Jumat, 31 Mei 2013

SERIUS! - Islam Dijangka tawan Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi

TAOTAUAJER - Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.


MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai.



Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. mun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

TAOTAUAJER : Syukurlah......islam makin berkembang dan diterima oleh negara luar.


NGERI! - Jururawat Putus Kepala Kerana Leka Guna Telefon Bimbit Di Dalam Lif [VIDEO]

TAOTAUAJER - Inilah bahananya apabila terlalu leka bermain telefon bimbit. Apabila seorang jururawat putus kepala kerana tersangkut pada pintu lif apabila terlalu leka bermain telefon bimbit. Kejadian ini berlaku di China dalam sebuah lif hospital. Saksikan video ngeri di bawah ini...


Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.

Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.

Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. –




TAOTAUAJER :  Perghhh... karingeri siot.. memang ngeri apabila kepala tersangkut dan terus terputus dari badan. Bagi saksi yang melihat pulak pasti ia akan menghatuinya dan pasti tempat tersebut jadi angker..ye tak nye kepala putus kat tingkat atas manakala badan tinggal dalam lif. - Koleksi Ngeri 


Kamis, 30 Mei 2013

WTF! - Bawa Skuter, Bogel, Bawa Salib Gergasi Di Anggap Seni (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Nie la bangang namanya, baru-baru ini seorang mahasiswa dari China Central Academy of Fine Arts telah menjadi sebutan orang ramai di negara itu. Apabila membawa scooter sambil bogel dan membawa salib gergasi dianggap sebagai seni. 


Dimana sebelum ini dirakamkan seorang remaja membawa skuter dalam keadaan bogel dan membawa sex doll di tengah pekan Wangjing.


Dan yang paling terbaru dirakamkan lagi dengan keadaan yang sama tetapi kali ini membawa salib gergasi. Remaja itu mengaku dirinya dalam media sosial China dan menyatakan nama adalah Li Binyuan. Dia menyatakan semua ini adalah kerana seni dan tak ada maksud lain.






TAOTAUAJER : Banggang sungguh kan... ape yang seni nyer? memalukan diri ade lah, orang-orang sekarang dah ilang akal kot kat sane - Koleksi WTF!

Rabu, 29 Mei 2013

SUBHANALLAH! - Bayi Dibuang Lubang Tandas Masih Hidup Setelah Diselamatkan (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah kejam sungguh manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. 


Namun begitu bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.




  

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. 

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily Mail

saksikan video ini...




TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, binatang pun tidak sekejam ini untuk membuang anaknyer. Lihatlah dunia semakin tidak berperikemanusiaan. Yang buang bayi nie patutnya di hukum seberat-beratnya supaya orang lain takut untuk melakukan sebegini - Koleksi OMG!


OMG! - Askar Terminator Ini Tidak Mati Ditembak Di Dahi (9 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Di ibaratkan seperti seorang askar terminator yang popular dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger, apabila seorang askar ditembak di dahi namun tidak mati. Kisahnya bermula sewaktu berperang dengan militan Chechen seorang askar Russia ini telah pura-pura mati apabila dahinya telah mengenai peluru AK 47.


Namun dia bernasib baik kerana peluru itu tidak menembusi dahinya kini dia digelar 'Terminator' Rusia.P eluru itu juga telah ditanggalkan hanya menggunakan playar jer!

Jom saksikan di bawah ini....

 


  




TAOTAUAJER : Giller betul, kalau betul la... perluru tersebut seakan tidak tembus kedalam kepala askar tersebut seakan ia mempunya tengkorak besi di dalamnya. Atau pun lelaki ini mempunya tangkal kebal macam mana yang digunapakai oleh Askar sulu menyerang malaysia kot - Koleksi OMG!


Selasa, 28 Mei 2013

TAUTAK? - Kelebihan Tidur Siang Hari, MESTI TAHU!

TAOTAUAJER - Siang adalah hari yang letih setelah membuat pelbagai macam kerja, ia akan menyebabkan kita kengantukan lagi-lagi apabila terdapat Aircond yang menyelimuti diri. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.


Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)


TAOTAUAJER : Tidak dinafikan lagi tidur sebelum masuknya waktu zohor adalah waktu tidur yang terbaik. Selain ia merupakan sunnah nabi, kita disarankan tidur untuk mendapatkan kecergasan semula. Kalau korang nak tau tidur yang kejap tu la yang paling nikmat dan sudah memadai dan kita akan rasa cergas sepanjang hari. - Koleksi Info

TIPS! - Ketahui Cara Jimatkan Bateri Laptop

TAOTAUAJER - Sekarang ini kita banya kenghadap Laptop membuat kerja dan bersosial menggunakan Laptop, bahkan kalau lepak-lepak di kedai mamak pon pasti ada jer yang bawak laptop. Tapi cukupkah bateri korang untuk melakukan kerja-keja di luar? di sini tao nak kongsikan tips bagaimana untuk menjimatkan bateri laptop korang.


Bagaimana jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.

  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

TAOTAUAJER : Kalau di ikutkan terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. - Koleksi Tips & Petua


Senin, 27 Mei 2013

SERIUS! - Peristiwa 28 Mei Kembali, Periksa Kiblat Anda Segera!

TAOTAUAJER - Mungkin ade ramai yang tidak tau ada apa dengan 28 Mei. Dimana setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 pm waktu Malaysia ( Matahari akan berada tegak diatas Kaabah pada 12.16 pm (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah) membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.

Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.

Bagaimana cara untuk periksa kiblat?


Okay... Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.

Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

SUMBER : FalakOnline

TAOTAUAJER : Boleh lah sesama kita periksa semula kiblat kita di rumah seandainya berlaku perubahan atau pun terdapat kesilapan. Dimana kita sebagai umat islam adalah di galakkan untuk melakukkan semakan ketepatan arah kiblat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. - Artikel Islamiah


Minggu, 26 Mei 2013

ESKLUSIFF! : Gambar-gambar Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

TAOTAUAJER - Tao pon terkejut juga apabila dimaklumkan hari ini Ustaz Azhar Idrus lagi sekali. Dimana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak tengahari tadi 26 Mei 2013. 





TAOTAUAJER : Tak semua si isteri yg mmbenarkan si suami kahwin lain..susah nk cari isteri macam itu .. dengan itu tao ucapkan tahniah buat Ustaz UAI yg baru sje mndrikan rumah tangga :)...  Semoga Berpanjangan Hingga Akhir Hayat.

HOT! - Penjelasan Ustaz Azhar Idrus terhadap Filem Hantu Bonceng - 

Sabtu, 25 Mei 2013

BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia?

TAOTAUAJER - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Berbeza pula ceritanya di Australia apabila bahasa Arab adalah bahasa kedua bagi negara tersebut.... Biar Betul!


Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia.

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.

Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.

Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa.

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP

TAOTAUAJER : Sungguh mengejutkan apabila mengatahui hal ini, dimana kita di malaysia pon tak semua yang betul-betul tahu akan bahasa arab berbanding bahasa Inggeris. Berapa ramaikah kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang menguasai bahasa Arab? - Koleksi Info