Kamis, 20 Oktober 2011

GEMPAR! Muammar Gaddafi ditangkap dan mati dengan derita kecederaanya



TAOTAUAJER - SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.



Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

Muammar Ghadafi telah meninggal dunia. Apa yang dilaporkan ketika ini adalah, Muammar Gaddafi telah bersembunyi sebelum ini di dalam lubang di kota kelahiran Sirte. Ia berulang sekali lagi di mana ia sama seperti apa yang terjadi kepada Saddam Hussein yang bersembunyi di dalam lubang di Tikrit, diktator-diktator dari istana yang besar dan gah ini akhirnya jatuh dan tumbang di lubang-lubang d bawah tanah….

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>