi yang pertama di tanah melayu ini dinyanyikan oleh Zainal Alam. Ianya amat klasik atuk nenek atau ibu bapa kita pasti masih ingat akan lagu ini. Amacam korang layan ?? hehee... - Koleksi Sejarah

Kamis, 18 April 2013

SERIUS! - Dua Orang Inilah Penyebab Perang Dunia Ke-2 Tamat Dengan Dahsyat (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mungkin korang tidak kenal akan dua orang nie tetapi pasti korang pernah terbaca dan dengar tentang Pengeboman Hiroshima, Nagasaki yang menyebabkan banyak kemusnahan dan pembunuhan orang jepun. Dimana satu bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah musnah dalam pengeboman atom oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia II pada tahun 1945. Siapakah mereka berdua ini?


Kalau korang nak tau dua orang individu didalam gambar diatas lah yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak

Berdasarkan gambar di atas yang disebelah kiri ialah Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Maj. Thomas Ferebeeialah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay keatas Hiroshima. Capt. Kermit Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste keatas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.


Pesawat Boeing B29-Enola Gay yang menjatuhkan bom atom Little Boy


Pesawat The Great Artiste menjatuhkan bom atom Fat Man



Fat Man.. bom atom yang di gugurkan di nagasaki




TAOTAUAJER : Selapas perang dunia kedua nama mereka tidak pernah disebut dan menjadi misteri apabila nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah? Hasil daripada penguguran 2 bom tersebut meragut hampir 300 000 nyawa. Banyak tu, semoga kejadian seperti ini tidak akan belaku dan jika berlaku maka selepas perang dunia ketiga bakal tercetus dan tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu