Selasa, 28 Mei 2013

TIPS! - Ketahui Cara Jimatkan Bateri Laptop

TAOTAUAJER - Sekarang ini kita banya kenghadap Laptop membuat kerja dan bersosial menggunakan Laptop, bahkan kalau lepak-lepak di kedai mamak pon pasti ada jer yang bawak laptop. Tapi cukupkah bateri korang untuk melakukan kerja-keja di luar? di sini tao nak kongsikan tips bagaimana untuk menjimatkan bateri laptop korang.


Bagaimana jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.

  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

TAOTAUAJER : Kalau di ikutkan terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. - Koleksi Tips & Petua