Tampilkan postingan dengan label Angkasawan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Angkasawan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Juni 2013

SERIUS! - 80 Ribu Orang Akan Dihantar Ke Planet Marikh

TAOTAUAJER - Kajian terhadap planet Marikh memang sudah lama, dan didapati di Marikh memang ada kehidupan dengan terjumpa kesan-kesan air. Ini kerana apabila adanya air akan adanya kehidupan. Pada september 2012 saintis telah menemui satu bukti dimana terdapat aliran air di permukaan marikh namun begitu sehingga kini masih tiada bukti yang kukuh menyatakan di Marikh wujudnya kehidupan.


Elon Musk pengasas SpaceX mempunyai rancangan besar untuk penduduk bumi. Beliau ingin membuat tanah penempatan di marikh yang terdiri daripada penduduk 80 000 manusia. Baru-baru ini Sebuah organisasi Belanda, Mars One sedang mencari manusia pertama menginjakkan kaki di planet Marikh. Setakat ini, seramai 40,000 orang dari seluruh pelusuk dunia telah pun memohon bagi menyertai program yang bakal mencipta sejarah ini.

Yang lebih menarik mengenai projek Mars One ini ialah, ia akan disiarkan dalam bentuk rancangan realiti TV, dari proses pemilihan peserta hinggalah kepada pendaratan mereka di sana pada tahun 2023 nanti.


Objektif utama penghantaran ini ialah bagi mewujudkan satu penempatan baru di sana di samping dapat membuat kajian ke atas planet tersebut secara lebih dekat. Para angkasawan akan dihantar secara berperingkat, dengan setiap trip akan disertai oleh 4 orang angkasawan.

Beberapa kelengkapan seperti panel solar, kapsul tempat tinggal, unit sokongan hayat serta rover kawalan jauh akan dihantar terlebih dahulu dari tahun 2016 hingga 2021 sebelum sekumpulan 4 angkasawan pertama mendarat di Marikh.

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana seperti bumi, mesin akan dibawa untuk membuat baja, oksigen, dan metana daripada air subpermukaan, nitrogen dan karbon dioksida yang ditemui di Marikh. Selain itu juga apabila CO2 terbentuk di atmosfera Marikh hasil daripada perkumuhan 80 000 manusia, mereka boleh menanam tanaman Bumi di tanah Marikh.




A cliff, up to 4,000 metres high, located in the eastern part of Echus Chasma, one of the largest water source regions on Mars, is seen in this image taken by the high-resolution stereo camera on board European Space Agency 's Mars Express.

SpaceX pengasas Elon Musk telah mengumumkan pelan terperinci untuk menghantar 80,000 orang untuk menduduki Marikh oleh pengangkut peneroka ke Planet Marikh dengan kos $ 500,000 untuk setiap perjalanan.

Musk, usahawan angkasa swasta pertama untuk melancarkan misi yang berjaya ke Stesen Angkasa Antarabangsa, berkata apa yang akan bermula dengan terlebih dahulu menghantar kurang daripada 10 orang boleh berkembang "menjadi sesuatu yang benar-benar besar."

"Di Marikh, anda boleh memulakan satu tamadun berdikari dan berkembang menjadi sesuatu yang benar-benar besar," kata Musk, Persatuan Penerbangan Diraja di London.

SUMBER: rediff.com , geek.com 

TAOTAUAJER :  Fakta buat korang yang tak tau salah seorang rakyat Malaysia terlibat secara langsung dengan projek Mars One ini. Beliau ialah Nina Aziz, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Komersial (Chief Commercial Officer). Ini adalah satu projek tiket satu hala, yang dah pergi sana memang tak akan kembali.


Senin, 29 April 2013

WOW! - Pencarian Individu Pertama Ke Marikh Untuk Di Duduki (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu pada suatu hari nanti bumi akan di timpa bencana atau menurut NASA dimana telah mengenalpasti Asteroid yang besar akan melanggar bumi pada tahun 2040 (LINK).


Sehubungan dengan itu kajian demi kajian telah dilakukan oleh nasa mencari planet lain yang boleh dihuni manusia pada masa akan datang. Dan di planet marikh Saintis temui bukti terdapatnya aliran air di Marikh (2 Gambar)


Baru-baru ini Sebuah organisasi Belanda, Mars One sedang mencari manusia pertama menginjakkan kaki di planet Marikh.

Pengasas organisasi itu, Bas Lansdorp berkata, manusia yang dihantar ke planet itu bagaimanapun, tidak akan kembali ke bumi.

“Manusia di Marikh akan mengalami penurunan ketahanan tulang dan otot sekiranya dihantar kembali ke bumi. Mereka berpotensi terdedah kepada radiasi tinggi sekali gus meningkatkan risiko kanser kerana penurunan imunisasi tubuh dan berhadapan dengan kemandulan,” katanya.

Menurutnya, calon harus memiliki kekuatan psikologi dengan akan dikirimkan dengan ubat-ubatan dan pihaknya akan mengajar cara bercucuk tanam kerana keperluan tenaga seperti matahari dan air wujud di sana.


Keadaan planet Marikh yang bakal diduduki manusia pada 2023.

“Empat calon akan ke sana dan misi ini akan bermula pada 2023 dengan menggunakan teknologi jentera seperti SpaceX,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan mengambil masa lapan bulan untuk sampai ke planet itu.

Kini, seramai 10, 000 individu berusia antara 18 hingga 62 tahun disahkan mendaftar untuk mengikuti program tersebut.

SUMBER : The Guardian

TAOTAUAJER : Owh..nampak nyer Nasa mengambil langkah pertama bagi mewujudkan planet marikh untum menjadi sebuah planet yang boleh diduduki manusia suatu hari nanti. Agak-agak korang berapa ramai yang akan mati dalam misi ini? Tapi kan ramai jugak yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini, yer la boleh tempah nama tu macam neil amstrong, kira nanti ade la rekod dunia marikh orang pertama kat sana, tapi silap-silap pergi sana pon boleh menempah maut...hehe


Selasa, 29 Januari 2013

WOW! - Iran hantar monyet ke angkasa lepas (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.


Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 14 November 2012

MENAKJUBKAN! - Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas. Kenyataan dari Seorang angkasawan Russia, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas. Kalau korang ade baca post sebelum ini juga tao ade sharekan Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. [LINK]


Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 01 September 2012

INFO! - Gambar Neil Armstrong dikebumikan di Ohio di bawah Blue Moon (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, 31 ogos yang juga sempena Fenomena "Blue Moon".

Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam. - Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 28 Agustus 2012

Subhanallah - Fenomena Cahaya Misteri nampak dari Luar Angkasa (4 GAMBAR + VIDEO)

TAOTAUAJER - Fenomena Cahaya Misteri nampak di bumi dari Luar Angkasa berjaya di rakamkan. Para penyelidik mengaku tidak dapat mengambil gambar fenomena ini dalam resolusi tinggi. Fenomena cahaya ini sangat pelik dan aneh dan Misteri bagi kita yang tidak pernah tahu akan fenomena ini.


Fenomena ini berlaku pada ketinggian 80 km dari permukaan Bumi. Fenomena ini biasanya hanya akan muncul sewaktu berlakunya taufan atau ribut.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 26 Agustus 2012

PEMBONGKARAN - Betul ker Neil Armstrong Mendengar Azan di Bulan & Masuk Islam?

TAOTAUAJER - SATU dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969. Kini Neil Armstrong menjadi sejarah dunia apabila meninggal pada hari ini pada usia 82 tahun. 


Pasti korang pernah dengan akan konspirasi akan sebenarnya deorang tak mendarat pon kat bulan tu. Tao pon ade membaca artikel dan juga saksikan pembongkaran tersebut di Youtube.

Pasti korang penah dengar tentang Neil Armstrong angkasawan pertama dunia menjejakkan kaki di bulan telah mendengar satu suara ketika berada di bulan. Bernarkah?

Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!


Apabila Neil Armstrong mendarat ke bumi, dia masih mencari-cari apakah suara tersebut sehinggalah dia terdengar suara azan dan mengatakan itulah suara yang dia dengar ketika di bulan. Lantas Neil Armstron pun memeluk islam.

Kebenaran cerita tersebut dibongkarkan dari mulut Neil Armstrong sendiri yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang artikelnya di keluarkan oleh TheStar.

KUALA LUMPUR: Man’s landing on the moon is no hoax, said Neil Armstrong, the first person there. 
Denying such claims, he said that the world loved a conspiracy theory. The moon mission was a very difficult, big and expensive project, said the commander of Apollo 11 who touched down on the moon on July 20, 1969.
MY HERO: Zaid greeting Armstrong at the KLCC in Kuala Lumpur Tuesday. 
Armstrong is here for the two-day Global Leadership Forum.

“The only thing that might be more difficult than the Apollo programme was trying to fake it,” he said during a question-and-answer session at the Global Leadership Forum here yesterday.
Asked by Malaysian astronaut candidate Zaid Zahari, 32, which he considered to be his greatest achievement – landing on the moon or getting back to Earth safely – Armstrong said it was a “superior moment” when he set foot on the moon. 
This was because he believed the Apollo 11 had only a 50% chance of a successful landing in its first attempt. 
The final approach, he said, was a very difficult part of the flight and no computer software had demonstrated this flight before. 
“When we touched down on the surface, recognising that that was the goal of one-third of a million people working for nearly a decade, and all that people sharing in the satisfaction of reaching that goal, was a superior moment.” 
Armstrong said he was “elated, ecstatic and extremely surprised that we were successful.”
Armstrong, 75, also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.      
SUMBER : The Star

Dalam satu temu bual pada tahun 2009, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

TAOTAUAJER : Konspirasi pendaratan Neil Armstrong di bulan masih lagi menjadi tanda tanya tak tau mana yang betul sama ada ia fakta mahupun ianya konspirasi atau sekadar khabar angin yang ingin menjatuhkan sesuatu pihak. - Koleksi PEMBONGKARAN

Sabtu, 25 Agustus 2012

GEMPAR! - Angkasawan Pertama ke Bulan Neil Armstrong meninggal dunia

TAOTAUAJER - Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>