Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan

Selasa, 10 September 2013

INFO! - Inilah 5 Negara Paling Bahaya Untuk Wanita

TAOTAUAJER - Pelbagai berita global yang kita dengar dari media akan kekejaman terhadap kaum yang lemah iaitu wanita. Info buat korang dimana setiap enam jam akan terdapat seorang mangsa rogol, atau dengan kata lain empat orang akan menjadi mangsa rogol setiap hari. Jom lihat 5 negara yang paling bahaya untuk wanita.


Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.


Rabu, 10 Juli 2013

BAHAYA! - Kesan Buruk Merokok Selepas Berbuka Puasa (MESRI BACA)

TAOTAUAJER - Ramadhan tiba lagi, di kesempatan ini tao mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia kepada semua pembaca. Sepertimana yang kita biasa lihat bila waktu berbuka sahaja pasti perokok-perokok akan isap rokok terlebih dahulu sebagai juadah berbuka kalau tak pun selepas berbuka.


Tahukah korang? Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


TAOTAUAJER : Dari perkongsian ini, disarankan janganlah berbuka dengan menghisap rokok dan kalau boleh berhenti jer terus menghisap rokok tu kerana ia membahayakan kesihatan. - Koleksi Info Puasa


Rabu, 17 April 2013

TAUTAK? - Bahaya Pakai Bra Dan Seluar Dalam Semasa Tidur

TAOTAUAJER - Pernah tak korang dengar tak elok kalau memakai memakai bra dan seluar dalam ketika tidur ? Hasil Penyelidikan di Sydney, Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.


Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

TAOTAUAJER : Ok beringat tau! nampak macam remeh jer tetapi kesannya boleh membawa padah kepada diri kita, mohon share kepada orang yang tersayang supaya mereka tahu akan bahayanya  memakai memakai bra dan seluar dalam ketika tidur. - Koleksi Kesihatan


Selasa, 19 Maret 2013

SERIUS! - Inilah Akibat Tersilap Melakukan Jump Start Kereta (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kebiasaaannya apabila kereta kita tidak boleh start di sebabkan oleh bateri kong pastinye kita akan meminta bantuan dari kereta lain untuk membuat jump start supaya bateri tersebut dapat di charge seketika sementara untuk di bawa ke bengkel. Namun begitu terdapat satu kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tersilap melakukan Jumpa Start kereta dan ini lah yang terjadi.







SUMBER : Gempak.Org

TAOTAUAJER : Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri. Kalau dah macam nie.. hrmm memang menangis la di sebabkan bateri dengan harga ratusan ringgit yang rosak di sebabkan kecuaian dua bijik kereta melayang. 


Rabu, 13 Maret 2013

SERIUS! - Taukah Korang Internet Tanpa Wayar (WiFi) Menjejaskan Sperma?

TAOTAUAJER - Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa?


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.

Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki.

“Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma,” menurut Avendano lagi.

Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu.

TAOTAUAJER : Alamak, dalam tidak sedar mereka yang duduk di rumah dengan wifi mendatangkan kemudaratan jangka masa panjang apabila menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma. Bagi mengurangkan risiko ini janganlah korang online sambil letak laptop di atas riba atau lebih tepat di atas organ pembiakan nanti tak pasal tak dapat anak. - Koleksi Kesihatan

Kamis, 13 Desember 2012

OMG! - Cara paling merbahaya melukis Graffiti (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mari kita lihat beberapa orang yang begitu ekstrem melukis graffiti pada tempat yang tinggi dan sangat merbahaya.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 10 November 2012

OMG! - Berani mati,Jurugambar ambil gambar anaconda secara dekat (6 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.


Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 23 September 2012

OMG! - Gambar artis lucah Maria Ozawa pada buku latihan sekolah (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Dunia pendidikan di Indonesia kembali dibuat resah apabila gambar pelakon lucah porno terkenal Maria Ozawa atau di kenali Miyabi terdapat di dalam buku latihan pelajar sekolah menengah di negara tersebut.


Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Saksikan gambar di bawah ini buku latihan yang mengandungi maria ozawa.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 14 September 2012

GEMPAR! - Planet Musytari selamatkan bumi dari Meteor besar [VIDEO]

TAOTAUAJER - Subhanallah! Kita bernasib baik pada isnin lepas, Planet Musytari selamatkan bumi dari Meteor besar apabila musytari di langgar dengan meteor yang besar sehinggakan dapat di rakamkan.


Kejadian ini telah ditemui oleh ahli astronomi amatur yang berpangkalan di Bumi AS dan terlihat musytari di hentam meteor sekiranya musytari tiada pada kekudukannya pada masa itu maka meteor tersebut akan menghentam bumi.

Saksikan Video di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 11 September 2012

NGERI! - Kepala budak tersepit di eskalator (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ngeri apabila seorang budak perempuan berusia 12 tahun kepalanya tersepit di antara eskalator yang bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, pada 10 SEPT 2012.


Budak perempuan tersebut mengalami cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator yang sedang bergerak.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 10 Juni 2012

OMG! - Ular ini masih mengganas meskipun kepala sudah putus [VIDEO]

TAOTAUAJER - Satu video yang di rakamkan di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang, dimana ular yang hanya tinggal kepala tersbut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa.


Saksikan video di bawah ini.....

Minggu, 27 Mei 2012

OMG! - Mendengarkan Lagu di iPhone boleh mendatangkan bahaya (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Satu kejadian ngeri yang berlaku kira-kira kepada seorang lelaki di China sewaktu beliau mendengar beberapa lagu-lagu pada iPhone entah macamana telefon iPhone tersebut meletup di tangannya.


Jom lihat apa yang tangannya kelihatan seperti , selepas letupan itu....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 15 Maret 2012

Wow! - NASA membuat simulasi 1 megaton nuklear meletupkan Asteroid ! [VIDEO]

TAOTAUAJER - Masih ingat tak post tao yang lepas dimana NASA mengenalpasti asteroid akan melanggar bumi dalam 2040 ? Beberapa hari yang lepas Nasa telah membuat simulasi bagi memusnahkan Asteroid tersebut.


Saintis kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mensimulasikan bom 1 megaton nuklear untuk memusnahkan asteroid secara besar-besaran yang menuju ke Bumi.

Serius deorang nak buat macam cerita blockbuster Hollywood Armagedon.

Saksikan lagi penerangan berserta dengan video di bawah!
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 28 Februari 2012

Armageddon! - NASA mengenalpasti asteroid akan melanggar bumi dalam 2040

TAOTAUAJER - NASA mengenal pasti asteroid yang baru dimana berkemungkinan mendatangkan ancaman akan melanggar bumi dalam 2040. Asteroid dengan kebarangkalian satu dalam 625 , akan menghentam Bumi dalam jangkamasa 30 tahun telah dikenal pasti oleh NASA.

Asteroid 460 kaki dinamakan 2011 AG5 adalah berpotensi untuk menghentam planet ini pada 5 Februari, 2040.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 03 Desember 2011

OMG! - Hanya Dengan Ketawa Boleh Membuatkan Kepala Perempuan ini Meletup!

TAOTAUAJER - Kesian kat perempuan nih, kerana dia tidak boleh untuk bergelak ketawa. Jika dia ketawa, ini akan membuatkan kepala meletup. Dengan itu,Carolyn Gibbons, 23, berusaha keras supaya selalu memiliki emosi yang stabil sepanjang waktu.


Terlalu senang dan ketawa boleh membuatkan wanita ini mengalami sesuatu yang membahayakan nyawanya dan membawa kepada kematian.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 23 Oktober 2011

Wow! Satelit ROSAT terhempas di Asia Tenggara

TAOTAUAJER - Seperti yang telah dijangka kan oleh para saintis dimana ROSAT satelit 3 tan bakal jatuh dalam lingkungan dari jumaat minggu lepas +day dan hari ini satelit tersebut telah jatuh ke bumi.

Satelit penyelidikan Jerman yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 20 Oktober 2011

GEMPAR! ROSAT satelit 3 tan bakal jatuh dari Jumaat minggu ini

TAOTAUAJER - Sebelum ini tao telah mengeluarkan berita dimana ROSAT satelit 3 tan bakal Jatuh ke BUMI. Dari Jumaat minggu ini satelit tiga tan jatuh ke Bumi, DLR Agensi Aeroangkasa Jerman mengeluarkan amaran hari ini.


Satelit ROSAT akan masuk semula ke bumi antara 21 dan 24 Oktober, saintis meramalkan, dan boleh memudaratkan mana-mana sahaja di muka bumi di antara 53 darjah utara dan 53 darjah selatan - sesuatu kawasan yang menjangkau dari jauh ke utara seperti UK , jauh ke selatan Kepulauan Falkland.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 11 Oktober 2011

GEMPAR! ROSAT satelit 3 tan bakal Jatuh ke BUMI

TAOTAUAJER - Bulan lalu, satelit Upper Atmospheric Research Satellite (UARS) milik NASA yang memiliki berat enam ton, jatuh ke Bumi di kawasan Afrika. Kali nih, satu lagi satelit akan jatuh ke bumi kali nih 3tan pulak bakal jatuh iaitu ROSAT.

Photobucket

LONDON – Para saintis memperkirakan bahwa sebuah satelit lainnya, berupa teleskop orbit akan jatuh ke Bumi, dengan berat hampir tiga ton.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 22 September 2011

GEMPAR! | Satelit Seberat 5 Tan diramal Terhempas Ke Bumi Jumaat esok !

TAOTAUAJER - Sebelum ini tao pernah post bagi tau pada korang dimana ura-ura NASA ada satelit usang yang akan jatuh ke bumi. Korang boleh baca post yang sebelum nyer KLIK SINI.
Fakta menarik menegenai ura-ura berita satelit seberat 5 tan bakal terhempas ke bumi.

Kali ini pulak, NASA telah meramal Satelit usang tersebut akan jatuh kebumi pada jumaat ini.

Sebuah satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebesar bas pesiaran yang berusia 20 tahun diramal jatuh ke bumi pada Jumaat ini.

Saksikan video Satelit 5 tan yang bakal terhempas ke bumi dibawah ini

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>