Senin, 27 Mei 2013

SERIUS! - Peristiwa 28 Mei Kembali, Periksa Kiblat Anda Segera!

TAOTAUAJER - Mungkin ade ramai yang tidak tau ada apa dengan 28 Mei. Dimana setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 pm waktu Malaysia ( Matahari akan berada tegak diatas Kaabah pada 12.16 pm (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah) membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.

Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.

Bagaimana cara untuk periksa kiblat?


Okay... Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.

Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

SUMBER : FalakOnline

TAOTAUAJER : Boleh lah sesama kita periksa semula kiblat kita di rumah seandainya berlaku perubahan atau pun terdapat kesilapan. Dimana kita sebagai umat islam adalah di galakkan untuk melakukkan semakan ketepatan arah kiblat masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat. - Artikel Islamiah