Sabtu, 08 Juni 2013

NGERI! - Gambar Kelisa Penyek Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kecoh satu malaysia dengan tragedi jambatan kedua pulau pinang yang sedang di bina runtuh pada 7 JUN 2013. Dalam kejadian tersebut sebuah kereta kelisa di hempap oleh bertan-tan besi jambatan tersebut.


Beginilah rupanya kenderaan kelisa yang penyek di hempap oleh bertan-tan besi.

Setelah 25 jam ,mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam.


Yang menyedihkan adalah apabila usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.


Lagi gambar kereta kelisa yang telah di keluarkan..


  
sumber gambar: penanglang.my 

Oleh kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.


SUMBER : bharian.com, penanglang.my

TAOTAUAJER : Sadis, bagi isteri mangsa yang tercari-cari suaminya dan akhirnya mengatahui suaminya itu maut dibawah timbunan besi-besi jambatan. Menurut bomba katanya ia di sebabkan oleh kegagalan besi yang menyokong. - Koleksi Ngeri