Selasa, 16 April 2013

SADIS! - Keadaan Sebenar Di Lombong Emas Serra Pelada Brazil Ketika Dahulu (18 Gambar)

TAOTAUAJER - Emas adalah salah satu hasil galian yang mahal nilainya dan dengan permintaan yang tinggi, dari hari ke hari nilai emas semakin naik. Tapi pernahkah anda melihat mereka-mereka yang telah bertungkus lumus mencari emas untuk mendapatkan duit.


Bertempat di Serra Pelada sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang tercemar. Pada tahun 1979 seorang petani menemui ketulan emas di ladang milik beliau. Setelah menggaji seorang ahli geologi untuk melakukan survey, mereka mendapati kawasan Serra Pelada mempunyai simpanan emas yang besar.



Apabila berita ini tersebar ratusan ribu orang mula membanjiri kawasan ini untuk melombong emas. Bongkah emas terbesar yang ditemui di sini adalah seberat 6.8 kilogram. Pernah suatu ketika seramai 100 000 orang dikatakan melombong emas disini. Teknik pelombongan mereka adalah primatif dan merbahaya kerana menggunakan merkuri. Akibatnya selepas lombong ini ditutup dan menjadi sebuah tasik, kandungan merkuri yang tinggi mengakibatkan ikan yang hidup di dalamnya tidak boleh dimakan.












SUMBER : barnorama

TAOTAUAJER : Punya lah ramai orang melombong kat situ, sekali tengok dah maca bala tentera semut yang menggangkat makanan. Tapi kalau di lihatkan pasti tahap kesihatan mereka ini terjejas di sebabkan persekitaran yang kurang bersih lagi-lagi terdedah pulak dengan penggunaan merkuri, boleh cacat anak nanti.