Sabtu, 16 Maret 2013

INFO! - Saat Pertama Anak Di Lahirkan Mengapa azan?

TAOTAUAJER - Tao ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang hampir-hampir dah nak melahirkan anak, mesti tak sabarkan nak melihat cahaya mata yang bakal dilahirkan ...Jangn lupa perkara paling penting setelah anak dilahirkan....jom baca apa yang perlu dilakukan saat anak dilahirkan.


Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas dia dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan?
Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.

Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

TAOTAUAJER : Sebagai bakal seorang bapa haruslah mensiapkan diri supaya apabila lahirnya cahaya mata nanti kita sudah bersedia dan tahu apa yang harus di lakukan pada bayi tersebut. Dengan itu juga tanggungjawab kita menjadi lebih besar untuk mendidik anak ibarat kain putih dan kita yang harus corakkan ia sehinggakan anak kita besar dan menjadi seorang yang berguna di masa hadapan kelak. - Koleksi Artikel Islamiah