Rabu, 17 Oktober 2012

WOW! - Buah labu milik Wallace ini terbesar dunia ?

TAOTAUAJER - Buah labu terbesar dunia milik Wallace ? biar betul besar giller labu tu. Ron Wallace seorang penanam labu dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di New York kelmarin.


Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg).
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

EUWWW! - Mengelikan Terapi Menggunakan larva lalat (2 GAMBAR+VIDEO)

TAOTAUAJER - Sungguh menggelikan apabila terapi menggunakan larva lalat. Pastinyer ada yang tidak sanggup melihat larva atau ulat yang seperti cacing yang menguit-guit tentu menggelikan. Tapi cuba korang bayangkan apabila larva tersebut di gunakan sebagai terapi dan diletakkan pada bahagian luka korang? bukan saeekor tetapi banyak ekor.


Dulu, beberapa doktor menyedari bahawa tentera yang pada lukanya terdapat larva lalat sembuh lebih cepat berbanding yang tidak. Larva lalat ini memakan sel-sel kulit mati dan bakteria.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

TAUTAK? - 7 keajaiban air mata manusia

TAOTAUAJER - Pernahkah korang tau akan keajaiban air mata manusia? Air Mata sebenarnya mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat   ajaib  yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

TAOTAUAJER : Lihat betapa banyak nyer keajaiban dari air mata , walaupun ia sekadar air yang keluar dengan kadar yang tidak banyak namun ia mempunya pelbagai manfaat buat diri kita. Syukuri lah apa yang kita ada dan ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Tetapi korang mesi ingat walaupun air mata banyak keajaibannya tetapi dengan menangis bukan lah satu langkah bagi selesaikan sesuatu masalah.


Selasa, 16 Oktober 2012

BIAR BETUL! - Khalimah Syahadah Terukir di cincin Barack Obama? (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Biar betul khalimah Syahadah ‘La Ilaha Illallah’terukir di cincin Barack Obama? Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.


Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Senin, 15 Oktober 2012

ANEH! - Batu Menyerupai Bayi Boleh Menangis (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.


Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.


Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

TAOTAUAJER : Seram pulak tulis artikel ini... hehee , boleh ker dipercayai perkara seperti ini? Adakah hanya rekaan semata-mata bagi menaikkan populariti sesuatu kawasan tersebut? Hanya Allah yang tahu. - Koleksi Misteri dan Seram


WOW! - Planet Dipenuhi Belian Ditemui di Angkasa Lepas

TAOTAUAJER - Wow planet di penuhi dengan belian di temui di angkasa lepas. Pasti tak tercapai akal korang aga-agaknyer macam mana keadaannya sebuah planet yang di penuhi dengan belian. Dimana sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.


Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ’55 Cancri e’
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

WOW! - Pertandingan Ratu Cantik di Arab Saudi mengejutkan dunia (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi | Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.


Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

WOW! - Felix Baumgartner Cipta Rekod Terjunan Angkasa dengan hampir kelajuan bunyi.(8 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Felix Baumgartner Telah Cipta Rekod Terjunan Angkasa | mesti ada yang terfikir tinggi giller lelaki nie terjun aga-agak kalau korang pasti terkencing terberak punye la dalam sut tu. Seperti mana tao ade bagi tau tentang terjunan yang menghampiri laju bunyi bakal di lakukan oleh Felix kini sudah menjadi kenyataan apabila dia berjaya melakukan terjunan tersebut.


Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa pada pagi ahad 13 Oktober 2012 dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi. Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Minggu, 14 Oktober 2012

WOW! - Apabila Artis Korea Memakai Baju Kurung & Kebaya Cun beb! (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Wonder Girls memakai baju kurung sewaktu membuat konsert di Malaysia? Ia sungguh berbeza sekali apabila wonder Girls memakan baju kurung sewaktu membuat konsert di malaysia baru-baru ini. Seperti mana yang korang tau deorang nie memang sentiasa menampilkan persembahan dengan pakaian-pakaian yang agak seksi sewaktu membuat persembahan ape-ape pon korang lihat gambar-gambar di bawah ini...


Apabila Artis korea ini memakai baju kurung nampak ayu la pulak macam awek-awek kat malaysia...hehe

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

WOW! - Penemuan Al-Quran tertua di Yaman (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang lelaki Yaman mendakwa menemui sebuah manuskrip lama yang dipercayai paling tua iaitu naskhah Al-Quran. Kitab suci umat Islam itu ditemui di dalam penutup kulit dalam sebuah gua di pergunungan selatan bandar Dhale, di bahagian selatan negara itu, lapor halaman web berita Yaman berbahasa Arab, Aden Gulf News.


Perkataan “Manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masihi) tertulis pada halaman pertama dan ujian awal menunjukkan bahawa naskhah berkenaan adalah tulen, menjadikan ia kitab Al-Quran tertua masih wujud.

Berdasarkan halaman web itu, huruf Arab tidak mempunyai titik yang hanya diperkenalkan pada peringkat akhir dalam abjad Arab untuk membezakan ia dengan huruf lain yang kelihatan sama.

“Pemuda yang enggan dikenali itu dilaporkan turut menerima tawaran sejumlah besar wang bagi menukar manuskrip berkenaan termasuk sejumlah YR12 juta (RM170,664) yang ditawarkan kepadanya, tetapi enggan berbuat demikian,” kata saudara terdekatnya.

Katanya beliau tiba di gua gunung berkenaan dengan mendaki menggunakan tali dan menegaskan itu hanya satu-satu cara untuk ke sana.

Halaman berita itu mendakwa lelaki berkenaan juga menemui sebilah pedang bersebelahan naskhah al-Quran tyang dipercayai milik Ali Bin Abu Talib, Khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi Muhammad.

Beberapa perakuan sejarah mengatakan bahawa ia adalah pedang Dhu Al Faqqar yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Ali. - Agensi