Tampilkan postingan dengan label gunung berapi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gunung berapi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 20 Juli 2013

PELIK! - Gunung Berapi Menjerit Sebelum Meletus (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gunung api menjerit sebelum meletus? biar betul! Kalau sebelum ini tao ada dedahkan akan Fenomena Pokok Menjerit Apabila Dahagakan Air , kali ini sekumpulan saintis mendedahkan, gunung berapi mampu menjerit pada nada paling tinggi sebelum meletus. Pakar Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) yang mengkaji letusan gunung berapi Redoubt, Alaska dalam Mac 2009, mengesahkan perkara itu.


Kumpulan berkenaan menjumpai apa yang dilabelkan sebagai 'jeritan' diikuti aktiviti seismik sewaktu berubah dari denyutan normal kepada gegaran kuat.

Menerusi kajian itu, mereka turut percaya kekerapan gegaran akibat gempa bumi bawah tanah adalah punca kepada kebarangkalian letusan gunung berapi dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, saintis berpendapat gempa bumi dan gegaran harmoni berlaku apabila magma ditolak keluar melalui saluran sempit di bawah tekanan kuat ke tengah-tengah kawah gunung.

Sesetengah gunung berapi menjerit pada nada paling tinggi akibat pergeseran yang dicetuskan oleh gegaran sebelum meletus.

Penuntut kedoktoran sebuah universiti dalam AS, Alicia Hotovec-Ellis berkata, jeritan gunung berapi mampu didengar oleh manusia walaupun pada kekerapan rendah selepas mengeluarkan gegaran harmoni.

Katanya kepada MailOnline, gegaran harmoni meningkat kepada frekuensi yang lebih tinggi kemudian berhenti secara tiba-tiba sebelum gunung berkenaan meletus sebanyak enam kali.

"Sesetengah gunung berapi mengeluarkan bunyi melalui gema magma yang ditolak dari bahagian bawah retakan nipis kerak bumi," katanya.

Katanya, setiap pergerakan secara tiba-tiba membawa kepada gempa bumi kecil sekurang-kurangnya 1.5 pada skala Richter.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Menakjubkan apabila gunung berapi pon boleh menjerit sebelum meletus, inilah kehebatan Allah dalam menciptakan alam semesta. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Rabu, 05 Juni 2013

WOW! - Berkayak di Antara Lelehan Lava Gunung Berapi (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Berkayak di antara lelehan gunung berapi tidak akan anda pernah bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.


Namun, itu saja dianggap tidak cukup bagi kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.

Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu air laut boleh membakar kedua tangan mereka.










TAOTAUAJER : Gila kental, dengan berani nyer mereka berkayak merentasi diantara lelehan lava gunung berapi yang boleh menyebabkan mereka ini terbunuh! 


Kamis, 04 Oktober 2012

Subhanallah!- Pemandangan Indah Tasik di Dalam Gunung Berapi Sua Ocean Trench (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah! Pemandangan Indah Tasik di Dalam Gunung Berapi | Tasik dalam gunung berapi? Pada gambaran awal kita sudah semestinya akan membayangkan tentang kedasyatan letusan gunung berapi yang memuntahkan lava dari magma yang panas sehinggakan mencarikan apa saja yang dilaluinya. Tetapi ini yang berlaku setelah gunung berapi terserbut sudah mati dan tidak aktif lagi dan membentuk tasik yang indah dan dikelilingi hutan yang tebal.


Terletak di negeri bebas Samoa, dalam  kampung Latofaga selamat dan tersembunyi dari mata pelancong ini adalah syurga sebenar.

Tiada siapa menyangka bahawa terdapat keindahan luar biasa apabila gunung berapi ini sudah tidak aktif. Saksikan lagi gambar keindahan alam di bawah ini...
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Rabu, 25 April 2012

Wow! - Panorama Letusan Etna, Gunung Berapi tertinggi dan paling aktif di Eropah (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Etna, Gunung berapi paling aktif di Eropah memuntahkan lava panas membara buat kali ke tujuh. Gunung berapi Etna tahun ini, memuntahkan keluar beratus-ratus lava lebur beberapa meter ke udara. Hasil dari letusan gunung ini menghasilkan satu panorama yang sangat menarik, indah dan mengerunkan.



Penduduk yang tinggal berdekatan telah diliputi dengan abu panas tetapi gunung berapi tertinggi di Eropah ini dan yang paling aktif nampaknya tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan manusia.

Penduduk tempatan bandar Sicily Catania bersyukur hasil dari aktiviti Etna sekurang-kurangnya tidak menutup lapangan terbang tempatan sebagaimana yang berlaku bulan lepas.

Saksikan lagi panorama indah letusan gunung berapi di bawah ini.....
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>