Tampilkan postingan dengan label merbahaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label merbahaya. Tampilkan semua postingan

Kamis, 12 September 2013

HEBAT! - Ibu Muda Tunggang Basikal Sambil Susukan Anak

TAOTAUAJER - Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.


Saksi berkata, wanita itu menyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal. Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.

AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik. Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi

TAOTAUAJER : Memang hebat , dalam sambil naik basikal pon sempat lagi menyusukan anak. Dah tak sempat kot agaknyer ada tempat yang perlu di pergi. Memang  ia kelihatan hebat tetapi boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga kanak-kanak tersebut. - Koleksi Hebat


Rabu, 11 September 2013

OMG! - 6.8 Juta Tikus Melebihi Populasi Penduduk Di KUALA LUMPUR!

TAOTAUAJER - BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!


Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.

Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.

Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.

Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.
SUMBER : SH

TAOTAUAJER : Sangat membimbangkan apabila kejadian sebegini, berlaku. Sememang nyer tikus sukar di hapuskan, kalau korang nak tau tedapat satu pulau yang di letupkan untuk ujian nuklear dan apa yang belaku selepas itu adalah tikus masih boleh dijumpai di pulau tersebut.- Koleksi OMG!


Senin, 22 Juli 2013

DAHSYAT! - Pembukaan Empangan Sungai Kuning Membebaskan 30 Juta Tan Lumpur (8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sungai Kuning, yang mengalir melalui sembilan wilayah China, adalah salah satu sejarah dahsyat kerana kerap banjir besar-besaran. Pada zaman moden, banjir besar telah dibendung dengan terciptanya empangan, tetapi apa yang berlaku ini,sangat mengejutkan dengan senario yang berbeza.


Gambar ini adalah hasil daripada usaha-usaha pembersihan tahunan untuk mengeluarkan 30 juta tan lumpur yang terkumpul di atas dasar sungai di Xiaolang di Dam di Wilayah Henan.

Kelodak dengan deras keluar dari tiga saluran empangan dengan kelajuan 260 bilion liter sesaat. Dengan itu, ramai yang datang untuk menonton kuasa alam semula jadi yang merbahaya dan boleh mengancam keselamatan mereka.









TAOTAUAJER : Sungguh memukau pemandangan apabila air dari lepasan empangan memancut dengan kelajuan tinggi dan menghasilkan roket air. Pada masa yang sama mungkin mereka tak sedar dengan pelepasan ini boleh menyebabkan habitat akuatik musnah sepertimana yang kita lihat gambar di atas, banyangkan apabila batu karang dan kehidupan yang cantik di selaputi dengan lumpur dengan tanah agak-agak ape yang jadi? Korang fikirkan - Koleksi DAHSYAT! 

Rabu, 05 Juni 2013

WOW! - Berkayak di Antara Lelehan Lava Gunung Berapi (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Berkayak di antara lelehan gunung berapi tidak akan anda pernah bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.


Namun, itu saja dianggap tidak cukup bagi kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.

Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu air laut boleh membakar kedua tangan mereka.










TAOTAUAJER : Gila kental, dengan berani nyer mereka berkayak merentasi diantara lelehan lava gunung berapi yang boleh menyebabkan mereka ini terbunuh! 


Senin, 22 April 2013

BIAR BETUL! - H7n9 Adalah Senjata Biologi US Dan Sedang Menyerang China?

TAOTAUAJER - CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 dan masih lagi berlarutan sehingga kini dimana paling terkini adalah 4pm hari isnin baru baru ini dilaporkan. Dengan itu  kes yang di laporkan sudah meningkat kepada 104 kes dan juga 21 kematian di catatkan sejak Mac lalu.

"Susulan daripada insiden itu, pegawai tentera tempatan dengan lantang, menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadi dalang melancarkan perang biologi ke atas negara itu.


Menerusi kenyataan dipaparkan laman blog mikro, Sina Weibo dan turut mendapat perhatian media di Asia baru-baru ini, Kolonel Dai Xu mendakwa AS telah menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jason Rebholz menafikan tuduhan itu yang kononnya dianggap sebagai tidak berasas.

Ogos lalu, akhbar Global Times menyiarkan kenyataan beliau menggesa China melancarkan peperangan dengan AS atas tindakan mereka menyokong Jepun bagi menuntut Pulau Senkaku yang menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam kenyataan terbarunya, Xu turut mendakwa Pentagon kini sedang cuba menjalinkan hubungan ketenteraan lebih rapat dengan China.

Selain itu, beliau menyatakan virus H7N9 itu dicipta sebagai senjata biologi sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang dibangunkan oleh AS dan menyerang negara tersebut pada 2003.

“Pada masa itu, AS sedang melakukan pencerobohan di Iraq dan mereka khuatir kami akan menggunakan peluang tersebut untuk mengambil tindakan.

Bertitik-tolak daripada itu, AS bertindak menggunakan senjata biologi untuk menentang China,” katanya.

Beliau turut mendakwa AS mahu menggunakan taktik sama ketika ini dan China sepatutnya berwaspada dan cuba menangani masalah tersebut dengan tenang.

“AS juga telah menggunakan krisis bersama Korea Utara untuk merenggangkan hubungan Beijing dengan sekutunya menerusi tawaran ‘kerjasama’ mereka.

Selain itu, Xu juga mendedahkan teori plot negara Barat untuk mengancam pihak lain dengan cara mendedahkan maklumat yang diperoleh bertujuan untuk menjejaskan reputasi sesebuah negara.

Kenyataan lantang Xu tersebut mendapat maklum balas negatif banyak pihak dan sehari selepas itu beliau sekali lagi mengemas kini status dengan mendakwa sekumpulan individu di China telah disuntik dengan ‘toksin mental’ oleh AS berikutan pendirian mereka yang terus menyokong kuasa besar terbabit.

Sementara itu, penganalisis memaklumkan lebih 945,600 pengguna blog mikro memperkatakan mengenai isu penularan H7N9 tersebut antara 8 dan 9 April lalu.

Sejak ia mula tersebar secara meluas di media, antara 1.3 dan tiga juta pengguna Sina Weibo dan QQ Weibo mengemas kini status mereka, selain memberi maklumat terkini berhubung kes tersebut.

Puluhan ribu pengguna turut menyatakan keraguan mereka terhadap pegawai perbandaran Shanghai yang menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden khinzir ditemui mati terapung di Sungai Huangpu, bulan lalu.

Susulan daripada itu, ada spekulasi yang mendakwa kematian misteri lebih 16,000 khinzir di sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Shanghai tersebut mencetuskan penyebaran virus pembawa maut terbabit.

Menurut khabar angin, seorang daripada mangsa yang dijangkiti H7N9 itu adalah penyembelih khinzir.

Selesema burung itu dikatakan sama seperti wabak sebelum tetapi dengan perbezaan ketara; virus terbaru menyebabkan sukar mengenal pasti haiwan ternakan yang dijangkiti kerana ia tidak membunuh haiwan tersebut.

Difahamkan, China mengesahkan kes pertama jangkitan H7N9 kepada WHO pada 31 Mac lalu dan pihak berkuasa dipercayai mengambil masa 20 hari untuk membuat pengumuman itu

Menjelang 5 April, sebanyak 14 kes dilaporkan dan enam daripadanya membawa maut.

Pada masa ini, virus H7N9 tersebut telah tersebar ke banyak kawasan termasuk di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Walaupun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia tidak boleh disebarkan oleh manusia, namun banyak pihak khuatir jika virus itu mengalami mutasi yang akan menyebabkan ia menjadi lebih berbahaya.

Pihak berkuasa China juga cuba untuk meredakan kebimbangan penduduk dengan meyakinkan kepada mereka bahawa tiada bukti menunjukkan manusia boleh menjadi penyebar virus tersebut melainkan jika mereka terdedah dengan haiwan ternakan atau burung yang dijangkiti H7N9.

Difahamkan, sampel virus itu telah dihantar ke makmal di beberapa negara termasuk Netherlands dan Britain bertujuan untuk penyelidikan bagi menghasilkan vaksin yang sesuai.


TAOTAUAJER : Apakah ia satu konspirasi ataupun taktik serang atau boleh di sebutkan perperangan biologi secara senyap? Walau apa pun ia sangat merbahaya sehinggakan boleh meragut nyawa. 

Kamis, 20 Desember 2012

WOW! - Cara Ekstrem Taliban Mengambil Minyak dari Lori yang Terbakar (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sangat ekstrem! Di Afghanistan, Taliban meletupkan lori bahan api NATO dan mengambil minyak dari tanki tersebut semasa ia tidak rosak sepenuhnya. Memang tega, sekali meletup abis sume tu panggang!







TAOTAUAJER : Memang giller dan sangat ekstrem, bahaya apabila bermain dengan api apatah lagi bermain dengan bahan api yang terdapat nyalaan api berhampiranya. Sekali meletup memang semua jadi korban. - Koleksi Ekstrem


Jumat, 24 Agustus 2012

OMG! - Petani Nepal gigit ular tedung sampai mati (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang petani Nepal yang dipatuk ular tedung ketika bekerja di sawah telah membunuh reptilia itu dengan menggigitnya beberapa kali, Selasa lalu.


"Penjinak ular memberitahu saya jika dipatuk ular, kita gigit sehingga ia mati dan tiada apa yang akan berlaku kepada kita," kata Mohammed Salmodin kepada BBC.

Mohammed kini sudah dibenar keluar dari hospital di mana dia menerima rawatan akibat dipatuk ular.


Pegawai mengatakan bahawa petani itu tidak akan didakwa kerana reptilia itu tergolong dalam spesis yang tidak terancam.

"Apabila saya menyedari ular telah mematuk saya, saya pulang ke rumah untuk mengambil lampu suluh dan saya lihat ia adalah ular tedung. Lalu saya menggigit ular itu hingga mati," katanya yang ditemui di Biratnagar.

Selepas dipatuk ular, Mohammed menjalani aktivitinya seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun akhirnya dia bersetuju mendapatkan rawatan selepas ahli keluarga, jiran dan polis mendesaknya.

Kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah kampung 200 kilometer dari Kathmandu.

Ular yang dibunuh itu dilaporkan spesis ular tedung biasa. Nepal mempunyai pelbagai spesis ular, banyak yang berbisa - seperti ular tedung.

Terdapat kira-kira 20,000 kes dipatuk ular setahun, kebanyakannya di selatan Terai, menyebabkan 1,000 kematian, laporan agensi berita AFP.

Nasihat kepada mangsa gigitan ular berbeza kerana ular yang tidak sama jenisnya memiliki racun yang berbeza.

sumber : SH

Minggu, 10 Juni 2012

OMG! - Ular ini masih mengganas meskipun kepala sudah putus [VIDEO]

TAOTAUAJER - Satu video yang di rakamkan di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang, dimana ular yang hanya tinggal kepala tersbut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa.


Saksikan video di bawah ini.....

Jumat, 25 Mei 2012

OMG! - Ulat beluncas paling bahaya di dunia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lonomia Obliqua adalah salah satu ulat beluncas paling bahaya didunia yang telah mengakibatkan beberapa kematian setiap tahun di Amerika Selatan dan Brazil. Lonomia sering bersembunyi disebalik kulit pokok, mereka mempunyai racun berbisa yang boleh menyebabkan pendarahan yang serius, hemolisis, dan kematian.


Lihatlah tubuh ulat nie pon dah macam berduri-duri yang dapat membebaskan racunnya apabila seakan duri tersebut tertusuk kedalam bahagian anggota badan manusia.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>