TAOTAUAJER - Salah seorang lelaki terkaya di Australia, Clive Palmer, pada Isnin mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal Titanic versi abad ke-21 di China, dengan pelayaran pertama dari England ke New York ditetapkan pada 2016. Palmer, seorang jutawan perlombongan berkata beliau telah mentauliahkan syarikat milik negara China CSC Jinling Shipyard untuk membina Titanic II dengan dimensi yang sama seperti sebelumnya.
"Ia akan menjadi serupa dengan kapal mewah Titanic yang asal tetapi sudah tentu ia akan mempunyai ciri teknologi abad ke-21 dan navigasi terkini serta sistem keselamatan," Palmer berkata dalam satu kenyataan.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>