Senin, 08 April 2013

WOW! - Inilah Rupa Gigi Korang Masa Kecil (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Pernahkah korang terfikir dari mana datang nyer gigi dan bagaimana gigi itu tumbuh? adakah tumbuh seperti cendawan dari gigi yang kecil sehinggalah gigi tersebut membesar? Gigi telah wujud setelah kita lahir dan tersembunyi disebalik tengkorak kita... Gambar dibawah menunjukkan susunan gigi seorang budak.


tautak? kenapa gigi susu cepat tanggal. Ini disebabkan gigi susu korang telah ditolak keluar oleh gigi kedua yang dah mula tumbuh dari dulu lagi cuma lambat membesar.



TAOTAUAJER : Dalam banyak-banyak gigi yang tumbuh, antara gigi yang paling sakit sekali nak tumbuh adalah gigi bungsu dimana gigi ini adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun. Siapa yang sedang mengalami penumbuhan gigi bungsu akan terasa sakit pada bahagian belakang apabila gigi tersebut cuba keluar dari gusi @ daging di mulut anda - Koleksi Menarik

Minggu, 07 April 2013

SERIUS? - Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut?

TAOTAUAJER - Kolagen oh kolagen, sebut kolagen jer pasti kaum wanita akan terbayangkan Rumpai laut, dimana dikatakan akan memberikan kulit yang cantik putih dan mulus. Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. Betul ker kat rumpai laut ade kolagen?


Apa yang korang akan korang baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Thesecretmedicines menyatakan walaupun telah menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, mereka tetap degan pendirianya. Kebenaran tetap akan didedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, TSM tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.


Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.


Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar


Kolagen mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. TSM membuat kajian dan tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kalau korang nak tau kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. TSM menyatakan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.



Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah korang kembali remaja setelah kulit  korang  berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika korang ingin terus menggunakannya, ok jer korang  boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit  korang sentiasa kekal lembap dan  korang dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma korang membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja.  korang tidak boleh mendakwa  korang mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

SUMBER: Thesecretmedicines

TAOTAUAJER : Pasti ramai yang sakit hati membaca artikel ini , namun begitu asalkan ada perubahan pada kesihatan, sudah cukup baik. pilihan dan kuasa membeli adalah di tangan kita sendiri.. tepuk dada tanya selera dari tubuh badan sendiri - Koleksi Kesihatan


Jumat, 05 April 2013

SERIUS! - Kekebalan Pengganas Sulu Polis Seakan Berperang Dengan Syaitan (3 GAMBAR+VIDEO)

TAOTAUAJER - Pasukan keselamatan berperang dengan Syaitan, ini lah yang di ceritakan oleh seorang anggota PGA sewaktu pertempuran yang berlaku di Lahad Datu bulan lepas. Pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Tapi inilah yang berlaku seperti yang tao pernah tunjukkan sebelum ini pada post Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu (3 GAMBAR)

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.


Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.



Baju Pengganas Sulu yang mati ditembak,robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.

Saksikan Video anggota PGA kongsi pengalaman berdepan pengganas sulu



SUMBER : Sinar harian

TAOTAUAJER : Giller la tahap kebal deorang kena tembak ratusan perluru badan berasap dan masih boleh berlari lagi tuh. Lagi yang peliknyer baju tak de kesan darah pulak tu, kuat betul jampi nyer tapi akhirnya tumbang jugak ke tanah . - Kisah LAHAD DATU CRISIS


Rabu, 03 April 2013

TAUTAK? - 10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan Kini

TAOTAUAJER - Sebelum bom atom digugurkan di Hiroshima, bangsa Jepun sangat maju. Selepas dibom, bangsa Jepun terus bangkit. Bangsa Jepun berjiwa kental, rajin dan bersemangat. Sekarang Jepun antara negara maju dalam kelompok lima teratas. Bagaimana jepun boleh terus mencapai kemajuan?


Disini tao nak kongsikan pada korang 10 Sebab Jepun dapat mencapai kemajuan

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

TAOTAUAJER : Inilah yang kita terus terapkan dari kanak-kanak yang di ajarkan di sekolah, dengan itu sistempendidikan kita perlu dikaji dan ikut seperti di jepun. Jika di bandingkan negara kita dan jepun memang jauh sekali perbezaan nyer. Apa yang pertama sekali adalah sikap kita sendiri. Tengok lah sepertimana post sebelum ini tao tunjukkan tentang etika orang jepun di jalan raya nampak macam remeh jer tapi besar kesannya. - Koleksi Info


WOW! - Tentera AS Hantar Jet Kalis Radar Ke Korea Selatan

TAOTAUAJER - Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan, pihaknya telah menghantar beberapa buah jet kalis radar, F-22 Raptor ke Korea Selatan.


Gambar fail menunjukkan dua buah jet F-22 Raptor milik tentera Amerika Syarikat terbang dekat Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam pada 4 Ogos 2010

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan yang melibatkan kedua-dua buah negara.

Seorang jurucakap tentera AS di Korea Selatan berkata, kepada agensi berita AFP, sebanyak dua buah jet F-22 Raptor tiba di Korea Selatan kelmarin bagi menyertai latihan ketenteraan yang akan berakhir pada 30 April depan.

Jet-jet pejuang itu berlepas dari pangkalan udara AS di Okinawa, Jepun.

Walaupun ia bukan kali pertama F-22 Raptor telah digunakan di dalam latihan tahunan ketenteraan namun kehadiran jet tersebut meningkatkan kemarahan Korea Utara.

Korea Utara telah mengancam untuk menyerang pangkalan tentera AS di rantau Pasifik sebagai reaksi balas terhadap penyertaan AS dalam latihan ketenteraan Foal Eagle.

Sebelum ini, tentera AS menghantar sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan.

Penghantaran pesawat itu pada minggu lalu itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.

Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini turut melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.

Korea Utara kini dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas bapanya, Kim Jong-il meninggal dunia pada April tahun lalu. – Agensi

SADIS! - Beginilah Bagaimana Seorang Budak Untuk Mendapatkan Roti (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di negara kita roti rosak atau tak sedap sikit jer budak-budak sekarang memang pandang sebelah mata jer. Tapi lain ceritanya di China beginilah kesusahan budak-budak yang tiada tempat tinggal ataupun sangat susah di china, perlu memerah tenaga bagi mendapatkan sesuap roti.













TAOTAUAJER : Lihatlah betapa susahnya untuk mendapatkan sesuap roti, sehinggakan budak kecil ini membuat aksi-aksi yang dapat menarik perhatian orang ramai, kalau di lihatkan dari tubuh badan budak ini rasanya budak nie berumur 8 atau 9 tahun jer. - Koleksi Mereka yang Hebat

WOW! - Kedai Gula-Gula Terbesar Di Dunia (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Gula-gula sememangnya sinonim dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak menyukai makanan manis ini. Tao nak kongsikan suatu tempat yang pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.


Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.

Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.

Lagi-lagi Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki. Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.

Konsep Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil , digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.







TAOTAUAJER : Giller la penuh kedai nie dengan gula-gula, boleh rongak gigi kalau macam nie sume nak di beli dan nak di rasa. Agak-agak kalau bawak anak-anak ke supermarket dan terlalu kat kedai nie agak-agak tutup mata anak kita tak? mau tak balik jawabnyer kalau anak korang singgah sini - Koleksi Menarik

Selasa, 02 April 2013

GEMPAR! - Konspirasi Lagu Gangnam Style Yang Menghina Rasulullah Terbongkar!

TAOTAUAJER - Pulak dah konspirasi lagu gangnam style nie menghina rasulullah pulak, kalau sebelum ini pada tahun lepas keluarnya satu konspirasi dimana di ceritakan menjadi diantara petanda kiamat (BACA SINI). Ikuti pembongkaran Konspirasi Lagu Gangnam Style Yang Menghina Rasulullah di bawah ini.


Apa yang merisaukan zaman sekarang, bila orang berhujah benda yang dia sendiri tak tahu betul atau tidak, kemudiannya mengatakan maklumat tersebut daripada ulamak dotdotdot (fill in the blank) sebagai satu cara mahu orang percaya dengan apa yang disampaikannya sedangkan ulamak tersebut tak pernah mengeluarkan fakta dan kata-kata seperti itu.

Isu lagu Gangnam Style pun boleh meleret-leret kononnya “Saya nak jadi yahudi (BACA SINI)” la dan paling baru, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Inisiatif ingin menyebarkan sesuatu untuk kebaikan tu sangat baik tapi biarlah sesuatu yang disebarkan itu, kita sendiri tahu sejauh mana kebenarannya. Janganlah nak paranoid dengan semua benda. Kalau tak suka, abaikan sahaja dan tak perlu gunakan agama dan nama ulamak sebagai cara ingin menghentam minat orang lain. Kita takkan mampu paksa orang lain untuk minat apa yang kita minat, dan membenci apa yang kita benci.


Walau apapun, kita patut pengeji para gadis Islam yang terkinja-kinja menggayakan tarian dari lagu ini. Memang dalam tarian dan juga video clip mereka, ada banyak simbol gerak-geri yang lucah dan tak patut kita contohi. Mereka di Korea, ada cara mereka dan kita patut tahu mana yang boleh kita ikut dan tidak. Dengar sebagai penyedap halwa telinga sudahlah. Tak perlulah sampai terikut-ikut dan tak perlu juga terlalu paranoid dengan semua benda yang kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.


Ce korang Baca Lirik Gangnam Style Dalam Bahasa Melayu ini ... agak-agak ade tak?

Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam

SUMBER : froyoplus.com

TAOTAUAJER : Ape pendapat korang? siapa yang salah dan siapa yang betul? bagi pendapat tao la kita sepatutnya jangan mendengar dari satu sumber dan mungkin sumber tersebut tidak boleh di percayai cuba tanya ataupun dapatkan dari beberapa sumber yang berbeza dan dapatkan beberapa pendapat sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. - Koleksi Pembongkaran


TAUTAK? - Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

TAOTAUAJER - Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tao sendiri mengaku untuk tidur awal memang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari. Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.


Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan. Nak mudah dan cepat makan Maggi.Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Tahukah korang terdapat banyak keburukan tidur lewat dan bangun lewat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1 Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

2 Tidak buang air kecil di pagi hari.

3 Terlalu banyak makan.

4 Tidak mengambil sarapan.

5 Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6 Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

7 Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8 Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Tapi kalau waktu tidur anda terlalu lama, ini pulak jadi nyer...

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.
Cara Mengatasi Masalah Tidur

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1 Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2 Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3 Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

4 Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5 Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6 Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

SUMBER : HarianIslam

TAOTAUAJER : Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri kita bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain. Tapi inilah hakikatnya rata-rata ramai yang tidur lewat dan juga bangun lewat terutama sekali waktu cuti - Koleksi Info Kesihatan


WOW! - Ralph jadi arnab paling berat dan besar di dunia (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.


Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini. “Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.


Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.









“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

SUMBER 

TAOTAUAJER - Giller besar arnab nie dah mengalahkan kucing, makanan dye pulak dah mengalahkan orang pulak. Pastinyer sukar untuk arnab ini berjalan kerana berat badan yang melampau. - Koleksi Rekod Haiwan