TAOTAUAJER - Semalam 16 April telah berlangsungnya pelancaran Proton Preve yang dirasmikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak. RTM1 telah menyiarkan detik bermakna tersebut. Model baru Proton,Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini. Turut hadir mantan perdana menteri iaitu Tun Dr. Mahatir.
PROTON Preve ditawarkan pada harga RM59,990 hingga RM72,990 seunit.
PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara.