Tampilkan postingan dengan label Fenomena. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Fenomena. Tampilkan semua postingan

Minggu, 11 Agustus 2013

GEMPAR! - Panorama Indah Hujan Meteor Perseid Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini

TAOTAUAJER - Meteor Perseid datang lagi tahun ini, kali ini ia datang di bulan syawal iaitu hari raya. Pada tahun lepas fenomena ini berlaku pada bulan Ramadhan. Tengok sini Gambar-Gambar Hujan Meteor Perseid 2012 . Malam ini Fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam isnin sehingga subuh pada hari Selasa.


Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Nak tau lebih lanjut bagaimana meteor Perseid berlaku? Ini ada video daripada NASA tentang meteor Perseids

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 


TAOTAUAJER : Malam ni boleh la korang saksikan pancuran meteor ini bagi mereka yang tak pernah lagi . Senang jer nak saksikannyer Korang hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas. - Koleksi Fenomena Meteor


Sabtu, 03 Agustus 2013

PELIK! - Kenapa Sampai Goreng Telur Atas Jalan Raya? (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kejadian yang jarang kali kita lihat , dah sampai kenapa pulak orang goreng telur atas jalan raya. Kalau kita perlukan dapur api untuk menggoreng udang atau telur tetapi tidak di China apabila penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.


Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller ah.. kepanasan kat sana boleh memasakkan telur , jarang-jarang kita lihat perilaku sebegini dan dalam tidak kita sedar hasil dari fenomena ini sehinggakan boleh mengorbankan penduduk dan merosakkan harta benda. - Koleksi Pelik 


Kamis, 25 Juli 2013

PELIK! - Salji Di Filipina, Keanehan Yang Membingungkan Saintis [VIDEO]

TAOTAUAJER - Satu fenomena pelik sangat luar biasa telah mengejutkan penduduk selatan Filipina 24 JULAI 2013 telah mengesahkan laporan bahawa salji lebat selama 3 jam dilaporkan kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan Selatan.


Saksikan video fenomena yang pelik ini apabila salji jatuh di filipina.

TAOTAUAJER : Tao pon tak tau nak cakap apa ini sememang nyer fenomena yang pelik kerana negara tersebut berada hampir di garis lintasan khatulistiwa dan tidak mungkin akan berlaku salji kecuali tempat tersebut berada di kawasan tanah yang tinggi. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Minggu, 14 Juli 2013

MENGGERUNKAN! - WaterSpout Gergasi Dirakamkan Di Florida [VIDEO]

TAOTAUAJER - Fenomena 'Water Spout' atau belalai air dikesan di Tampa Bay pada 9 Julai yang lalu. Belalai air gergasi dan benar-benar vorteks terbentuk di Tampa Bay, Florida, dimana ia menyebabkan beberapa kerosakan. 


Buat pengetahuan korang fenomena ini berkenaan dinamakan sebagai belalai air atau waterspout. Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.

Jom Lihat melihat gambar dan video di bawah ini ...












TAOTAUAJER : Subhanallah sungguh menakjubkan dan menakutkan. 


Minggu, 23 Juni 2013

WOW! - SUPERMOON, Fenomena Bulan Hampiri Bumi Malam Ini (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Malam ini kita bakal menyaksikan fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi yang dikenali sebagai fenomena Preigee atau Supermoon.


Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.

“Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.

Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah.

Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km.


Ini antara gambar yang berjaya di rakamkan di tempat lain...
#supermoon rising over Melbourne


Place at Sapporo city miyanomori


Malam ini 15 Syaaban, serentak malam Nisfu Syaaban akan berlaku fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi.


TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang malam ini adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada post Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari.

Boleh lah korang pergi tengok bulan malam nie, tapi bagi tempat yang berjerbu tu tao sarankan pakai la mask yer. Dan bagi kawasan yang berjerebu tu mungkin bulan akan kelihatan berwarna oren atau kemerah-merahan.. korang boleh la kongsikan gambar bersama di Page FB.me/TAOTAUAJER

Kamis, 06 Juni 2013

MISTERI! - Batu Yang Berjalan Di California

TAOTAUAJER - Semakin hari, semakin banyak perkara pelik berlaku di dunia. Perkara yang dulunya, kita kata mustahil akan berlaku kini sudah berlaku. Pernahkah tak korang mendengar kisah batu yang berjalan secara sendirinya?


Bukanlah berjalan dengan kaki, tetapi ia bergerak dari satu empat ke satu tempat yang lain. Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park, lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya.

Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut “jalan-jalan cari makan”.

Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.

Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat.



Tapi, tautak korang di mana letaknya Racetrack Playa? Racetrack Playa adalah tasik kering yang mendatar dengan panjang empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California-AS, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.

Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.

Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin korang akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.
Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?

Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?

Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.

Apakah mereka digerakkan oleh ais?

Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis. Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.

Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun,seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan .Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.

TAOTAUAJER : Sungguh misteri dan tidak tercapai akal fikiran dan juga ilmu-ilmu hukum fizik mahupun sains yang dapat membongkar misteri bagaimana batu ini boleh berjalan. Sesungguhnnya kuasa Yang Esa, tiada yang mustahil - Koleksi Misteri 


Senin, 27 Mei 2013

SERIUS! - Peristiwa 28 Mei Kembali, Periksa Kiblat Anda Segera!

TAOTAUAJER - Mungkin ade ramai yang tidak tau ada apa dengan 28 Mei. Dimana setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 pm waktu Malaysia ( Matahari akan berada tegak diatas Kaabah pada 12.16 pm (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah) membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.

Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.

Bagaimana cara untuk periksa kiblat?


Okay... Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.

Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

SUMBER : FalakOnline

TAOTAUAJER : Boleh lah sesama kita periksa semula kiblat kita di rumah seandainya berlaku perubahan atau pun terdapat kesilapan. Dimana kita sebagai umat islam adalah di galakkan untuk melakukkan semakan ketepatan arah kiblat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. - Artikel Islamiah


Kamis, 09 Mei 2013

SUBHANALLAH! - Ribut Paling Menggerunkan Di Planet Zuhal (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau Zuhal Adalah planet ke 6 dari matahari dan juga antara planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Satu fenomena yang menakutkan berjaya dirakamkan di Planet Zuhal. Selain bumi, planet-planet lain jugak mengalami fenomena-fenomena ribut dan ia lebih dahsyat daripada bumi disebabkan oleh beberapa faktor. Jom kita lihat..


Ini adalah taufan paling kuat pernah dicatatkan sistem solar berlarutan di planet Zuhal.Imej yang menakjubkan fenomena ini kosmik lakukan Cassini. Para saintis mengatakan bahawa dia telah bermula beberapa tahun yang lalu. Taufan ini, yang meliputi kutub utara planet tersebut, adalah sama dengan separuh daripada kawasan Australia. kawah diameter kira-kira 2000 km, dan kelajuan angin di pusat prevyshet 500 km sejam.



TAOTAUAJER : Menggerunkan ribut yang begitu besar, pastinyer ribut tersebut sanggat dahsyat dan tidak dapat di lihat apa yang berlaku di bawah awan ribut tersebut. Kalau jadi macam nie kat bumi agaknyer macamana? Allahuakbar! - Koleksi Dahsyat


Sabtu, 09 Maret 2013

OMG! - Glasier Kanada Mencair, Permukaan Air Laut akan Naik

TAOTAUAJER - Glasier Kanada yang merupakan ais terbesar setelah Antartika dan Greenland, terus mencair. Para penyelidik mengatakan mencairnya gletser Kanada akan menaikkan permukaan air laut.


Sekitar 20 peratus dari ais di glasier, di pulau-pulau seperti Ellesmere atau Devon, diperkirakan menghilang pada akhir abad 21. Mencairnya ais tersebut akan menambah ketinggian permukaan air laut global sebanyak 3,5 cm.

Pemerintah setempat berusaha memahami setiap centimeter kemungkinan kenaikan permukaan air laut yang disebabkan pemanasan global. Mereka merancang untuk melindungi kota-kota seperti New York hingga Shanghai atau kota dataran rendah dari Ghana hingga Bangladesh.

"Kami percaya ais akan kehilangan jisimnya di masa mendatang," kata para penyelidik yang menulis dalam jurnal Geophysical Research Letter.

Penulis Utama, Jan Lenaerts mengatakan tren mencairnya ais tidak terbendung karana mencairnya ais berwarna putih akan mempengaruhi ais berwarna gelap yang menyerap lebih banyak sinar matahari. Hal itu akan mempercepat pencairan.

Semua glasier mencair memakan masa beberapa abad. Pemanasan global membuat pencairan ais di Arktik lebih cepat dari rata-rata global. Panel di PBB merencanakan permukaan air laut dunia akan naik kira-kira 18-59 cm pada abad ini. Tinggi permukaan air laut akan naik lagi jika pencairan lapisan ais di Antartika dan Greenland lebih cepat.

SUMBER : republika

TAOTAUAJER : Kalau korang perasan sekarang ini bahag panas di siang hari semakin tinggi, dan semakin lama semakin panas. Dengan pencemaran yang di lepaskan tanpa kita sedari sedikit demi sedikit menipiskan lapisan ozon yang memberi pelindungan kepada bumi. - Koleksi Dunia

Jumat, 04 Januari 2013

SUBHANALLAH! - Menakjubkan Hutan Bawah Padang Pasir di Arab Saudi (11 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Menakjubkan Ada Hutan Di Bawah Padang Pasir | Dashyat sungguh ciptaan Allah S.W.T. Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Masihkah korang ingat dimana tao ade pernah bagi tau dimana tasik kuno ditemui di bawah Gurun Sahara?


Bayangkan di bawah tanah terdapat hutan yang penuh dalam kegelapan, adakah terdapat penduduk tanpa cahaya berbeza di luar, Mungkin ada penduduk sebab pohon-pohon di hutan bawah tanah ini subur seperti biasa di luar. Lagi gambar-gambar Hutan di bawah tanah bawah ini

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 19 Desember 2012

ANEH! - Ikan Boleh ‘Berjalan’ Di Darat Ditemui di Vietnam

TAOTAUAJER - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hanoi semalam 18 December 2012.


Sebelum ini juga tao ada tunjukkan pada korang dimana satu fenomena ikan yang melintas jalan di Washington. Saksikan VIDEO dan ARTIKEL lengkap [LINK]
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Kamis, 13 Desember 2012

WOW! - Menakjubkan Burj Dubai Disambar Kilat (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Fenomena menakjubkan apabila Panahan kilat menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia. Sepertimana yang kita tahu Burj Khalifa Emiriah adalah pencakar langit tertinggi di dunia gah setinggi 828 meter.


Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 21 Oktober 2012

GEMPAR! - Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012

TAOTAUAJER - Apakah bumi akan bergelap selama 3 hari iaitu pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini? Fenomena yang kita tidak pernah lalui dimana kegelapan paling lama bakal berlaku berbanding gerhana. Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari pada bulan Disember. Apakah ini satu tanda bermulanya tanda-tanda kiamat besar setelah tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap?


Menurut pada Para Saintis NASA menjangkakan akan berlaku perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh buat bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 dan ianya bukanlah berakhirnya usia dunia.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 12 Oktober 2012

SUBHANALLAH! - Air terjun ini membeku di China (3 GAMBAR)


TAOTAUAJER - Menakjubkan air terjun yang mengalir membeku di China. Mungkin ini adalah kali pertama korang melihat fenomena menakjubkan seperti ini. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan sungai yang membeku di Pergunungan Wasingtoon Valley seperti kristal dan juga pantai yang membeku di Pakistan ini lain pula di China apabila air terjun yang mengalir membeku.


Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat gambar Air Terjun Beku di bawah ini.



Pelancong mengambil gambar air terjun beku di hadapan Reservoir Empangan Longchuang, Zaozhuang City, Shandong Province China Timur. Air menyimbah Empangan Takungan Longchuang membeku apabila suhu jatuh dan bertukar menjadi air terjun ais.

TAOTAUAJER : Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya. - Koleksi Keindahan Alam