Tampilkan postingan dengan label Tertua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tertua. Tampilkan semua postingan

Minggu, 18 Agustus 2013

BIAR BETUL! - Carmelo Flores Laura Lelaki tertua dunia di Bolivia? (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura sebelum ini adalah lelaki tertua di dunia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada jun lepas. Kini dijumpai seorang lelaki didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.


Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.


Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk.
SUMBER: sinarharian

TAOTAUAJER : Memang mengejutkan lelaki tertua ini dengan usia 132 tetapi masih mampu bergerak dan masih bertenaga , tidak kelihatan seperti seorang yang sudah berusia seratus tahun. Bayangkan zaman sekarang umur 80 tahun pon kadang-kadang nak jalan pon dah tak mampu. - Koleksi Tertua


Jumat, 14 Juni 2013

SERIUS! - Jiroemon Kimura Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura lelaki tertua di dunia meninggal . Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kerajaan di Kyotango, bandar Kyoto.... Jiroemon Kimura yang lahir pada 1897, telah meninggal dunia awal pagi 12 Jun di hospital kerana sakit tua.


Beliau diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia pada Disember lalu selepas seorang nenek dari Amerika Syarikat yang berusia 115 tahun meninggal dunia.

Kimura juga berjaya mencatat rekod apabila dia disahkan sebagai lelaki paling tua selepas hidup selama 115 tahun 253 hari.

Kimura yang berasal dari Kyotango dimasukkan ke hospital awal Mei lalu kerana masalah pneumonia dan keadaannya semakin kritikal sejak beberapa hari lalu.


Kimura yang dilahirkan sama tahun dengan perintis penerbangan Amerika, Amelia Earhart, menyambut ulang tahun ke-116 dengan menerima ucapan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melalui rakaman video pada April lalu.

Kimura mempunyai tujuh orang anak, 14 cucu dan 25 cicit dan dia pernah berkhidmat di pejabat pos selama 40 tahun.
Selepas bersara, dia bertani sehingga usianya mencecah 90 tahun.

Kimura tidak merokok dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalan hidupnya ialah makan tanpa berlebihan.
Datuk Bandar Kyotango akan memberi penghormatan kepada Kimura di rumahnya, manakala dewan bandaran akan menyediakan tempat untuk buku rakaman takziah.

“Kimura merupakan penduduk yang terkenal, jadi kami jangka ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepadanya,’’ ujar pegawai kerajaan. - AFP

TAOTAUAJER : Masihkah korang ingat akan post tao yang lalu dimana seorang wanita di rekodkan sebagai wanita tertua di dunia, dimana usianya adalah 115. Kini Misao menjadi manusia tertua di dunia selepas Kimura meninggal.


Senin, 04 Maret 2013

REKOD! - Wanita Jepun Berusia 114-tahun Penghuni Tertua Planet Bumi (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah dia Misao Ookawa telah dinobatkan sebagai wanita paling tua di dunia secara rasminya. Wanita ini adalah dari Osaka, Jepun. Dia telah dilahirkan pada 1898 dan Guinnes World Records telah menganugerahkannya. Kini dia tinggal di rumah orang tua. Dia mempunyai tiga orang anak, empat orang cucu serta 6 orang cicit. Dan buat pengatahuan korang hari ini 5 Mac 2013 adalah ulang tahun kelahirannya dengan ini umurnya sekarang adalah 115.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 10 November 2012

WOW! - Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Kahwin (5 Gambar)


TAOTAUAJER - Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Kahwin, satu penantian yang lama apabila menunggu sehingga 88 tahun untuk mengambil gambar kahwin.Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan. Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu.


Tetapi bagi pasangan ini di Nanching China, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka. Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.



[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 29 Oktober 2012

WOW! - Kubur Penyanyi Mesir Berusia 3000 Tahun Ditemui ? (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Wow Kubur Penyanyi Mesir Berusia 3000 Tahun Ditemui | Apakah ini penyanyi tertua di dunia? Apabila sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim.


Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 14 Oktober 2012

WOW! - Penemuan Al-Quran tertua di Yaman (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang lelaki Yaman mendakwa menemui sebuah manuskrip lama yang dipercayai paling tua iaitu naskhah Al-Quran. Kitab suci umat Islam itu ditemui di dalam penutup kulit dalam sebuah gua di pergunungan selatan bandar Dhale, di bahagian selatan negara itu, lapor halaman web berita Yaman berbahasa Arab, Aden Gulf News.


Perkataan “Manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masihi) tertulis pada halaman pertama dan ujian awal menunjukkan bahawa naskhah berkenaan adalah tulen, menjadikan ia kitab Al-Quran tertua masih wujud.

Berdasarkan halaman web itu, huruf Arab tidak mempunyai titik yang hanya diperkenalkan pada peringkat akhir dalam abjad Arab untuk membezakan ia dengan huruf lain yang kelihatan sama.

“Pemuda yang enggan dikenali itu dilaporkan turut menerima tawaran sejumlah besar wang bagi menukar manuskrip berkenaan termasuk sejumlah YR12 juta (RM170,664) yang ditawarkan kepadanya, tetapi enggan berbuat demikian,” kata saudara terdekatnya.

Katanya beliau tiba di gua gunung berkenaan dengan mendaki menggunakan tali dan menegaskan itu hanya satu-satu cara untuk ke sana.

Halaman berita itu mendakwa lelaki berkenaan juga menemui sebilah pedang bersebelahan naskhah al-Quran tyang dipercayai milik Ali Bin Abu Talib, Khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi Muhammad.

Beberapa perakuan sejarah mengatakan bahawa ia adalah pedang Dhu Al Faqqar yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Ali. - Agensi


Rabu, 10 Oktober 2012

MENARIK! - Apabila Pakcik berumur 50 tahun ambik PMR di Johor (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER  - Seorang pakcik berusia 50 tahun ambil PMR mahu tebus kegagalan 35 tahun lalu. Sepertimana yang kita tahu minggu ini merupakan minggu peperiksaan PMR bagi seluruh pelajar tingkatan tiga di Malaysia. Di sebalik peperiksaan tersebut terdapat sesuatu yang menarik di Johor apabila terdapat beberapa orang yang sudah berumur 50 tahun tetapi masih mahu juga mengambil peperiksaan PMR ini.


Nordin Saat, tenang menjawab soalan PMR sebagai calon persendirian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Utara, Johor bahru.

“Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Jumat, 07 September 2012

WOW! - Dijumpai mumia gadis beragama islam berusia 700 tahun (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Begini rupanya wajah Perempuan Islam berusia 700 tahun. Apa yang korang dapat lihat di bawah ini adalah wajah seorang perempuan Cina yang diperkirakan berusia 700tahun. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . 


Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 02 Mei 2012

WOW! - Organisma Hidupan Tertua Ditemui di Norway

TAOTAUAJER - Sekumpulan saintis menemui satu daripada organisma hidupan tertua dan mempunyai kaitan dengan manusia selepas dua dekad menjalankan penyelidikan ke atas sejenis mikroskopik yang tinggal di sebuah tasik di Norway.


Organisma yang dipanggil Collodictyon itu turut dikelaskan dalam kategori baru kerana ia didakwa bukan haiwan, tumbuhan, parasit, kulat atau alga.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Sabtu, 10 Desember 2011

Wow! - Inilah ‘Pokok Abadi’ Yang Telah Wujud Sejak 800 Tahun Yang Lalu

TAOTAUAJER - Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.

Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP

MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>