Tampilkan postingan dengan label #tautak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label #tautak. Tampilkan semua postingan

Rabu, 04 September 2013

PEMBONGKARAN! - Inilah Punca Petrol RON 95 Dinaikkan lagi 20 sen

TAOTAUAJER - Kita telah di kejutkan lagi dengan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen dan bukan petrol ajer malahan diesel jugak. Kenaikan harga minyak ini telah menyebabkan ramai yang merungut dan membebankan terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Impak nyer pulak bakal mempengaruhi kenaikan harga barang yang ternyata akan membebankan rakyat.

Persoalannya apakah punca harga minyak RON 95 ini dinaikkan?


Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.

Kadar Terkini Selepas Kenaikan Harga 20 Sen

Minyak petrol RON95: RM2.10 seliter

Diesel : RM2.00 seliter

Punca Petrol RON 95 Dan Diesel Naik Harga Lagi

Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
SUMBER: melvister

TAOTAUAJER : Apakah pendapat korang tentang kenaikan harga minyak 20 sen kali ini? - Koleksi PEMBONGKARAN


Rabu, 07 Agustus 2013

TAUTAK? - Inilah Sejarah Hari Raya Aidilfitri

TAOTAUAJER - Salamualaikum, sebelum itu tao ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca blog taotauajer. Hari ini tao nak kongsikan pada korang semua asal usul sejarah wujud nyer perayaan hari raya Aidilfitri.


Setiap perayaan mesti ada sejarahnya. Begitu juga perayaan dalam Islam. Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini:
 "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.


TAOTAUAJER : Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama. - Artikel Informasi


Selasa, 30 Juli 2013

TAUTAK? - Bagaimana Cara Orang Melayu Dahulu Beraya?

TAOTAUAJER - Apa yang kita lalui zaman sekarang adalah jauh berbeza dengan zaman dulu kala. Pernah tak korang terfikir bagaimanakah orang melayu dahulu beraya ?


SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.


Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

SUMBER

TAOTAUAJER : Oh begitu rupanya bagi kita orang melayu beraya sebelum dan selepas kedatangan Agama Islam. Namun yang menyedihkan zaman sekarang adalah, ada jugak anak yang tak pulang ke kampung dan zaman sekarang jugak mungkin ada yang dah tiada kampung dan tak dapat merasakan nikmat berada di kampung dan beraya - Koleksi Informasi


Minggu, 28 Juli 2013

BIAR BETUL! - Bayi Kate Middleton Keturunan Nabi Muhammad ?

TAOTAUAJER - Putera British bayi Kate Middleton berketurunan Nabi Muhammad? Ini soalan yang muncul selepas adanya satu kajian dari ahli salasilah perancis.


Jean Louis Beaucarnot, seperti ditulis thelocal.fr, dimana berpendapat bahawa bayi Kate Middleton yang menjadi pewaris takhta Kerajaan British mempunyai talian darah Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, darah Nabi Muhammad daripada bayi Kate Middleton datang dari mendiang Puteri Diana, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Paris, bukan dari darah Great Britain.

Beaucarnot percaya bahawa Puteri Diana iaitu nenek bayi Kate Middleton adalah cicit Raja Alfonso VI Perancis asal Seville dari isteri keempatnya bernama Zaida. Dipercayai Raja Alfonso ini berketurunan dari Nabi Muhammad. Ahli genealogist percaya semua keturunan Raja Seville mempunyai hubungan darah dengan Nabi Muhammad.

Sementara itu, berdasarkan kajian kumpulan keturunan di England, nenek moyang Kate Middleton berasal dari keluarga kaya. Ibunya juga termasuk keluarga bangsawan Britain di Utara. Dari pertalian darah Putera Charles dan Queen Elizabeth II, darah bayi Kate Middleton mungkin lebih jelas. Salasilah Kerajaan British tentu mudah ditelusuri.
sumber : tribunnews.com

TAOTAUAJER : Inilah kejutan pertalian darah dari Putera bati Kate Middleton dari Putria Diana seperti yang dinyatakan Jean Louis Beaucarnot. Jadi korang percaya bayi Kate Middleton ini adalah berketurunan dari Nabi Muhammad S.A.W ? JANGAN cayer mengarut jer nieh! - Koleksi BiarBetul!

Minggu, 21 Juli 2013

SERIUS! - Inilah Sebabnya Shisha DiHaramkan (MESTI TAU)

TAOTAUAJER - Ini adalah antara topik hot kalau sebelum ini diperkatakan Shisha berbahaya untuk kesihatan kini telah keluar fatwa tentang penjualan dan penggunaan Shisha. Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.


Untuk pengatahuan korang, fatwa diputuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok.

Shisha juga dikenali sebagai hukkah, narghile, arghila, atau qalyān. Ia adalah instrumen tunggal atau berbilang berpunca untuk merokok tembakau berperisa dipanggil shisha di mana wap atau asap melalui air lembangan (sering berasaskan kaca) sebelum penyedutan berlaku. Paip pula digunakan untuk menghasilkan asap dengan membakar shisha atau digunakan untuk membuat wap air oleh lebur pada suhu yang lebih rendah.

Berdasarkan rekod kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.

Dengan rasa wangi manis seperti epal, anggur atau pudina, asap shisha pasti tidak bau atau rasa seperti rokok yang biasa kita liht. Tetapi berselindung dari wangian yang tidak bersalah, asap yang dihasilkan adalah sama seperti yang berbahaya - ia mengandungi tar, karbon monoksida dan nikotin seperti asap rokok.

INI Bukti Shisha 10x Berbahaya dari Rokok
Dalam jadual di bawah, kebenaran yang mengejutkan mengenai komposisi kimia asap shisha ditunjukkan.


Bahan kimia yang terdapat dalam asap shisha berbanding asap rokok

Sumber: Shahadeh, A., Saleh, R., (2005) ‘Polycyclic aromatic hydrocarbons, carbon monoxide, ‘tar’ and nicotine in mainstream smoke aerosol of the narghile water pipe. Food & Chemical Toxicology, 43:655-661

Ketahui Apakah Kesan Shisha Pada Anda?

Dr Vijaya, Pengarah Bahagian Kesihatan Belia, Lembaga Promosi Kesihatan Singapura menyatakan asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia yang 400 beracun dan sekurang-kurangnya 69 yang menyebabkan kanser. Disini Dr Vijaya, menyenaraikan pelbagai risiko kesihatan yang ditimbulkan oleh merokok shisha:

a. Ancaman kanser
  • Arang yang digunakan untuk tembakau haba dalam paip meningkatkan risiko kesihatan dengan menghasilkan tahap karbon monoksida, logam, dan bahan kimia penyebab kanser. Walaupun selepas ia telah melalui air, asap yang dihasilkan oleh paip yang mengandungi tahap bahan toksik, termasuk karbon monoksida, logam berat, dan bahan kimia penyebab kanser. Tembakau paip dan asap mengandungi banyak bahan-bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan paru-paru, pundi kencing, dan kanser mulut.
  • Rangsangan ke mulut daripada pendedahan kepada jus tembakau meningkatkan risiko mendapat kanser mulut. Kerengsaan dengan produk jus tembakau mungkin lebih tinggi di kalangan perokok paip daripada kalangan paip atau cerut perokok kerana merokok paip biasanya diamalkan (dengan atau tanpa sedutan) lebih kerap dan untuk tempoh yang lebih lama.
b. Penyakit jantung
  • Tembakau paip dan asap mengandungi banyak bahan-bahan toksik yang diketahui menyebabkan arteri tersumbat dan penyakit jantung.
c. Selesema
  • Perkongsian paip merokok meningkatkan risiko batuk kering dan selesema.
d. Asap rokok
  • Asap rokok daripada shisha menimbulkan risiko yang serius untuk bukan perokok, terutama kerana ia mengandungi bukan sahaja asap daripada tembakau tetapi juga dari sumber haba (contohnya, arang) yang digunakan dalam paip.


TAOTAUAJER : Memang ia merbahaya, kalau kita lihat terdapat banyak kesan shisha terhadap kesihatan. Berdasarkan pengalaman tao, sewaktu bershisha di penghujungnya nanti akan berasa arang dan boleh menyebabkan ting-tong (pening-pening) bahkan ada yang sampai muntah dan pengsan. - Koleksi Informasi



Selasa, 16 Juli 2013

TAUTAK? - Inilah 6 Sebab Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

TAOTAUAJER - Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan? Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang menerangkan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt? 
Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepada ku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..

6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan

1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.


TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa mulia sungguh bulan ramadhan ini sehinggakan banyak manfaat yang kita dapat apabila berpuasa di bulan ramadhan. Pada bulan yang sama juga iblis dan syaitan di tangkap dan di siksa bagi memudahkan kita menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini - Koleksi Artikel Islamiah


Sabtu, 22 Juni 2013

INFO! - Inilah 15 Ciri Ciri Agama Syiah Yang Perlu Diketahui

TAOTAUAJER - Pasti korang pernah lihat satu rakaman video sekumpulan syiah yang bersembahyang dengan cara sangat pelik sekali dirakamkan di 'MALAYSIA'. Kalau korang ingat penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak!


Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8 ) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahli ssunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

SUMBER : Detik Islam


Senin, 10 Juni 2013

MENARIK! - Saksikan Pintu Kaabah Di Buka, Dicuci Oleh Gabenor Makkah 10 Jun 2013. [VIDEO]

TAOTAUAJER - Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dlm 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram.


Maka pada 10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dgn keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dgn menggunakan kain putih yang dibasahi dengan air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bahagian dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dengan air zam zam dan air mawar Parsi.

Sebelum memulakan upacara, Putera Khalid akan menunaikan tawaf 7 pusingan sambil menyentuh Hajjarul Aswad. Selepas tawaf, kunci Kaabah akan diserahkan kpdnya oleh pemegang amanahnya iaitu dari Bani Syaibah dan memasuki Kaabah.

Sebaik memasuki Kaabah, beliau akan tunaikan solat sunat 2 rakaat di atas lantai marmar di lokasi dimana Rasulullah SAW bersembahyang.

Sebaik semua tetamu keluar dari Kaabah, kerja2 cucian akan bermula dan diakhiri dgn menyapu sejumlah besar wangi2an didalam dan pada dinding luar Kaabah.

Kiswah atau kelambu Kaabah akan ditukar pada 9 Zulhijjah pada ketika jemaah haji berada di Arafah utk sempurnakan rukun haji tiap tahun. Wallahualam, sekadar berkongsi pengetahuan.

SAKSIKAN VIDEO UPACARA KAABAH DIBERSIKAN INI..



TAOTAUAJER :  Sebarkan dan kongsikan buat semua rakan-rakan anda yang beragama Islam




Sabtu, 18 Mei 2013

BIAR BETUL! - Benarkah Disebalik Watak Superman Adalah YAHUDI ?

TAOTAUAJER - Superman sudah tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan juga yang dewasa, dari kita kecil dah tengok kartoon superman dan sehingga kini sudah terdapat banyak movie-movie berkaitan superman seperti Smallville dan juga pelbagai lagi movie superman yang telah di tayangkan di pawagam, dan yang paling terkini akan keluar adalah Man of Steel.


Tapi Benarkah disebalik watak superman adalah Yahudi?

DALAM akhbar beberapa tahun lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.



Dari depan Jerry Siegel (kiri) dan Joe Shuster (kanan)

Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis.


Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.


Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.

komik Superman issu #1 

Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman.

Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.

Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan "perilaku" Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.

Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang - khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan "penyelesaian terakhir" Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.

Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada.

Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.

Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan "El" dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep "Superman" (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 - 1900).

Beliaulah yang memperkenalkan "Supermensch" dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah "alter ego" Yahudi yang berbahaya.


Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.
Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Dalam rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 ("Mencari Rahsia Kekuatan Yahudi") saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi "mengasingkan" orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS - termasuk Barack Obama - harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis 'Superman' wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.


FAKTA YANG KORANG HARUS TAU TENTANG SUPERMAN:

  • Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
  • Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
  • Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.
  • Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
  • Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
  • Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
  • Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.
SUMBER : utusan 

TAOTAUAJER : Lihatlah betapa kuatnya dan dahsyatnya pengaruh yahudi di dunia ini meskipun orang Yahudi tidak ramai di dunia ini tetapi mereka mampu menakluk dunia tanpa kita sedari. Ini adalah antara salah satu sebab mengapa Adolph Hitler membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. 

Senin, 13 Mei 2013

TAUTAK? - Semut Boleh Mengesan Akan Berlakunya Gempa Bumi

TAOTAUAJER - Kehadiran gempa bumi hanya boleh kita ketahui apabila kita merasakan gegarannya, tetapi tidak bagi satu ciptaan Allah ini iaitu semut. Dimana kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.


Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.


SUMBER :OurAmazing Planet

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau bukan setakat semut jer boleh meramalkan gempa bumi , di China Anjing digunakan bagi meramal gempa bumi dan manakala di jepun tikus . Ini dimana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku. Subhanallah, deria haiwan melampaui batas kita seorang manusia. Tengoklah sekecil-kecil haiwan tetapi ia juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada kita. Dengan itu bukan suka-suka sesuatu itu di jadikan tanpa sebab Allahuakbar!

Selasa, 23 April 2013

TAUTAK? - Kenapa Masa Perlawanan Bolasepak 45 minit ?? Ini jawapannya..

TAOTAUAJER - Pasti nyer korang dah biasa tengok perlawanan bola sepak, tapi pernah tak korang tahu kenapa perlawanan bola sepak dengan masa selama 45 minit? Ia menjadi tanda tanya... korang pon tak pernah nak tahu bukan.. di sini tao nak bagi tau kat korang kenapa setiap perlawanan bagi separuh masa adalah 45 minit.


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”! dan kalau masa tambahan tu 6 minit ini bermaksud 2 orang penjaga garisan pon di kira jugak...hehe

TAOTAUAJER : Adoyai pening kepala di buatnyer.. kira telur pulak..hahaa, tapikan tao sendiri tak jumpa fakta sebenar akan masa 45minit bagi perlawanan bola sepak ini. Korang ade yang tahu fakta sebenar? jom kongsikan bersama tao. - Koleksi TAUTAK?

Minggu, 21 April 2013

TAUTAK? - Sebab Kenapa Kita Perlu Belajar Berkuda, Berenang Dan Memanah?

TAOTAUAJER - Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Sama ada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? benarkah?


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”  [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten

SUMBER : Amekaw 

TAOTAUAJER :  Nampak tak betapa pentingya untuk kita mempelajari untuk berkuda,berenang dan memanah? untuk mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman. Sudahkan korang mempelajari semua ini?  semoga peperangan akhir zaman tidak berlaku dalam masa terdekat, jika ianya belaku sama-samalah kita berjuang menegakkan agama kita. - Koleksi Artikel Islamiah

Senin, 08 April 2013

WOW! - Inilah Rupa Gigi Korang Masa Kecil (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pernahkah korang terfikir dari mana datang nyer gigi dan bagaimana gigi itu tumbuh? adakah tumbuh seperti cendawan dari gigi yang kecil sehinggalah gigi tersebut membesar? Gigi telah wujud setelah kita lahir dan tersembunyi disebalik tengkorak kita... Gambar dibawah menunjukkan susunan gigi seorang budak.


tautak? kenapa gigi susu cepat tanggal. Ini disebabkan gigi susu korang telah ditolak keluar oleh gigi kedua yang dah mula tumbuh dari dulu lagi cuma lambat membesar.



TAOTAUAJER : Dalam banyak-banyak gigi yang tumbuh, antara gigi yang paling sakit sekali nak tumbuh adalah gigi bungsu dimana gigi ini adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun. Siapa yang sedang mengalami penumbuhan gigi bungsu akan terasa sakit pada bahagian belakang apabila gigi tersebut cuba keluar dari gusi @ daging di mulut anda - Koleksi Menarik

Rabu, 27 Februari 2013

SUBHANAALLAH! - Inilah Rahsia Jantung Manusia Ciptaan Allah

TAOTAUAJER - Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?


Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.

"(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.


Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.


Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.

Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu.

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.

Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari.

TAOTAUAJER : Subhanallah betapa agungnya , dan betapa canggihnya ciptaan Allah pada tubuh kita ini. Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ... - Koleksi Artikel Islamiah

Jumat, 14 Desember 2012

PEMBONGKARAN! - Kisah Sebenar Kenapa Pengadil Korea Berat Sebelah [VIDEO]

TAOTAUAJER - Agak mengecewakan apabila malam semalam Harimau Malaya tumpas kepada Gajah putih. Malaysia tumpas di tempat lawan yang berlangsung di Stadium Supachalasai. Ramai yang berasa tidak puas hati dengan tindakan pengadil dari korea tersebut melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia.


Dengan itu, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>