Sabtu, 15 Juni 2013

WOW! - Lesen Memandu Memandu Versi Terbaru Dikeluarkan (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki lesen memandu versi terbaru yang dikatakan lebih berkualiti dan punya pelbagai fungsi lain bagi menggantikan lesen yang lama.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lesen memandu baru yang akan digunakan ketika sidang media semasa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Harap-harap kualitinya lebih baik la, jangan jadi macam kad pengenalan sebelum nie, pakai tak berapa lama dah hancur, dah kene ganti baru.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini

                                                                                                       pic source: www.cbt.com.my

Ciri Keselamatan
Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi. 
Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

TAOTAUAJER : Tapi kan terlintas kat dalam kepala tao, sedikit kemusykilan... kenape yer benda-banda macam nie tak di sekalikan dengan kad pengenalan "MYCARD" ? kan senang.. semua dalam satu kad. Semua informasi tentang individu di letakkan di dalam tu.