Senin, 22 April 2013

SERIUS! - Jom Kita Lihat Lagu Mari Mengundi Pilihan Raya Pertama Di Tanah Melayu 1955 [VIDEO]

TAOTUAJER - Debaran pilihanraya semakin di rasai jalan-jalan di penuhi dengan bendera-bendera parti yang boleh membuatkan orang kemalangan. Tarikh hari pengundian Pilihan raya umum ke-13 bakal adalah pada 5 Mei 2013, dengan itu tao nak kongsikan lagu mari mengundi yang pertama...yer yang pertama sekali iaitu pada tahun 1955. Tao tau pasti korang ade yang tak pernah melihat video ini.


Fakta Pilihanraya Pertama Tanah Melayu

Kalau korang nak tau pilihanraya umum pertama di negara kita berlangsung pada 27 Julai 1955.

Parti seperti PAS, Parti Negara di bawah Dato’ Onn, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dalam pilihanraya itu, Parti Perikatan menangi 51 dari 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi PAS. Dengan kemenangan ini, kabinet telah dibentuk. Dimana Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Sebelum pilihanraya itu diadakan, pelbagai kempen telah dijalankan oleh kesemua parti yang bertanding. Namun antara yang paling menarik ialah kempen untuk meminta penduduk mengundi ketika itu yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam.

Walaupun medium TV tidak begitu meluas ketika itu, ternyata apa yang dibuat oleh Zainal tetap menarik untuk ditonton.

Jom saksikan video di bawah ini... agak kelakar pulak, lagu macam simple jer tapi siap ade joget sket..hehe


TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau Lagu Kempen Mengundi yang pertama di tanah melayu ini dinyanyikan oleh Zainal Alam. Ianya amat klasik atuk nenek atau ibu bapa kita pasti masih ingat akan lagu ini. Amacam korang layan ?? hehee... - Koleksi Sejarah