Rabu, 15 Mei 2013

OMG! - Pemberontak Syria Makan Organ Askar Terbunuh [VIDEO]

TAOTAUAJER - Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.


Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.

Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.

Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.

Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.

Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.

“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.

Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.

“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.

April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.

Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

Saksikan video ini Pemberontak Syria makan hati seorang Askar Mati dengan memotong dadanya



SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller dah melarat dah konflik syria ni... sampaikan deorang nak makan organ askar yang mati tanda kekejaman deorang la nieh. Mungkin video itu benar. tapi tak bermakna dibuat oleh FSA. ada juga kemungkinan dibuat sendiri oleh pengikut basyar sbg cara nak raih sokongan antarabangsa pd mereka.