Tampilkan postingan dengan label Kejam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kejam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 10 September 2013

INFO! - Inilah 5 Negara Paling Bahaya Untuk Wanita

TAOTAUAJER - Pelbagai berita global yang kita dengar dari media akan kekejaman terhadap kaum yang lemah iaitu wanita. Info buat korang dimana setiap enam jam akan terdapat seorang mangsa rogol, atau dengan kata lain empat orang akan menjadi mangsa rogol setiap hari. Jom lihat 5 negara yang paling bahaya untuk wanita.


Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.


KEJAM! - Wanita Ini Dipotong Hidung dan Telinga Kerana Meninggalkan Suami (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Perlakukan manusia kadang diluar batas seperi yang dialami gadis ini dipotong hidung dan telinganya ini, sungguh kejam dan tidak berperikemanusian langsung. 


Inilah pengakuannya, "Rasanya seperti ada air sejuk di hidungku, kubuka mataku, tapi aku tak boleh melihat apa apa, kerana semuanya berdarah!" Ia tidak mempunyai hidung dan telinga kerana dihiris oleh anggota Taliban di Afghanistan sebagai hukuman kerana meninggalkan suami.


Pejabat berita AFP akhirnya mendapat melaporkan Aisha meninggalkan suami dan kembali ke rumah orang tuanya kerana tak tahan dengan perlakukan kasar suami. Namun berita masih simpang siur apakah kerana suami memang ahli taliban, dan TIME membesarkan ceritanya kerana kekejaman Taliban terhadap anggotanya? Tapi yang pasti hanya Aisha yang tahu dan mengalami penderitaan ini.



Pemulihan: Aisha telah menerima kaunseling berikutan pengalaman traumatik beliau dan mampu tersenyum semula. 

TAOTAUAJER : Gila kejam , mereka sanggup di perlakukan sebegini atas alasan kerana meninggalkan suami. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusian langsung. - Koleksi KEJAM!


Jumat, 12 Juli 2013

KEJAM! - Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Semasa Menyusu Di China (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.


Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya.

Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.


Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao.

Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.

Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - Agensi

SUMBER : Hmetro

TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, perlakuan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.. biasa la bayi kecil bukan tau ape pun yang ibu bayi tersebut pulak tak ada hati perut boleh pulak tikam guna gunting. Apa nak jadi la dunia sekarang ni... - Koleksi Kejam


Selasa, 11 Juni 2013

KEJAM! - Askar Syiah Membuang Wanita & Kanak-Kanak Dari Atas Bangunan [VIDEO]

TAOTAUAJER - MasyaAllah, kejam sungguh apabila satu video rakaman yang menunjukkan tindakan kejam askar Syiah membuang wanita dan kanak-kanak ahli Sunnah dari atas bumbung sebuah bangunan.



Gambar di atas menceritakan segala-galanya. Sememangnya salah satu perbuatan sadis yang terbaru. Inilah keadaannya apa yang mereka lakukkan terhadap penduduk Sunni apabila puak-puak syiah tersebut memasuki perkampungan mereka. Dipercayai lebih 50 orang muslim telah dibunuh dengan kejam dengan cara tersebut. MasyaAllah...

saksikan video kejam ini...



TAOTAUAJER : Allahu Akbar!!!Engkau Maha Berkuasa pada setiap sesuatu. Maka Engkau juga Maha Berkuasa untuk manghancurkan tentera2 syiah, hizbu syaitan dan sekutunya...dengan rahmat dan keagungan Penghulu Kamu Nabi Muhammad SAW, maka kau hancaurkanlah mereka..wahai Tuhan yang Maha Memakbulkan Doa,perkenankanlah doa kami....Perbanyakkan DOA pd ILLAHI supaya seluruh umat ISLAM dilindungi....YA ALLAH,,,, lindungilah seluruh umat ISLAM d dunia ini walau di mana mereka berada......AAAMIIINNN

Rabu, 29 Mei 2013

SUBHANALLAH! - Bayi Dibuang Lubang Tandas Masih Hidup Setelah Diselamatkan (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah kejam sungguh manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. 


Namun begitu bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.




  

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. 

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily Mail

saksikan video ini...




TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, binatang pun tidak sekejam ini untuk membuang anaknyer. Lihatlah dunia semakin tidak berperikemanusiaan. Yang buang bayi nie patutnya di hukum seberat-beratnya supaya orang lain takut untuk melakukan sebegini - Koleksi OMG!


Rabu, 15 Mei 2013

OMG! - Pemberontak Syria Makan Organ Askar Terbunuh [VIDEO]

TAOTAUAJER - Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.


Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.

Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.

Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.

Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.

Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.

“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.

“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.

April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.

Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

Saksikan video ini Pemberontak Syria makan hati seorang Askar Mati dengan memotong dadanya



SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller dah melarat dah konflik syria ni... sampaikan deorang nak makan organ askar yang mati tanda kekejaman deorang la nieh. Mungkin video itu benar. tapi tak bermakna dibuat oleh FSA. ada juga kemungkinan dibuat sendiri oleh pengikut basyar sbg cara nak raih sokongan antarabangsa pd mereka. 

Selasa, 23 April 2013

OMG! - VIdeo Rakaman lelaki Islam dibakar tersebar (3 GAMBAR + VIDEO)

TAOTAUAJER -  Masihkah korang ingat akan etnik Rohingya di Myanmar? Apakah kita sudah lupa akan saudara seagama kita masih lagi bermati-matian di sana... Info terbaru kekejaman Rohingya apabila pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.


Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.

Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.



Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.

"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.

Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.



TAOTAUAJER : Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran. Kesian saudara kita disana, kenapa tiada tindakan langsung? sehinggakan polis tak dapat berbuat apa-apa. - Isu Kekejaman Rohingya

Kamis, 18 April 2013

KEJAM! - Orang Gaji Disumbat Seperti Kargo Di Arab Saudi Timbulkan Kemarahan (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di bawah ialah gambar sadis seorang pembantu rumah yang disumbah seperti kargo dibelakang kenderaan milik majikan beliau di Arab Saudi. Pada awalnya gambar ini muncul di laman media sosial Arab Saudi sebelum tersebar ke Indonesia.

Ianya menimbulkan kemarahan warga Indonesia yang sudah banyak kali mendengar cerita TKI (tenaga kerja indonesia) dilayan dengan buruk oleh majikan mereka. Sehigga ini kami tidak mengetahui sama ada kedutaan Arab Saudi di Indonesia akan di baling najis sebagai tanda protes. Skuad "SWEEPING" warga Saudi di Indonesia juga masih belum nampak batang hidungnya.

SUMBER : Republika Online 

TAOTAUAJER : Perghhhh... patut la macam mana warga Indonesia tak marah apabila tenaga kerja indonesia) dilayan dengan buruk oleh majikan mereka. Kesian apabila di sumbat dalam kereta sebegitu, kalau kereta dalam kereta macam nie agak-agak korang bagaimana lah agaknyer tempat tidur amah ini di rumah majikan mereka. - Koleksi KEJAM! 

Kamis, 28 Februari 2013

KEJAM! - Ibu Bunuh Anak Sendiri Kerana Zakarnya Mengecil Selepas Berkhatan

TAOTUAJER - Kejadian yang berlaku di Jakarta Apabila seorang ibu membunuh anak nyer sendiri disebabkan oleh "Zakarnya" mengecil setelah di khatankan.

 Gambaran ilustrasi kanak - kanak bersunat


“Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 28 Januari 2013

KEJAM! - Bapa Mengigit Hidung Dan Bibir Bayi Sendiri Hingga Putus (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang bapa kejam di Kampung Siyana, daerah Bikaner sanggup bertindak kejam menggigit hidung dan bibir atas bayi perempuannya yang berumur lima bulan hingga putus hanya kerana mangsa menangis.

Menurut polis, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya pada Khamis lalu.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 22 November 2012

PEMBONGKARAN - Inilah Alasan Kenapa Askar Israel Membunuh Kanak-Kanak Palestin (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sering kali kita dengar dalam berita atau pun di dalam Internet mengenai kelakuan zalim dan kejam puak-puak Yahudi Israel membunuh kanak-kanak Palestin..Kalau korang nak tahu kenapa puak Israel ni melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut, meh baca kat bawah ni..


PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.





Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

SUMBER:  drysheet.blogspot.com 

TAOTAUAJER : Serius Israel ini memang pengecut, mereka yang menjadi anggota hamas bukan lah sebarangan anggota. Tao rasa kita kat malaysia nie pon tak mampu nak dapat ikot kriteria untuk menjadi seorang anggota pejuang HAMAS


Jumat, 16 November 2012

SERIUS! - Gambar PM israel lari kelam kabut selepas kena serang.

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu di Gaza sedang bergolak dan dihujani dengan roket-roket yang menyebabkan pertumpahan darah di daerah tersebut.


Foto yang dikirimkan seorang sahabat di Mesir memperlihatkan Benjamin Netanyahu, PM israel sedang melarikan diri ketakutan apabila pejabatnya juga telah menjadi sasaran roket al Qassam.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 31 Oktober 2012

OMG! - Pengikut ajaran sesat masak pai daging wanita untuk dijual

TAOTAUAJER -  Memang gila di Rio De Janeiro, sekumpulan kanibal pengikut ajaran sesat membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai dan dijual kepada orang ramai. Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh. Lalu mangsa itu dipenggal dan dikerat.


Pai daging wanita untuk dijual

Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 18 Oktober 2012

SUBHANALLAH! - Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap

TAOTAUAJER - Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.


Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 08 Oktober 2012

NGERI! - Maut diseksa dengan kejam seperti game Resident Evil

TAOTAUAJER - Seorang lelaki maut di seksa ala ‘Resident Evil’ dimana tiga individu yang menjadikan seorang lelaki sebagai bahan penyeksaan kejam tanpa peri kemanusiaan sebagaimana siri permainan video Resident Evil hingga mangsa menemui ajal.

Gambar hiasan membayangkan bagaimana lelaki ini di seksa

Derek Blake, 44, ditemui mati dalam tab mandi dipenuhi air di flet kediamannya di Great Yarmouth, Norfolk, pada 24 Mei lalu.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 20 September 2012

KEJAM! - Haiwan di Taksidermi oleh orang tak bermoral (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kesian.. Binatang-binatang ini pasti akan terkejut jika mereka boleh melihat diri mereka sekarang. Sebelum ini ade kucing yang telah di ubahsuai menjadi cat copter yang di kecam orang ramai akan penganayaan haiwan yang sudah mati.


Kali ini terdapat haiwan yang diregangkan, disumbat, yang ditarik mukanya untuk dibuat menjadi perabot, gambar ini menunjukkan apa yang berlaku apabila Taksidermi dengan cara yang salah oleh orang-orang mengangap ia lucu.

Ini adalah set terbaru imej yang telah diposkan di laman Facebook yang dinamakan "Badly Stuffed Animals" , yang telah 'dilike' hampir 45,000 kali.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 16 September 2012

VIDEO! - Kejam Gadis Dipukul, Ditampar & Digunting Rambut

TAOTAUAJER - Kejam gadis dipukul, ditampar & digunting rambut rambutnya di uploadkan kedalam Youtube. Gadis baju merah telah ditampar, dipukul dan rambutnya digunting oleh sekumpulan gadis lain. Kejadian dikatakan berlaku di Felda Adela, Kota Tinggi.


Apalah agaknya yang awek-awek di atas ni marah sangat sanggup membelasah kawan mereka ‘kow-kow’.

korang saksikan video penuh di bawah ini....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

KEJAM! - Mayat Doktor Disimen Dalam Tong Drum Di Mexico (3 Gambar)


TAOTAUAJER - Seorang doktor di temui mati disimen di dalam tong drum di Mexico. Seperti mana yang korang tahu, Mexico merupakan kawasan raja segala kartel dadah di Benua Amerika dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia. 


Seorang doktor malang ini dibunuh dan disimen di dalam tong draum setelah merawat seorang ketua kartel dadah Mexico yang cedera parah. Ketua kartel tersebut berjaya dirawat oleh doktor dan untuk menyembunyikan identitinya, doktor tersebut telah dibunuh dengan kejam.

Lagi gambar di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Selasa, 14 Agustus 2012

WTF! - Zakar pon di curi Pencuri sewaktu tidur di China (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pencuri akan mengambil apa sahaja yang mereka boleh capai. Dari telefon hingga ke barangan runcit, sebutkan dan mereka boleh mendapatkannya. Tapi bagaimana pula dengan kemaluan seseorang?

Seorang lelaki di China melalaui nasib amat malang apabila zakarnya dicuri ketika sedang tidur.

Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Subhanallah! - Kesian Kucing lumpuh akibat keganasan perang kejahatan basyar assad di Syria (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kesian bukan kalau kita lihat gambar kucing di bawah ini , terngesot kucing ini berjalan sadis sungguh. Kucing ni pun jadi mangsa keganasan perang kejahatan basyar assad di syria.


Kucing ini telah cedera apabila serpihan mortar terkena pada belakang dan mengakibatkan kucing menjadi lumpuh.

Lagi gambar dan penjelasan di bawah ini...

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>