Tampilkan postingan dengan label Pelik dan Unik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pelik dan Unik. Tampilkan semua postingan

Jumat, 13 September 2013

OMG! - Menggelikan Telan Sotong Hidup Hidup Di Seoul (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai. Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.


Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.



SEORANG pengunjung lelaki cuba menelan sotong hidup di pesta berkenaan.

Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. – Agensi
Sumber myMetro

TAOTAUAJER : owh memang giller dan menjijikkan apabila makan haiwan yang mentah apatah lagi haiwan tersebut masih hidup. Haiwan seperti sotong yang masih hidup kelihatan menggelikan untuk dimakan begitu sahaja kerana tentakelnya masi bergerak-gerak. Korang sanggup?  - Koleksi OMG!


Selasa, 16 Juli 2013

PELIK! - Cendawan Berbentuk Tangan Zombie Ditemui (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sememang nyer kekayaan flora dan fauna dunia sangatlah luas dan bermacam rupa bentuk dari yang biasa sampailah yang pelik bahkan yang belum pernah kita lihat sebelumnya, seperti gambar ini.


Spesies cendawan baru yang telah ditemui mempunyai nama latin Clathrus Columnatus atau juga disebut Octopus Stinkhorn dan boleh juga disebut sebagai “Deadman’s Finger” berbentuk Tangan Mayat atau Tangan Zombie.

Cendawan aneh ini menjadi perhatian orang-orang sekitar kerana bau nya yang sangat busuk seperti bau ikan mati atau tikus mati.




Bentuk dan strukturnya yang menyerupai tangan, tumbuhan aneh ini tergolong sebahagian dari cendawan, bentuk dari cendawan ini sangat mirip tangan mayat, yang seakan akan keluar dari tanah kubur, inilah alasannya kenapa cendawan ini dinamakan sebagai cendawan Tangan Zombie, ada alasan lain mengapa dinamakan seperti itu, kerana asalnya dari tanaman(cendawan) ini adalah benih yang tersimpan selama bertahun tahun di dalam baja kompos.

SUMBER: orimath.blogspot.com

TAOTAUAJER : Pelik sungguh, jarang-jarang kita lihat benda macam ini.. memang patut pun dibagi nama Deadman’s Finger dah la macam tangan, busuk pulak tu. - Koleksi Pelik dan Unik


Sabtu, 16 Maret 2013

PELIK! - Bojana Danilovic, Melihat Dunia Dalam Keadaan Terbalik (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sekiranya surat khabar yang kita lihat dalam keadaan terbalik, kita sendiri akan menterbalikkan semula, samala juga seperti televisyen, jika ia dalam posisi yang yang tidak menegak, ia akan menyukarkan kita untuk menontonya. Tetapi tidak kepada wanita ini, apabila dipercayai mempunyai gaya hidup yang pelik. 


Gaya hidup yang dimaksudkan di sini adalah, penglihatannya lebih suka melihat dalam keadaan terbalik seperti menonton tv dan membaca surat khabar dalam keadaan sebaliknya.


Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.



Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.


BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

SUMBER: The Sun, Odditiescentral

TAOTAUAJER : Pelikkan... apabila kita lihat ade orang yang membaca paper dalam keadaan pelik malahan menggunakan keyboard dan juga menghadap skrin komputer dalam keadaan terbalik. lagi pulak apabila kat rumah menonton television dalam keadaaan terbalik. Ini dah kira satu kecacatan tetapi ia boleh dikatakan sebagai kecacatan yang pelik belum ada yang pernah berlaku seperti ini. - Koleksi Pelik


Rabu, 20 Februari 2013

WOW! - Kubur luar biasa bagi samseng Rusia terbunuh dalam peperangan mafia (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di Moscow walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah di Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.


Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia. Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 29 Januari 2013

WOW! - Iran hantar monyet ke angkasa lepas (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.


Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 24 November 2012

UNIK! - Ritual Unik Di Jepun Mandi Dengan Air Ais Menyambut Tahun Baru (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Musim sejuk mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan mandi menggunakan air ais, salah satu ritual mandi air ais terdapat di negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Jika melompat ke dalam air berisi ais bukanlah idea yang menyenangkan, maka berbeza halnya dengan apa yang berlaku di Jepun.


dan berbagai sumber lainnya, para lelaki dan wanita di Jepun berduyun-duyun melompat ke sebuah kolam penuh air ais.

Masyarakat Tokyo, Jepun, memiliki sebuah tradisi unik menyambut tahun baru. Puluhan warga Jepun menyiramkan air ais sejuk ke tubuhnya. Walaupun berada pada suhu 48 darjah F, para peserta harus membasahi tubuh dengan air sejuk. 

Para pesertapun terlihat sangat bersemangat. Kelihatannya gila untuk dilakukan, tetapi mereka percaya tradisi ini biasa dilakukan dalam sebuah upacara untuk membersihkan fikiran dan tubuh siap untuk tahun baru. Serta sebagai tanda penyucian diri dari dosa-dosa di masa silam.




TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu. Tetapi kalau terlalu sejuk ia juga merbahayakan. - Koleksi Pelik dan Unik


Jumat, 23 November 2012

PELIK! - Apabila Rumah Berada Di tengah Jalan Raya (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Rumah di bina di tengah-tengah jalan raya? Ini lagi satu yang pelik di china. Jap jangan salah sangka dimana binaan ini sebenarnya sememangnya di situ dan satu projek pembinaan jalan raya yang dilakukan apabila pemilik banggunan tersebut enggan berpindah dari rumah tersebut.



Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang, China. Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 17 November 2012

PELIK! - Model Kenderaan di Temui Sewaktu Zaman Batu (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penemuan yang memeranjatkan dan aneh apabila satu model kenderaan yang ada pada masa sekarang dijumpai pada zaman batu melalui bukti penemuan satu kenderaan mainan yang berusia kira-kira 7500 tahun yang lalu dimana sewaktu itu dikatakan adalah Zaman Batu.


"kenderaan permainan" dipamerkan bersama boneka mainan dan whistle (semuanya diperbuat dari batu) di Museum Mardin. Arkeolog Mesut Alp melaporkan bahawa kenderaan mainan itu paling tidak berusia 7.500 tahun atau bertarikh kembali ke akhir Zaman Batu.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 13 November 2012

WOW! - Menakjubkan Padi Bercahaya Pink di Jepun (6 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Permandangan yang menakjubkan pabila Padi bercahaya Pink di Malam hari di Jepun. Biasa kita lihat titik-titik cahaya bintang di langit, tapi ini pula bintang-bintang pink menyinari di Sawah padi dimana Sawah padi ini dipasangkan 20,000 LED merah jambu dan memecahkan rekod dunia.


Sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepun kini muncul dalam Guinness Book of World Records dan telah didaftarkan sebagai Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) tahun lepas, sebagai tapak yang unik dan bernilai.

Saksikan lagi gambar-gambar panorama memukau pemandangan di bawah ini..

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 10 November 2012

BIAR BETUL! - Untuk menjadi Pilot ketiak harus di Cium ? (3 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Biar betul Ketiak dicium sebagai salah satu keperluan untuk menjadi seorang juruterbang? Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China. Lain pula ceritanya di China apabila ketiak busuk tak boleh jadi pilot.


Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan. Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

WOW! - Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Kahwin (5 Gambar)


TAOTAUAJER - Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Kahwin, satu penantian yang lama apabila menunggu sehingga 88 tahun untuk mengambil gambar kahwin.Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan. Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu.


Tetapi bagi pasangan ini di Nanching China, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka. Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.



[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 06 November 2012

BIAR BETUL!- Hotel Kiamat Bentuk Piramid di Korea Bangunan Terburuk dalam Sejarah Peradaban Manusia (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Hotel Kiamat berbentuk piramid setinggi 105 tingkat di Korea Utara akan di buka tahun depan sejak lebih 20 tahun lalu. Hotel ini diberi nama 'Hotel of Doom' iaitu ‘Hotel Kiamat’, dan ia juga dilabelkan sebagai bangunan terburuk dalam sejarah peradaban manusia.


Sebahagian Hotel Ryugyong diharap dapat dibuka pertengahan tahun depan, 26 tahun selepas pembinaannya bermula.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 01 November 2012

WOW! - Menakjubkan! China bina Tangga Ke Syurga (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - WOW terbinanya tangga ke syurga di China | Stairway To Heaven Hanya Di China. Sekiranya anda melihat tangga ini sudah cukup untuk membuat siapa pun kagum melihatnya. Tangga spiral ini dengan ketinggian 300 kaki atau 91 Meter telah dipasang di dinding Pegunungan Taihang di Linzhou untuk menawarkan sensasi gunung tanpa bahaya.



Pejabat pelancong China di Linzhou, Henan provinsi, berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman nyata dari pergunungan.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 31 Oktober 2012

OMG! - Black Ivory kopi dari najis gajah dijadikan minuman ? (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Biar betul kopi tahi gajah bakal terokai pasaran ? Mungkin korang penah dengar perkara yang sama seperti ini seperti mana kopi lawak atau kopi tahi musang yang merupakan kopi termahal di dunia iaitu dihasilkan di Indonesia, durian termahal dari kotoran gajah dan juga teh termahal dari tahi panda.


Tapi terdapat satu keunikan di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 24 Oktober 2012

NGERI! - Pemuda Berguling Di Atas Katil Duri Di China (13 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Berguling di atas katil duri di China? Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Dimana kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Menggerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.


Kalau korang nak tau ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China. Menurut weibo.com dimana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.

Lagi gambar di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 06 Oktober 2012

UNIK! - Air sungai yang menakjubkan berwarna hijau Neon di Kanada (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Air sungai yang menakjubkan apabila ia berwarna hijau Neon di Kanada | Seperti mana sebelum ini pelbagai warna sungat yang tao pernah tunjukkan seperti sungai pelangi, sungai darah, sungai susu, dan kali ini pula tao bawakan pada korang sungai dengan warna hijau neon di Kanada. 


Kalau korang nak tau Sungai ini terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai “Fluorescein” menyebabkan air sungai tersebut kelihatan hijau.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

PELIK! - Biri-Biri Berkepala Terbalik Ditemui Di London (2 Gambar)

TAOTAUAJER - Biri-Biri Berkepala Terbalik Ditemui Di London (2 Gambar) | inilah kejadian pelik yang berlaku di London sepertimana sebelum ini tao ade tunjukkan video kambing yang pelik apabila lahir dengan muka seperti makhluk asing dan berkaki 8 kali ini pula kambing biri-biri berkepala terbalik dijumpai.


Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 01 Oktober 2012

SUBHANALLAH! - Video Kambing dengan wajah manusia dengan 8 kaki terlahir (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kalau sebelum ini tao ade tunjuk pasal bayi yang terlahir dengan kaki seperti kambing ini pula video yang tersebar di alam maya beberapa hari yang lepas dimana seekor kambing yang terlahir dengan muka seperti alien dan juga mempunyai 8 kaki.


Kelahiran pelik apabila mempunyai 8 kaki dan kepala yang menyerupai manusia. Saksikan video di bawah ini....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 30 September 2012

OMG! - Simpan Mayat Anak dalam Peti Ais kerana Rindu (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.


Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 29 September 2012

OMG! - Jom Lihat Tengkorak Ratu Cantik Disimpan Di Dalam Perut (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Agak aneh cara perubatan ini dimana tengkorak ratu cantik disimpan di dalam perut. Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.


Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>