Minggu, 14 Juli 2013

WOW! - The New Century Global Centre, Bangunan Terbesar Dunia Dibina China (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau Dubai mempunyai banggunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa , tetapi kini China mendakwa mempunyai bangunan yang terbesar di dunia. The New Century Pusat Global, di wilayah Sichuan di negara tersebut, dibuka pada 28 Jun.


Tidak kira sama ada anda hendak membeli-belah, berenang, meluncur ais, berjemur atau, semuanya boleh dilakukan di bangunan paling besar di dunia.

Pusat Global New Century di Chengdu, wilayah Sichuan, China mampu memuatkan 20 Sydney Opera House atau tiga Pentagon di dalamnya.

Dengan keluasan 19 juta kaki persegi, ia mengandungi pusat beli-belah, sebuah perkampungan ala Mediterranean, taman air, gelanggang luncur ais dan beberapa hotel.

Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai cuaca di dalam bangunan kaca itu kerana kompleks gergasi itu mempunyai matahari tiruan sendiri.


Panjang bangunan itu ialah 500 meter, lebarnya, 400 meter dan tinggi, 100 meter. Bangunan itu yang terletak bertentangan dengan Pusat Seni Kontemporari Chengdu, direka oleh arkitek Britain keturunan Arab, Zaha Adid.

Menurut pegawai China, Pusat Global New Century itu adalah bangunan yang berdiri sendiri terbesar di dunia dan mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.





“Ini ialah bandar raya lautan yang dibina manusia,” kata pemandu pelancong tempatan, Liu Xun. Menurutnya, matahari buatan manusia yang dibina dalam bangunan itu mampu membekalkan cahaya dan suhu panas sepanjang 24 jam sehari untuk pengunjung membeli-belah di butik dan kedai yang seluas 400,000 meter persegi.

Kita saksikan pula video ini....



SUMBER : ibtimes, Hmetro, huffingtonpost, Youtube

TAOTAUAJER : Lihat lah China.. sekali lagi China.. Berani menandingi negara-negara besar dalam teknologi kejuruteraannya, dimana berjaya menghasilkan satu banggunan yang paling besar di dunia sebagai mercu tanda gah negara mereka. - Koleksi Structure!