Minggu, 23 Juni 2013

WOW! - SUPERMOON, Fenomena Bulan Hampiri Bumi Malam Ini (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Malam ini kita bakal menyaksikan fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi yang dikenali sebagai fenomena Preigee atau Supermoon.


Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.

“Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.

Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah.

Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km.


Ini antara gambar yang berjaya di rakamkan di tempat lain...
#supermoon rising over Melbourne


Place at Sapporo city miyanomori


Malam ini 15 Syaaban, serentak malam Nisfu Syaaban akan berlaku fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi.


TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang malam ini adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada post Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari.

Boleh lah korang pergi tengok bulan malam nie, tapi bagi tempat yang berjerbu tu tao sarankan pakai la mask yer. Dan bagi kawasan yang berjerebu tu mungkin bulan akan kelihatan berwarna oren atau kemerah-merahan.. korang boleh la kongsikan gambar bersama di Page FB.me/TAOTAUAJER

Sabtu, 22 Juni 2013

INFO! - Inilah 15 Ciri Ciri Agama Syiah Yang Perlu Diketahui

TAOTAUAJER - Pasti korang pernah lihat satu rakaman video sekumpulan syiah yang bersembahyang dengan cara sangat pelik sekali dirakamkan di 'MALAYSIA'. Kalau korang ingat penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak!


Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8 ) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahli ssunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

SUMBER : Detik Islam


Jumat, 21 Juni 2013

INFO! - Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Dimana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. 


Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. ----- Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
        *Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi --- Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ?? 
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat --- Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar

SUMBER : zaag2010

TAOTAUAJER : Dimanakah kita sekarang ????? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Tao harap  dengan perkongsian ini korang dan tao sendiri mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat. - Koleksi Artikel Islamiah


SERIUS! - Inilah Stokin Berbulu Kaki Elak Gangguan Seksual (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Inilah teknik terbaru untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.


Seorang model di Shanghai menunjukkan apabila ia mengenakan bulu kaki tiruan tersebut dan sekeping gambar dimuat naik.

Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.

Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.

“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.

Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan

SUMBER : Chinasmack

TAOTAUAJER : Perghhh, ini macam memang orang tengok pon geli... memang effektif la bagi kaki pervert yang suka pandang kaki perempuan. Salah perempuan jugak, yang nak sangat tayang peha and kaki tu apesal? Lagi kalau korang perasan, kenapa perempuan suka pakai seluar ketat? - Koleksi Pelik jer


Rabu, 19 Juni 2013

MENARIK! - Inilah Gambar & Info Sejarah Lengkap Lambang S Superman Semenjak 75 Tahun Dulu.

TAOTAUAJER - Mungkin korang tak tahu , superman telah wujud semenjak 75 tahun yang dahulu. Terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap bentuk lambang 'S' iaitu lambang yang terdapat di dada Superman. Jom kita lihat lambang-lambang superman yang dari awal penciptaannya, sememangnya lain dengan apa yang ada sekarang.


Sumber : Carigold


TAOTAUAJER : Pelik ker kan! lambang superman yang awal-awal tu langsung tak ada mirip sepertimana lambang superman yang ada masa kini. Tetapi ada jugak lambang yang nampak cool!

Minggu, 16 Juni 2013

GEMPAR! - [VIDEO] Munculnya Bara Api Di Yaman, Tanda Tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz

TAOTAUAJER - Pada Jumaat 07/06/13 Yaman di kejutkan apabila secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.


Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.

Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18) 
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46) 
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)

Saksikan video kejadian Fenomena Api Hijaz .


TAOTAUAJER : Apakah tandanya ini semua? apakah ini adalah tanda-tanda kiamat yang diceritakan oleh nabi saw dalam hadis. Mafhum lebih kurang dimana akan keluar api merah menghalau manusia dari yaman. Sudah bersiapkah kita? - Koleksi Misteri

Sabtu, 15 Juni 2013

WOW! - Lagu Najwa Latif Dinyanyikan Oleh Pelajar Di Amerika [VIDEO]

TAOTAUAJER - Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di American high school Chorus group dari Chariho Regional High School, Rhode Island menyanyikan lagunya dalam Bahasa Malaysia.


Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. Sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan "SAHABAT" dalam Bahasa Malaysia.

“Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube. “Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. “Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah,” katanya.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.

Kalau korang nak tau video ini telah di upload oleh orang malaysia iaitu Ana Najia dimana dia seorang exchange student yang pergi kesana.


Dimana, guru Chorus Ana, Cik Dowding bertanya kepada dia jika mempunyai sebarang lagu dari Malaysia yang saya boleh mengajar kepada pelajar. Lagu yang paling mudah dan bermakna yang dia boleh dapati adalah Sahabat oleh Najwa Latif. Jadi, Ana mengambil keputusan untuk mengajar mereka lagu ini! Ia adalah sukar bagi mereka untuk belajar lagu ini, tetapi kemudian mereka membiasakan diri dengan bahasa dan segala-galanya menjadi lebih mudah.

Berikut adalah video lagu Sahabat nyanyian pelajar di Amerika.



TAOTAUAJER : Kagum jugak la , cos orang putih boleh menyanyikan lagi dalam bahasa malaysia.. buat pengatahuan korang, kalau korang search kat dalam Youtube sebenarnya ada banyak lagi video-video orang putih yang menyanyikan lagu orang melayu. Siap ade sekolah yang mengajar bahasa melayu lagi kat sana. 

WOW! - Lesen Memandu Memandu Versi Terbaru Dikeluarkan (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki lesen memandu versi terbaru yang dikatakan lebih berkualiti dan punya pelbagai fungsi lain bagi menggantikan lesen yang lama.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lesen memandu baru yang akan digunakan ketika sidang media semasa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Harap-harap kualitinya lebih baik la, jangan jadi macam kad pengenalan sebelum nie, pakai tak berapa lama dah hancur, dah kene ganti baru.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini

                                                                                                       pic source: www.cbt.com.my

Ciri Keselamatan
Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi. 
Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

TAOTAUAJER : Tapi kan terlintas kat dalam kepala tao, sedikit kemusykilan... kenape yer benda-banda macam nie tak di sekalikan dengan kad pengenalan "MYCARD" ? kan senang.. semua dalam satu kad. Semua informasi tentang individu di letakkan di dalam tu.


Jumat, 14 Juni 2013

SERIUS! - Jiroemon Kimura Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura lelaki tertua di dunia meninggal . Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kerajaan di Kyotango, bandar Kyoto.... Jiroemon Kimura yang lahir pada 1897, telah meninggal dunia awal pagi 12 Jun di hospital kerana sakit tua.


Beliau diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia pada Disember lalu selepas seorang nenek dari Amerika Syarikat yang berusia 115 tahun meninggal dunia.

Kimura juga berjaya mencatat rekod apabila dia disahkan sebagai lelaki paling tua selepas hidup selama 115 tahun 253 hari.

Kimura yang berasal dari Kyotango dimasukkan ke hospital awal Mei lalu kerana masalah pneumonia dan keadaannya semakin kritikal sejak beberapa hari lalu.


Kimura yang dilahirkan sama tahun dengan perintis penerbangan Amerika, Amelia Earhart, menyambut ulang tahun ke-116 dengan menerima ucapan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melalui rakaman video pada April lalu.

Kimura mempunyai tujuh orang anak, 14 cucu dan 25 cicit dan dia pernah berkhidmat di pejabat pos selama 40 tahun.
Selepas bersara, dia bertani sehingga usianya mencecah 90 tahun.

Kimura tidak merokok dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalan hidupnya ialah makan tanpa berlebihan.
Datuk Bandar Kyotango akan memberi penghormatan kepada Kimura di rumahnya, manakala dewan bandaran akan menyediakan tempat untuk buku rakaman takziah.

“Kimura merupakan penduduk yang terkenal, jadi kami jangka ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepadanya,’’ ujar pegawai kerajaan. - AFP

TAOTAUAJER : Masihkah korang ingat akan post tao yang lalu dimana seorang wanita di rekodkan sebagai wanita tertua di dunia, dimana usianya adalah 115. Kini Misao menjadi manusia tertua di dunia selepas Kimura meninggal.


UNIK! - Perkhidmatan Dulang Terbang Di Yo! Sushi [VIDEO]

TAOTAUAJER - Unik apabila terdapat restoran yang menggunakan teknik perkhidmatan dulang terbang bagi menghantar makanan kepada pelanggan. Kebiasaannya sudah pasti pelayan yang menghantarkan makan itu adalah manusia tetapi berlainan di rangkaian restoran Britain bernama Yo! Sushi ini dimana ia membuat perkhidmatan dulang terbang pertama di dunia bagi menghantar hidangan ke meja pelanggan dengan pantas.


iTray menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas. Dron dikawal melalui komputer iPad boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam. Pekerja restoran mengawalnya untuk menerbangkan sushi dari dapur ke meja pelanggan. 




Saksikan video ini....




TAOTAUAJER : Konsepnya memang hebat apabila memesan makanan ianya akan diterbangkan ke meja. Dengan cara ini dapat menarik lagi ramai pelanggan untuk enjoy menyaksikan makanan yang di pesan terbang ke meja mereka. Tapi kalau silam kawal jangan pulak ade yang tertumpah kat pelanggan, masak jawabnyer. Kat malaysia ade sesape nak cuba? - Koleksi Menarik 


SERIUS! - Ikan Duyung Terakam Di Kiryat Yam, Israel [VIDEO]

TAOTAUAJER - Dalam cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.


Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan.



Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya.Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.


TAOTAUAJER : Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain. - Koleksi Misteri 


SUBHANALLAH! - JANUS Kucing yang Lahir Dua Muka (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Rare, kucing bermuka dua, yang juga dikenali sebagai 'Janus', telah dilahirkan di Oregon. Buat pengatahui korang ini bukanlah kali pertama tao tunjukkan sebelum ini terdapat pelbagai haiwan yang melahirkan anak yang ganjil seperti ini.


Anak kucing yang baru lahir tersebut yang diberi nama "Janus" ditemui oleh anak Stephanie Durkee. Pada mula anaknya memberitahu mereka menemui anak kucing berkepala dua, Stephanie berkata, "Mungkin anda semua letih, dan gila....semua itu tidak mungkin berlaku"


Anak kucing tersebut enggan diterima ibunya sendiri membuatkan Stephanie terpaksa menyusukan menggunakan tangannya.


Sebelum ini, Febuari 2012, seekor anak kucing bermuka dua dijumpai oleh Nash Hand dan Amelia Forsythe, di Florida dan dinamakan Harvey Dent. Malangnya anak kucing itu hanya mampu bertahan dua hari akibat komplikasi.

SUMBER: Dailymail

TAOTAUAJER : Subhanallah, menakjubkan.. jarang sekali kita jumpa kucing yang terdapat dua muka seperti ini. Agak-agak kat malaysia pernah ada jumpa yang macam ini tak? - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Kamis, 13 Juni 2013

SUBHANALLAH! - Hajar Aswad merupakan Sumber Gelombang Elektromagnetik Bumi?

TAOTAUAJER - Hajar aswad merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi? biar betul. Sepertimana yang kita tahu hajar aswad adalah merupakan salah satu batu yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah. Ianya merupakan tempat permulaan dan akhir tawaf dan juga tempat yang paling mustajab dikabulkan doa.



Dalam Encyclopedia Americana ada menuliskan:
“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawa ataupun solat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil kajian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari besi yang ada di bumi.

 Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga dimana tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Ikuti Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad

Beberapa angkasawan yang berada di angkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata ia datangnya dari Bait Allah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi sebagai mikrofon yang disiarkan dan mencapai beribu-ribu batu menyiarkan liputan. 

Pada November 2012 seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu Makkah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.  


Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis :

Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.Wallahu a’lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.


TAOTAUAJER : Sungguh menakjubkan, dan tidak terfikir sendiri oleh fikiran kia dimana hajar aswad adalah merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi.