Tampilkan postingan dengan label Kejadian Pelik dan Luar Biasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kejadian Pelik dan Luar Biasa. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 14 September 2013

SADIS! - Anak Gajah Menangis Selama Lima Jam Setelah.... (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kisah sadis meskipun ianya adalah haiwan namun Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Kesedihan yang di gambarkan dengan tangisan anak gajah bernama Zhuangzhuang menangis selama 5 jam tanpa henti.


Anak gajah ini menangis selama lima jam selepas ibunya menolak dia dan cuba untuk memijaknya hingga mati selepas melahirkan beliau pada 30 Ogos lalu kini pekerja zoo terpaksa memisahkan anak nie dengan ibunya.



Tetapi bersyukur kerana perkara-perkara yang berakhir dengan baik untuk binatang berkulit tebal ini dengan air mata.  Pekerja zoo  melaporkan kini Zhuangzhuang dalam keadaan baik sekarang.



nak sedih jugak.. huuuu
SUMBER : Carigold

TAOTAUAJER : Sadis pulak rasanyer, bayangkan kalau perkara seperti ini berlaku kepada kita... ibu yang kita sayang ingin membuang kita. memang sadis. Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Subhanallah - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Kamis, 12 September 2013

ANEH! - Ibu Mumiakan Badan Anak Selama 18 tahun Dengan Alkohol (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana kita tau kasih ibu tida bandingannya, ini tao tunjukkan satu contoh baik kasih sayang ibu yang tidak terbatas apabila seorang penduduk Georgia selama 18 tahun menjaga badan anaknya yang telah mati.


Setiap hari di sapukan alkohol dan meliputi helaian kertas putih, supaya tidak membenarkan kulit bertukar menjadi hitam. Wanita ini adalah contoh yang baik kasih sayang ibu yang terbatas, yang mendorong beliau untuk memastikan bahawa tubuh mumia anaknya , yang meninggal dunia 18 tahun lalu dalam keadaan baik.

Apabila Joni Bakaradze meninggal dunia pada usia 22 tahun, keluarganya enggan menguburkan dia, berkata ia bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki, yang mesti belajar untuk mengasihi bapa mereka. Setiap hari selama 18 tahun yang lalu dia menjaga badan anak itu, dan setiap tahun pada hari lahir anaknya memakai pakaian baru.

Pada mulanya dia menggunakan kaedah tradisional pengawetan, tetapi selepas beberapa ketika mula menggunakan cara mereka sendiri.

"Apabila saya telah mengalami mimpi di mana suara yang memberitahu saya untuk gosok Joni tubuhku alkohol Sejak itu, saya telah lakukan -. Menggunakan cadar direndam di dalam alkohol untuk memelihara tubuhnya," - kata ibu. Menurut wanita itu, jika badan itu akan meninggalkan untuk malam tanpa kepingan, kulit akan menjadi hitam seperti arang batu.





Baru-baru ini, kesihatan saya sendiri merosot disebabkan penyakit dan saya tidak dapat menjaga mereka, "katanya. wanita berkata bahawa anaknya adalah sangat cantik, dan dia percaya bahawa dia akan dapat menggunakan semula helaian kertas, kulitnya akan menjadi putih. Menjelaskan mengapa dia tidak mengebumikan badan, wanita itu berkata, "Dia mahu anaknya untuk berjumpa dengannya.
SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Demi nak menunjukkan kasih sayang seorang ibu, perempuan ini sanggup menjaga mayat anak nya bagi membuktikannya benar-benar sayang akan anaknyer. - Koleksi Pelik


Sabtu, 03 Agustus 2013

PELIK! - Kenapa Sampai Goreng Telur Atas Jalan Raya? (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kejadian yang jarang kali kita lihat , dah sampai kenapa pulak orang goreng telur atas jalan raya. Kalau kita perlukan dapur api untuk menggoreng udang atau telur tetapi tidak di China apabila penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.


Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller ah.. kepanasan kat sana boleh memasakkan telur , jarang-jarang kita lihat perilaku sebegini dan dalam tidak kita sedar hasil dari fenomena ini sehinggakan boleh mengorbankan penduduk dan merosakkan harta benda. - Koleksi Pelik 


Minggu, 28 Juli 2013

WOW! - Ibu 50 Tahun Ini Incredible Hulk Dunia Sebenar

TAOTAUAJER - Siapa tak kenal dengan watak hero Incredible Hulk bertubuh hijau dan besar apabila mengalami tekanan dan marah. Di dunia sebenar seorang ibu berusia 50 tahun mempunyai penyakit pelik sehinggakan menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.


KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Nampaknyer hulk dah ada yang perempuan pulak, cuma tak berubah jadi warna hijau jer. Pelik jer penyakit macam nie pun ader, boleh la masuk 1 classs academy untuk semua jenis mutan-mutan macam cerita X-man hehe - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa.


Kamis, 25 Juli 2013

PELIK! - Salji Di Filipina, Keanehan Yang Membingungkan Saintis [VIDEO]

TAOTAUAJER - Satu fenomena pelik sangat luar biasa telah mengejutkan penduduk selatan Filipina 24 JULAI 2013 telah mengesahkan laporan bahawa salji lebat selama 3 jam dilaporkan kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan Selatan.


Saksikan video fenomena yang pelik ini apabila salji jatuh di filipina.

TAOTAUAJER : Tao pon tak tau nak cakap apa ini sememang nyer fenomena yang pelik kerana negara tersebut berada hampir di garis lintasan khatulistiwa dan tidak mungkin akan berlaku salji kecuali tempat tersebut berada di kawasan tanah yang tinggi. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Sabtu, 20 Juli 2013

PELIK! - Gunung Berapi Menjerit Sebelum Meletus (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gunung api menjerit sebelum meletus? biar betul! Kalau sebelum ini tao ada dedahkan akan Fenomena Pokok Menjerit Apabila Dahagakan Air , kali ini sekumpulan saintis mendedahkan, gunung berapi mampu menjerit pada nada paling tinggi sebelum meletus. Pakar Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) yang mengkaji letusan gunung berapi Redoubt, Alaska dalam Mac 2009, mengesahkan perkara itu.


Kumpulan berkenaan menjumpai apa yang dilabelkan sebagai 'jeritan' diikuti aktiviti seismik sewaktu berubah dari denyutan normal kepada gegaran kuat.

Menerusi kajian itu, mereka turut percaya kekerapan gegaran akibat gempa bumi bawah tanah adalah punca kepada kebarangkalian letusan gunung berapi dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, saintis berpendapat gempa bumi dan gegaran harmoni berlaku apabila magma ditolak keluar melalui saluran sempit di bawah tekanan kuat ke tengah-tengah kawah gunung.

Sesetengah gunung berapi menjerit pada nada paling tinggi akibat pergeseran yang dicetuskan oleh gegaran sebelum meletus.

Penuntut kedoktoran sebuah universiti dalam AS, Alicia Hotovec-Ellis berkata, jeritan gunung berapi mampu didengar oleh manusia walaupun pada kekerapan rendah selepas mengeluarkan gegaran harmoni.

Katanya kepada MailOnline, gegaran harmoni meningkat kepada frekuensi yang lebih tinggi kemudian berhenti secara tiba-tiba sebelum gunung berkenaan meletus sebanyak enam kali.

"Sesetengah gunung berapi mengeluarkan bunyi melalui gema magma yang ditolak dari bahagian bawah retakan nipis kerak bumi," katanya.

Katanya, setiap pergerakan secara tiba-tiba membawa kepada gempa bumi kecil sekurang-kurangnya 1.5 pada skala Richter.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Menakjubkan apabila gunung berapi pon boleh menjerit sebelum meletus, inilah kehebatan Allah dalam menciptakan alam semesta. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Senin, 15 Juli 2013

ANEH! - Setiap Kali Gadis Ini Menangis Akan keluar Darah

TAOTAUAJER - Gadis Berusia 20 tahun Yaritza Oliva bagaikan hidup mimpi ngeri. Gadis dari Purranque, Chile ini, setiap kali ia menangis akan keluar air mata darah dan setakat ini tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan misteri beliau.


Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah. Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini. Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.”


Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.





Minggu, 16 Juni 2013

GEMPAR! - [VIDEO] Munculnya Bara Api Di Yaman, Tanda Tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz

TAOTAUAJER - Pada Jumaat 07/06/13 Yaman di kejutkan apabila secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.


Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.

Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18) 
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46) 
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)

Saksikan video kejadian Fenomena Api Hijaz .


TAOTAUAJER : Apakah tandanya ini semua? apakah ini adalah tanda-tanda kiamat yang diceritakan oleh nabi saw dalam hadis. Mafhum lebih kurang dimana akan keluar api merah menghalau manusia dari yaman. Sudah bersiapkah kita? - Koleksi Misteri

Jumat, 14 Juni 2013

SERIUS! - Ikan Duyung Terakam Di Kiryat Yam, Israel [VIDEO]

TAOTAUAJER - Dalam cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.


Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan.



Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya.Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.


TAOTAUAJER : Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain. - Koleksi Misteri 


SUBHANALLAH! - JANUS Kucing yang Lahir Dua Muka (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Rare, kucing bermuka dua, yang juga dikenali sebagai 'Janus', telah dilahirkan di Oregon. Buat pengatahui korang ini bukanlah kali pertama tao tunjukkan sebelum ini terdapat pelbagai haiwan yang melahirkan anak yang ganjil seperti ini.


Anak kucing yang baru lahir tersebut yang diberi nama "Janus" ditemui oleh anak Stephanie Durkee. Pada mula anaknya memberitahu mereka menemui anak kucing berkepala dua, Stephanie berkata, "Mungkin anda semua letih, dan gila....semua itu tidak mungkin berlaku"


Anak kucing tersebut enggan diterima ibunya sendiri membuatkan Stephanie terpaksa menyusukan menggunakan tangannya.


Sebelum ini, Febuari 2012, seekor anak kucing bermuka dua dijumpai oleh Nash Hand dan Amelia Forsythe, di Florida dan dinamakan Harvey Dent. Malangnya anak kucing itu hanya mampu bertahan dua hari akibat komplikasi.

SUMBER: Dailymail

TAOTAUAJER : Subhanallah, menakjubkan.. jarang sekali kita jumpa kucing yang terdapat dua muka seperti ini. Agak-agak kat malaysia pernah ada jumpa yang macam ini tak? - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Minggu, 19 Mei 2013

PELIK! - Bulatan Pelik Seperti Mata Ditemui Di Padang Pasir (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini satu kejadian yang misteri apabila dijumpai bulatan pelik seperti mata di jumpai di padang pasir. Banyak pulak perkara pelik yang dijumpai di padang pasir. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan kejadian pelik apabila hutan dijumpai di bawah padang pasir, bebola jeli unggu misteri dijumpai di padang pasir, dan bermacam lagi.


Gambar Bulatan pekeliling terkemuka di padang pasir Sahara Mauritania telah menarik perhatian sejak misi angkasa terawal kerana ia membentuk seperti "mata" dalam dalam bentuk yang sangat besar di padang pasir.

Digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai seperti fosil outsized di padang pasir, struktur, yang mempunyai diameter hampir 30 kilometer, telah menjadi satu mercu tanda bagi krew ulang-alik. Pada mulanya ditafsirkan sebagai satu struktur impak meteorit kerana tahap yang tinggi bundar, ia kini dianggap sebagai meningkatkan simetri yang telah didedahkan oleh hakisan. Quartzites Paleozoic membentuk.




TAOTAUAJER : Subhanallah menakjubkan, kejadian alam yang membentuk satu simetri yang telah disebabkan oleh hakisan dengan skala yang besar. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Selasa, 07 Mei 2013

BIAR BETUL! - Pokok Menjerit Apabila Dahagakan Air

TAOTAUAJER - Betul ker pokok menjerit apabila dahaga? Sepertimana yang kita tau pokok adalah sebahagian ekosistem utama dan hidup dengan menyerap air, karbon dioksida serta cahaya matahari.

Penyelidik menggunakan hidrogel untuk mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, menyebabkan pokok mengeluarkan bunyi

Ini satu perkara yang anih apabila sekumpulan saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang tercungap-cungap dahagakan air.

Sama seperti manusia membuat bising jika terdesak, pokok-pokok hidup menghasilkan bunyi ultrasonik kerana hendak menyerap kelembapan untuk terus hidup ketika kemarau.

Bunyi itu adalah seratus kali lebih cepat daripada yang boleh didengar oleh telinga manusia, tetapi pasukan yang diketuai oleh ahli fizik Perancis, Philippe Marmottant dari Universiti Grenoble percaya, mereka telah dapat memperlahankan bunyi tersebut untuk didengar semasa eksperimen makmal baru-baru ini.

Mereka menggunakan hidrogel terhadap pokok hidup.

Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara yang mengeluarkan bunyi

Gel ini kemudiannya mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, membolehkan penyelidik mendengar pokok mengeluarkan bunyi.

Bunyi terhasil daripada gelembung udara yang naik dan kemudian menghilang, proses yang dipanggil peronggaan.

Semasa daun pokok mengumpul karbon dioksida, ia membuka liang, menyebabkan pokok terdedah kepada kehilangan air.

Untuk mengatasi hal ini, pokok mengumpul air dari dalam tanah melalui sistem akarnya.Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara.

"Kita boleh menjejaki penyetaraan buih, dan apa yang kita dapati adalah majoriti bunyi yang kita dengar berkaitan dengan buih," kata Marmottant.

"Saya katakan majoriti, kerana mungkin ada sebab-sebab lain seperti keretakan di dalam kayu atau serangga. Tetapi majoriti bunyi yang berlaku semasa peronggaan (buih udara kecil yang muncul di dalam air) adalah disebabkan oleh buih ini."

Para saintis kini berlumba-lumba untuk mencuba dan menggunakan peralatan yang mampu mendengar bunyi-bunyi yang unik yang dihasilkan oleh alam semula jadi.

Marmottant berkata beliau dalam perbincangan awal dengan ahli biologi untuk menghasilkan sensor.

"Ahli biologi mempunyai pengalaman yang baik untuk melakukan hal ini, jadi kami berharap kajian kami akan membawa beberapa maklumat baru mengenai bunyi-bunyi yang boleh didengar daripada pokok-pokok," katanya.

SUMBER :MailOnline

TAOTAUAJER : Subhanallah, kalau kita boleh mendengar tumbuh-tumbuhan boleh menjerit apabila tak dapat air pasti menakutkan. Apa kata kalau saintis buat penyelidikan makhluk-makhluk yang bertasbih kepada allah. - Koleksi Biar Betul!