Senin, 29 April 2013

WOW! - Pencarian Individu Pertama Ke Marikh Untuk Di Duduki (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu pada suatu hari nanti bumi akan di timpa bencana atau menurut NASA dimana telah mengenalpasti Asteroid yang besar akan melanggar bumi pada tahun 2040 (LINK).


Sehubungan dengan itu kajian demi kajian telah dilakukan oleh nasa mencari planet lain yang boleh dihuni manusia pada masa akan datang. Dan di planet marikh Saintis temui bukti terdapatnya aliran air di Marikh (2 Gambar)


Baru-baru ini Sebuah organisasi Belanda, Mars One sedang mencari manusia pertama menginjakkan kaki di planet Marikh.

Pengasas organisasi itu, Bas Lansdorp berkata, manusia yang dihantar ke planet itu bagaimanapun, tidak akan kembali ke bumi.

“Manusia di Marikh akan mengalami penurunan ketahanan tulang dan otot sekiranya dihantar kembali ke bumi. Mereka berpotensi terdedah kepada radiasi tinggi sekali gus meningkatkan risiko kanser kerana penurunan imunisasi tubuh dan berhadapan dengan kemandulan,” katanya.

Menurutnya, calon harus memiliki kekuatan psikologi dengan akan dikirimkan dengan ubat-ubatan dan pihaknya akan mengajar cara bercucuk tanam kerana keperluan tenaga seperti matahari dan air wujud di sana.


Keadaan planet Marikh yang bakal diduduki manusia pada 2023.

“Empat calon akan ke sana dan misi ini akan bermula pada 2023 dengan menggunakan teknologi jentera seperti SpaceX,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan mengambil masa lapan bulan untuk sampai ke planet itu.

Kini, seramai 10, 000 individu berusia antara 18 hingga 62 tahun disahkan mendaftar untuk mengikuti program tersebut.

SUMBER : The Guardian

TAOTAUAJER : Owh..nampak nyer Nasa mengambil langkah pertama bagi mewujudkan planet marikh untum menjadi sebuah planet yang boleh diduduki manusia suatu hari nanti. Agak-agak korang berapa ramai yang akan mati dalam misi ini? Tapi kan ramai jugak yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini, yer la boleh tempah nama tu macam neil amstrong, kira nanti ade la rekod dunia marikh orang pertama kat sana, tapi silap-silap pergi sana pon boleh menempah maut...hehe