Tampilkan postingan dengan label Miracles of Allah Almighty. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Miracles of Allah Almighty. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 14 September 2013

SADIS! - Anak Gajah Menangis Selama Lima Jam Setelah.... (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kisah sadis meskipun ianya adalah haiwan namun Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Kesedihan yang di gambarkan dengan tangisan anak gajah bernama Zhuangzhuang menangis selama 5 jam tanpa henti.


Anak gajah ini menangis selama lima jam selepas ibunya menolak dia dan cuba untuk memijaknya hingga mati selepas melahirkan beliau pada 30 Ogos lalu kini pekerja zoo terpaksa memisahkan anak nie dengan ibunya.



Tetapi bersyukur kerana perkara-perkara yang berakhir dengan baik untuk binatang berkulit tebal ini dengan air mata.  Pekerja zoo  melaporkan kini Zhuangzhuang dalam keadaan baik sekarang.



nak sedih jugak.. huuuu
SUMBER : Carigold

TAOTAUAJER : Sadis pulak rasanyer, bayangkan kalau perkara seperti ini berlaku kepada kita... ibu yang kita sayang ingin membuang kita. memang sadis. Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Subhanallah - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Jumat, 02 Agustus 2013

SUBHANALLAH! - Gurun Pasir Ini Boleh Bergerak Menelan Hutan (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.


The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.


Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.









Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
SUMBER: AmusingPlanet

TAOTAUAJER : Subhanallah, menarik kejadian yang di ciptakan oleh Allah, tidak tercapai oleh akal kita. Mungkin pada tahun-tahun atau abad yang akan datang tempat ini akan menjadi padang pasir yang luas siapa tahu - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Kamis, 01 Agustus 2013

GEMPAR! - Bilal Meninggal Dunia Ketika Bersujud kepada Allah SWT (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Setiap daripada kita umat Islam dituntut berdoa supaya mendapat “husnul khatimah”, penyudah yang baik. Untuk mendapat penyudah yang baik amat sukar dan tak akan berlaku untuk kebanyakkan orang. Oleh itu kita kena berusaha untuk mendapatkannya.


Maha Suci Allah… Digemparkan semalam kejadian seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi mendapat penyudah yang baik apabila dilaporkan ditemui mati dalam keadaan bersujud kepada Allah SWT tengahari semalam. Subhanallah dan insyaallah beruntunglah beliau lelagi dibulan ramadhan ini.


Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.
SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Semoga keluarga arwah dapat menerima kehilangan orang yang tersayang ketika syawal bakal menjelma. Akhir hayatnya dlm husnul khatimah. Semoga kita juga akan dapat rezeki sedemikian. Amin... - Koleksi Miracles of Allah Almighty

Selasa, 30 Juli 2013

SUBHANALLAH! - Mujahid Mengalunkan Bacaan Al-Quran Tatkala Tangan Hancur Dalam Perang [VIDEO]

TAOTAUAJER - Subhanallah! mujahid ini mengalunkan bacaan Al-Quran tatkala tangan hancur dalam perang. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, dan ini bukanlah kali pertama tao pernah tunjukkan. Sebelum ini juga terdapat satu rakaman video remaja lelaki mengaji dalam keadaan koma.


Beginilah semangat jihad seorang mujahid. Gentar Yahudi bila melihat tentera Muhammad sebegini hebat.
Tao sendiri tidak pasti perang ini di mana, tetapi mungkin di Syria atu di Palestin. Satu yang pasti, suara lelaki ini memang sedap sekali ketika dia mengalunkan bacaan dan semangatnya begitu gagah sekali.



TAOTAUAJER : Subhanallah! Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, lihatlah betapa kuatnya semangat jihad seorang mujahid. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Senin, 29 Juli 2013

GEMPAR! - Objek Bercahaya Orang Rukuk Menjelma Sebelum Subuh (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gempar apabila Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh di bulan ramadhan ini. Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.


KOTA BHARU - Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Subhanallah, sekira apa yang dilihat oleh Irfan ini adalah benar inilah tanda kebesaran Allah yang di tunjukkan kepada irfan dan dia sangat bertuah dapat melihat kebesaran Allah tersebut. Semoga dengan kejadian sebegini dapat memberi kesedaran dan keinsafan. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Selasa, 16 Juli 2013

TAUTAK? - Inilah 6 Sebab Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

TAOTAUAJER - Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan? Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang menerangkan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt? 
Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepada ku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..

6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan

1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.


TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa mulia sungguh bulan ramadhan ini sehinggakan banyak manfaat yang kita dapat apabila berpuasa di bulan ramadhan. Pada bulan yang sama juga iblis dan syaitan di tangkap dan di siksa bagi memudahkan kita menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini - Koleksi Artikel Islamiah


Kamis, 13 Juni 2013

SUBHANALLAH! - Hajar Aswad merupakan Sumber Gelombang Elektromagnetik Bumi?

TAOTAUAJER - Hajar aswad merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi? biar betul. Sepertimana yang kita tahu hajar aswad adalah merupakan salah satu batu yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah. Ianya merupakan tempat permulaan dan akhir tawaf dan juga tempat yang paling mustajab dikabulkan doa.



Dalam Encyclopedia Americana ada menuliskan:
“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawa ataupun solat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil kajian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari besi yang ada di bumi.

 Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga dimana tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Ikuti Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad

Beberapa angkasawan yang berada di angkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata ia datangnya dari Bait Allah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi sebagai mikrofon yang disiarkan dan mencapai beribu-ribu batu menyiarkan liputan. 

Pada November 2012 seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu Makkah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.  


Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis :

Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.Wallahu a’lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.


TAOTAUAJER : Sungguh menakjubkan, dan tidak terfikir sendiri oleh fikiran kia dimana hajar aswad adalah merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi.


Minggu, 09 Juni 2013

SUBHANALLAH! - Bayi Lahir Dalam Ketuban Belum Pecah

TAOTAUAJER - Kebiasaannya, ketuban akan pecah sendiri ketika bayi lahir, yang biasa dirujuk sebagai “pecah ketuban”, pun begitu peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. tulah yang berlaku kepada seorang doktor yang menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.


Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.

Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak. Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.

Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.

Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.

Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.

Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali. Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.


“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica. Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven.

SUMBER : hmetro 

TAOTAUAJER : Subhanallah, meskipun peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang inilah tanda kebesaran Allah. Jangan la mudah-mudah lepas lahir tu buang anak merata-rata sesungguhnya bagi itu adalah tanda kebesaran Allah. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Minggu, 02 Juni 2013

SUBHANALLAH! - Pelik Kucing Berlidah Manusia [VIDEO]

TAOTAUAJER - Subhanallah, Pelik apabila kucing berlidah manusia. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan kat korang dimana ada seekor kucing yang yang mampu bercakap seperti manusia. Tapi kali ini kuasa Allah yang cuba di tunjukkan kepada kita semua, apabila dijumpai kucing sekecil itu memiliki lidah yang besar dan terjelir seakan-akan lidah manusia.


Berdasarkan daripada maklumat video dari Youtube dimana kucing tersebut di lahirkan di dalam sebuah kedai "kedai sabasun" di suatu tempat di Terengganu pada tahun 2010.

Menurut maklumat dari pada komen video tersebut menyatakan bahawa anak kucing tersebut hanya hidup 2 hari sahaja.

saksikan video kucing pelik berlidah manusia di bawah ini....



TAOTAUAJER:  Alhamdulillah, Allah swt bagi kucing tu hidup dua hari sahaja untuk memperlihatkan kepada kita akan keagunganNya.. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Senin, 13 Mei 2013

TAUTAK? - Semut Boleh Mengesan Akan Berlakunya Gempa Bumi

TAOTAUAJER - Kehadiran gempa bumi hanya boleh kita ketahui apabila kita merasakan gegarannya, tetapi tidak bagi satu ciptaan Allah ini iaitu semut. Dimana kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.


Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.


SUMBER :OurAmazing Planet

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau bukan setakat semut jer boleh meramalkan gempa bumi , di China Anjing digunakan bagi meramal gempa bumi dan manakala di jepun tikus . Ini dimana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku. Subhanallah, deria haiwan melampaui batas kita seorang manusia. Tengoklah sekecil-kecil haiwan tetapi ia juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kita. Dengan itu bukan suka-suka sesuatu itu di jadikan tanpa sebab Allahuakbar!

Minggu, 21 April 2013

SUBHANALLAH! - Ibu Dolphin Membawa Anaknya Yang Telah Mati (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Terdapat sebuah kisah yang menyayat hati yang melibatkan ibu Dolphin. Menurut berita, kejadian ini berlaku di pusat lawatan ikan lumba-lumba di China. Ketika seorang pelancong sedang mengambil gambar, kelihatan ibu dolphin ini sedang berusaha gigih membawa anaknya yang telah mati pada kelajuan 40 kilometer sejam.


Ia dilihat merempuh ombak lautan untuk membawa anaknya yang difikirkan tidak pandai berenang walhal anaknya sudah mati. Beberapa kali anaknya tenggelam dek dilanggar ombak namun ibunya turun semula untuk membawa anaknye ke atas lautan.  



TAOTAUAJER : Subhanallah, tengoklah bertapa sayang ibu ikan tersebut terhadapa anaknya. Itu binatang tetapi mempunyai naluri kasih dan sayang. Allah swt juga mencampakkan perasaan kasih sayang sesama haiwan. Betapa syahdunya melihat ikan lumba-lumba ini, kemana ibu ikan tersebut nak bawak anak nyer yang mati itu, wallahualam. - Koleksi Miracles of Allah Almighty


Jumat, 19 April 2013

SUBHANALLAH! - Jerung Berkepala Dua Dijumpai Rekod Kedua Dalam Sejarah (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah ikan jerung berkepala dua untuk kali kedua dijumpai di lautan hindi, kalau sebelum ini tao ada tunjukkan ikan berkepala dua yang pertama kali dalam sejarah ditemui di Teluk Mexico (LINK). Subhanallah inilah tanda kebesaran Allah yang tidak terfikir buat kita dimana ia boleh berlaku bukan dalam jangkaan kita, selaiin itu bukan ikan sahaja pernah di rekodkan berkepala dua tao juga ada tunjukkan pelbagai koleksi kejadian berkepala dua dalam blog taotauajer ini.




SUMBER : Reddit

TAOTAUAJER : Inilah tanda kebesaran Allah yang menjadikan sesuatu di dunia ini , dan kejadian aneh seperti ini baru dua kali di rekodkan didunia ini. Apakah ini semua berlaku di sebabkan oleh kita manusia yang telah mencemarkan lautan sehinggakan kehidupan di lautan bermutasi? Apakah ia angkara kebocoran radiasi Fukushima? - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa