Tampilkan postingan dengan label China Hebat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label China Hebat. Tampilkan semua postingan

Kamis, 12 September 2013

HEBAT! - Ibu Muda Tunggang Basikal Sambil Susukan Anak

TAOTAUAJER - Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.


Saksi berkata, wanita itu menyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal. Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.

AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik. Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi

TAOTAUAJER : Memang hebat , dalam sambil naik basikal pon sempat lagi menyusukan anak. Dah tak sempat kot agaknyer ada tempat yang perlu di pergi. Memang  ia kelihatan hebat tetapi boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga kanak-kanak tersebut. - Koleksi Hebat


Minggu, 14 Juli 2013

WOW! - The New Century Global Centre, Bangunan Terbesar Dunia Dibina China (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau Dubai mempunyai banggunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa , tetapi kini China mendakwa mempunyai bangunan yang terbesar di dunia. The New Century Pusat Global, di wilayah Sichuan di negara tersebut, dibuka pada 28 Jun.


Tidak kira sama ada anda hendak membeli-belah, berenang, meluncur ais, berjemur atau, semuanya boleh dilakukan di bangunan paling besar di dunia.

Pusat Global New Century di Chengdu, wilayah Sichuan, China mampu memuatkan 20 Sydney Opera House atau tiga Pentagon di dalamnya.

Dengan keluasan 19 juta kaki persegi, ia mengandungi pusat beli-belah, sebuah perkampungan ala Mediterranean, taman air, gelanggang luncur ais dan beberapa hotel.

Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai cuaca di dalam bangunan kaca itu kerana kompleks gergasi itu mempunyai matahari tiruan sendiri.


Panjang bangunan itu ialah 500 meter, lebarnya, 400 meter dan tinggi, 100 meter. Bangunan itu yang terletak bertentangan dengan Pusat Seni Kontemporari Chengdu, direka oleh arkitek Britain keturunan Arab, Zaha Adid.

Menurut pegawai China, Pusat Global New Century itu adalah bangunan yang berdiri sendiri terbesar di dunia dan mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.





“Ini ialah bandar raya lautan yang dibina manusia,” kata pemandu pelancong tempatan, Liu Xun. Menurutnya, matahari buatan manusia yang dibina dalam bangunan itu mampu membekalkan cahaya dan suhu panas sepanjang 24 jam sehari untuk pengunjung membeli-belah di butik dan kedai yang seluas 400,000 meter persegi.

Kita saksikan pula video ini....



SUMBER : ibtimes, Hmetro, huffingtonpost, Youtube

TAOTAUAJER : Lihat lah China.. sekali lagi China.. Berani menandingi negara-negara besar dalam teknologi kejuruteraannya, dimana berjaya menghasilkan satu banggunan yang paling besar di dunia sebagai mercu tanda gah negara mereka. - Koleksi Structure!

Senin, 20 Mei 2013

WOW! - Jom Kita Lihat Dumbell Angkat Berat Versi China! (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pelik-pelik pulak sukan dari negara china nieh... kalau biasa dumbell dah tentulah besi yang di angkat tapi lain pulak ceritanya di China. Jom kita lihat....



TAOTAUAJER : Ahaaa.. kesian babi tu yang jadi sebagai pemberat. Ini dah macam satu penganaian tehadap binatang. Tengok mulut babi tu.. tercungap-cungap la kot. - Koleksi only in China

Senin, 22 April 2013

SERIUS! - Wartawan Lari Dari Majlis Perkahwinan Demi Melaporkan Gempa Bumi Di China [VIDEO]

TAOTAUAJER - Demi menyampaikan berita kepada orang ramai, salah seorang reporter berita di China dengan rela meninggalkan upacara perkahwinannya sendiri demi melaporkan gempa dahsyat yang menimpa kota Ya’an, China pada sabtu 20 April lalu.


Saksikan video rakaman hasil liputan gempa bumi dengan gaun perkahwinanya di bawah ini.

Sewaktu itu, Chen Ying muncul dengan mengenakan gaun pernikahan, lengkap dengan tudung putih dan gelang bunga yang cantik di tangannya. Meskipun begitu, Chen Ying masih boleh melaporkan gempa bumi yang membunuh setidaknya 207 orang dan mengakibatkan kecederaan ribuan orang, di tempat kejadian.

Chen sedang dalam perjalanan menuju pernikahan ketika dia mendengar gempa bumi dahsyat menimpa Ya’an. Lalu ia memanggil juru kamera dan mulai melaporkan insiden tersebut, sementara ia masih mengenakan gaun pengantinnya.


“Saya berdiri di Holiday Plaza. 15 minit yang lalu, sebuah gempa kuat melanda. Tapi belum ada yang terbunuh di daerah ini di mana aku berdiri,” katanya dalam lembaran berita.

Gambar Chen Ying yang tengah mewawancara penduduk tentang gempa berkekuatan 6,6 skala ritcher itu sendiri mulai menyebar di laman-laman web blogging Sina Weibo. Ramai orang yang memuji kegigihannya dalam melaksanakan profesionnya dengan penuh pengabdian.

Setelah 10 minit menginformasikan berita tentang gempa bumi yang berlaku, Chen kembali untuk melangsungkanperkahwinannya dan setelah upacara selesai ia pun kembali bekerja.



SUMBER : digitalspy.co.uk
TAOTAUAJER : Perghhh, memang betul-betul wartawan abadi. Sewaktu majlis perkahwinannya sendiri sempat lari sekejap membuat liputan gempa bumi yang sedang berlaku. - Koleksi China Hebat

Rabu, 17 April 2013

HEBAT! - Penyeluk Saku Menggunakan Chopstik untuk Mencuri Di China (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mungkin ini adalah pertama kali kita lihat penyeluk saku yang hebat di mana ia menggunakan penyepit chopstik untuk mencuri apa yang ada di dalam poket mangsanya. Jom kita lihat....





TAOTAUAJER : Dalam sekelip mata penyeluk saku ini menfapat telefon bimbit menggunakan chopstik, yang lagi pelik tak nampak macam pencuri pon orang nie, Siap berkod bagai pulak. - Koleksi China Hebat

Rabu, 03 April 2013

SADIS! - Beginilah Bagaimana Seorang Budak Untuk Mendapatkan Roti (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di negara kita roti rosak atau tak sedap sikit jer budak-budak sekarang memang pandang sebelah mata jer. Tapi lain ceritanya di China beginilah kesusahan budak-budak yang tiada tempat tinggal ataupun sangat susah di china, perlu memerah tenaga bagi mendapatkan sesuap roti.













TAOTAUAJER : Lihatlah betapa susahnya untuk mendapatkan sesuap roti, sehinggakan budak kecil ini membuat aksi-aksi yang dapat menarik perhatian orang ramai, kalau di lihatkan dari tubuh badan budak ini rasanya budak nie berumur 8 atau 9 tahun jer. - Koleksi Mereka yang Hebat

Sabtu, 30 Maret 2013

COOL! - Gelongsor Kecemasan dari Pereka China (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lagi China mari, kali ini kita saksikan satu penciptaan yang tidak canggih tapi bijak apabila Zhou Miaorong (70) yang berasal dari Shanghai China mencipta sistem gelongsor kecemasan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan proses mengosongkan bangunan ketika kebakaran.


Menurut Zhou, seseorang individu hanya memerlukan 14 saat untuk turun dari tingkat lima bangunan menggunakan sistem gelongsong ciptaan beliau.


 

TAOTAUAJER : Amacam cool bukan... dengan adanya benda ini maka lebih cepat pengosongan banggunan dapat di buat dan dapat mengurangkan risiko dan jumlah mangsa yang terkorban. Tapi nie kalau kat malaysia alamatnye benda nie jadi permainan budak-budak la nanti, dan silap-silap orang besar pon main jugak... hehee - Koleksi China Hebat


Rabu, 20 Maret 2013

WOW! - Dian Dian, Anjing Kudung Yang Berjalan Dengan Dua Kaki (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ia kelihatan mustahil untuk berjalan bagi anjing kecil ini apabila dilahirkan kudung tanpa dua kaki depannya. Namun begitu berterima kasih kepada pemilik beliau telah mengatasi kecacatan dan belajar bagaimana untuk berjalan.


Anjing kecil ini sekarang menghabiskan hari beliau dapat mengelilingi sekitar kaki bandar disebabkan ketabahan pemiliknya. Cen Lan yang tinggal di Nanning, ibu kota Wilayah Guangxi di selatan China, membela anjing tersebut semenjak enam tahun lalu.


Haiwan Seorang jiran melahirkan enam anak, dan salah seeekor daripadanya menghairankan tidak mempunyai kaki hadapan. 'Anjing ini adalah salah satu daripada enam anak anjing dalam sampah dan lima lagi sihat di bela,manakala yang satu ini dinggalkan dia bersendirian,' jelasnya.


'Saya boleh membaca dari matanya bahawa dia kecewa dan dia tidak sabar-sabar untuk berjalan.
'Saya kemudian mengambil dia tanpa teragak-agak.'


Menurut Cen Lan, Dian Dian mulanya berpindah seperti anjing laut, menolak badannya ke hadapan dengan kaki belakang beliau. Tetapi Cen Lan telah bertekad untuk membantu anjing kecil itu belajar untuk mengatasi ketidakupayaan beliau.

Dia datang dengan pelan latihan untuk membantu Dian Dian mempelajari bagaimana untuk menggunakan kaki belakang beliau. 'Saya menggunakan makanan untuk melatih beliau untuk berdiri, walaupun untuk kali kedua, jelasnya.
SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER : Sadis apabila diketahui anjing yang cacat ini di buang di dalam tong sampah kerana kecacatannya, namun begitu masih ada yang berhati murni untuk mangambil anjing ini dan mengajarnya berjalan. Jangan pulak bila dah jadi macam ini pemilik asalnya nakkan balik anjing ini. Bila tak nak dibuang, bila dah keluar paper macam nie nak balik pulak. - Koleksi China Hebat

Kamis, 14 Maret 2013

SERIUS! - China Mendidik Kanak-Kanak Membaca & Menghafal Al-Quran [VIDEO]

TAOTAUAJER - Di saat negara kita Malaysia sibuk mencari dan mendidik anak-anak kita dengan program "Anak Didik Bintang Mencari Bintang TV3" untuk menjadi Malaysian Idol ataupun Artis di masa hadapan. Tapi sebaliknya di Negara China.......


Mereka sedang sibuk dengan mendidik anak-anak mereka dengan membaca dan menghafal Al-Quran. Adakah kita sebagai ibu bapa tidak ingin untuk menyelamatkan generasi Al-Quran yang diharapkan Rasulullah saw?

Mari sama-sama kita saksikan video di bawah ini...



TAOTAUAJER : Meskipun di dalam internet kita sering mendengar berita yang pelik dan tak masuk akal mengenai masyarakat negara China, tapi mereka tetap mempunyai beberapa kebaikan yang kita tidak tahu.

Jumat, 28 Desember 2012

KREATIF! - Ukiran Unik di Atas Telur Dari Seniman China (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kreatif Ukiran Unik di Atas Telur | Seorang seniman berasal China, Wen Fuliang membuat karya seni sebuah ukiran yang rumit dari kulit telur. Hasilnya pun memukau mata.


Wen, seorang seniman asal Provinsi Shaanxi, sebelumnya bekerja sebagai pemahat kayu namun setelah ia dipecat dari pekerjaannya itu ia beralih untuk membuat suatu ukiran dari media yang luarbiasa, hal ini ia lakukan untuk memenuhi keperluan hidupnya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 04 November 2012

WOW! - TONY STARK china hasilkan bola gergasi untuk selamatkan diri dari Kiamat (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lelaki china hasilkan bola gergasi untuk selamatkan diri dari Kiamat. Masih korang ingat sebelum nie tao ade tunjukkan ciptaan jepun bagi mengelakkan diri dari di timpa bencana dan terciptanya kapsul mini bahtera Nuh. Kali ini lelaki di China pula menghasilkan bola gergasi bagi menyelamatkan diri dari Kiamat.


Bola gergasi tersebut dipanggil 'Ark', 'Ark' ini dikatakan mampu selamatkan manusia dari hari kiamat. Dia membelanjakan sebanyak RM 750,000 untuk membina bola gergasi ini. 'Ark' ini diperbuat daripada 300 spring, 75 airbag dan juga besi.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>